Undang-undang sivil
Undang-undang sivil mempunyai sekurang-kurangnya dua makna.
Jika undang-undang sivil merujuk kepada sistem undang-undang, maka ia adalah undang-undang yang berdasarkan undang-undang Rom yang dipopularkan Kod Napoleon yang diamalkan di kebanyakan negara-negara Eropah (untuk makna ini, sila rujuk kod sivil).
Makna kedua ialah nama umum kepada sekumpulan undang-undang yang mengawal hak dan tanggungan (liabiliti) sivil antara individu dengan individu, individu dengan masyarakat dan masyarakat dengan individu. Makna kedua ini yang dimaksudkan di dalam rencana ini. Di England dan Wales, undang-undang sivil bermasuk undang-undang bukan-jenayah.[1][2]
Undang-undang sivil di dalam sesebuah negara, ada banyak. Undang-undang yang termasuk di dalam kategori undang-undang sivil adalah, di antaranya, seperti berikut:
- Undang-undang kontrak
- Undang-undang tanah
- Undang-undang syarikat
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Glanville Williams. Learning the Law. Eleventh Edition. Stevens. 1982. m/s. 2.
- ^ W J Stewart dan Robert Burgess. Collins Dictionary of Law. HarperCollins Publishers. 1996. ISBN 0 00 470009 0. m/s. 68. Takrifan ke-4 "civil law".