Tidal
TIDAL | |
---|---|
Pembangun | Aspiro |
Pelancaran pertama | 28 Oktober 2014 |
Ditulis dalam | Adobe AIR |
Sistem pengendalian | Microsoft Windows, macOS, iOS, Android |
Tersedia dalam | Bahasa Inggeris |
Jenis | Perkhidmatan penstriman muzik, perkhidmatan penstriman video |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | https://www.tidal.com |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Tidal (digayakan dalam huruf besar) ialah perkhidmatan penstriman muzik yang dilancarkan pada 2014 oleh syarikat awam Norway–Sweden Aspiro. Perkhidmatan ini kini dimiliki secara majoriti oleh syarikat Block, Inc., pemilik sistem titik jualan Square.[1]
Walaupun sesetengah pemerhati memuji mutu audio dengan sokongan tinggi serta yuran langganan lebih tinggi, yang akan memberikan lebih banyak royalti kepada artis dan penulis lagu, pihak lain merasakan bahawa yuran langganan yang tinggi dan kandungan eksklusif Tidal daripada artis yang terlibat boleh menyebabkan lebih banyak cetak rompak muzik. Tidal mendakwa mempunyai lebih daripada 3 juta pelanggan pada tahun 2016,[2] walaupun ketepatan dakwaan tersebut dan nombor penstriman yang dilaporkan syarikat telah dipersoalkan.[3] Setakat November 2024, Tidal beroperasi di 61 buah negara.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Document". SEC.gov (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. Dicapai pada 1 September 2022.
- ^ Dan, Rys (29 Mac 2016). "Tidal Claims Three Million Subscribers". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2022. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ Morris, David Z. (21 Januari 2017). "Tidal May Have Been Wildly Inflating Subscriber Numbers". Fortune (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ "Where TIDAL is Available" (dalam bahasa Inggeris). TIDAL. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2024. Dicapai pada 24 November 2024.