Pergi ke kandungan

Udang ketak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Thenus orientalis
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Theninae

Holthuis, 1985
Genus:
Thenus

Leach, 1815
Spesies:
T. orientalis
Nama binomial
Thenus orientalis
(Lund, 1793) [2]
Udang Ketak daripada laman http://risikan.lkim.gov.my
Udang Ketak daripada laman http://risikan.lkim.gov.my

Udang ketak atau udang lubuk (Thenus orientalis)[3] ialah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Udang lubuk mempunyai badan keper, dan boleh membesar sehingga 25 sentimeter (9.8 in), atau panjang karapas 8 cm (3.1 in).[4]

Udang ketak biasa terdapat di kawasan berbatu karang dengan dasar yang berpasir. Di Malaysia banyak terdapat di kawasan gugusan taman laut Mersing. Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malysia, pada sekitar tahun 1985, pendaratan udang ini amat memberangsangkan. Namun kini kedapatan udang ini merosot secara mendadak dan ia jarang terdapat di mana-mana pasar di Malaysia, kecuali di sekitar Sabah.

  1. ^ Templat:IUCN2010
  2. ^ Lund, N. T. (1793). "Slægten Scyllarus. Iagttagelser til Insekternes Historie. I.". Skr. Naturh.-Selsk. Kiobenhavn. 2 (2): 17–22.
  3. ^ Thenus orientalis Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP
  4. ^ Lipke B. Holthuis (1991). "Thenus orientalis". Marine Lobsters of the World. FAO Fisheries Synopsis No. 125. Pertubuhan Makanan dan Pertanian. m/s. 227–228. ISBN 92-5-103027-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-08. Dicapai pada 2012-07-25.