Thilafushi
Thilafushi
ތިލަފުށި | |
---|---|
Pulau berpenghuni | |
Koordinat: 4°11′N 73°26′E / 4.183°N 73.433°EKoordinat: 4°11′N 73°26′E / 4.183°N 73.433°E | |
Negara | Maldives |
Atol bertadbir | Atol Kaafu |
Jarak ke Malé | 6.85 km |
Ukuran | |
• Panjang | 3.5 km (2.2 mi) |
• Lebar | 0.2 km (0.1 mi) |
Zon waktu | UTC+05:00 (MST) |
Thilafushi (Bahasa Divehi: ތިލަފުށި) ialah sebuah pulau buatan dicipta sebagai tapak pelupusan perbandaran yang terletak di sebelah barat Malé, di antara Giraavaru dan Gulhifalhu, Atol Kaafu, Maldives.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Thilafushi asalnya sebuah lagun dianmakan "Thilafalhu" dengan panjang 7 kilometer dan kelebaran 200 meter di kawasan tercetek. Ia diwujudkan mengekori sebuah siri perbincangan dan usaha untuk menyelesaikan kesukaran bahan buangan Malé ketika awal tahun 1990-an. Cadangan untuk menuntut semula Thilafalhu sebagai tapak pelupusan dilakukan pada 5 Disember, 1991.[1]
Thilafushi menerima muatan bahan buangan pertamanya dari Malé pada 7 Januari, 1992. Operasi bermula dengna hanya 1 kapal pendarat, 4 lori beban berat, 2 mesin penggali dan sebuah pemuat roda.[2]
Ketika tahun-tahun operasi membuang sampah awalnya, lubang (juga dikenali sebagai kurungan) dengan isipadu 1060 meter padu digali, selepas itu pasir yang diperolehi daripada penggalian itu digunakan untuk membina pagar berdinding di sekeliling perimeter dalaman kurungan. Bahan buangan yang diterima dari Malé dikeluarkan ke tengah lubang tersebut, yang ditutup dengan selapis sisa-sisa pembinaan dan kemudian diratakan dengan seragam menggunakan pasir putih. Pada asalnya, bahan buangan itu tidak diasingkan kerana ia terpaksa dibuang dengan segera disebabkan oleh pengumpulan banyak.
Perindustrian
[sunting | sunting sumber]Kini, Thilafushi mempunyai keluasan daratan yang lebih daripada 0.43 kilometer persegi. Perkembangan daratan pantas Thilafushi diperhatikan oleh kerajaan, dan pada bulan November 1997, ia diputuskan bahawa tanah adalah untuk dipajak oleh usahawan yang berminat dalam memiliki tanah untuk niat-niat perindustrian. Pada asalnya, hanya terdapat 22 orang pemegang pajakan. Dalam masa 10 tahun yang lepas, nombor tersebut telah digandakan hingga 54 menyebabkan lebih daripada 0.11 kilometer persegi tanah digunakan sekarang, yang menghasilkan pengeluaran 14 juta Rufiyaa (kira-kira 1 juta USD) setiap tahun.
Sekejap selepas itu, sebuah kawasan dengan keluasan 0.2 kilometer persegi (dikenali sebagai Thilafushi-2) dituntut semula menggunakan pasir putih sebagai bahan pengisian untuk membekalkan tanah firma untuk industri yang lebih berat.
Aktiviti perindustrian (utama) terkini di pulau tersebut adalah penciptaan kapal, pembungkusan simen, pembotolan gas metana dan pelbagai aktiviti pergudangan skala besar. Kerajaan juga mencadangkan kemuduhan pembakar 50 tan.[3]
Pada bualn Mac 2015, kerajaan Maldives bercadang untuk menempatkan semula pusat pelabuhan komersial dari Malé ke Thilafushi.[4] Namun urusan tersebut tidak dipenuhi.[5]
Masalah alam sekitar
[sunting | sunting sumber]Pakar alam sekitar mengatakan bahawa lebih daripada 330 tan bahan buangan dibawa ke Thilafushi dalam sehari, kebanyakannya datang dari Malé . Pada tahun 2005, dianggarkan bahawa sejumlah 31,000 muatan lori berisi bahan buangan dibawa ke Thilafushi setiap tahun, di mana ia dibuang dalam timbunan besar dan akhirnya digunakan untuk menuntut semula tanah dan mengembang saiz pulau.[6] Begitu banyak sampah dibuang sehingga pulau tersebut mengembang sebanyak satu meter padu setiap hari.[7]
Berdasarkan statistik rasmi, seorang pelancong menghasilkan 3.5 kilogram sampah setiap hari, dua kali lebih banyak berbanding dengan orang dari Malé dan lima kali lebih banyak daripada sebarang individu dari kepulauan Maldives yang selebihnya. Mencampur kesemuanya, ia sampai hampir "300 hingga 400 tan sampah" yang dibuang di pulau tersebut dalam sehari, menurut Shina Ahmed, pengurus pentadbiran Korporasi Thilafushi yang mengawal pulau tersebut.[8]
Ali Rilwan, seorang penyokong alam sekitar di Malé, mengatakan bahawa "bateri digunakan, asbestos, plumbum dan bahan buangan yang mungkin membahayakan yang lain bercampur dengan bahan buangan pepejal perbandaran yang diletakkan dalam air. Walaupun ia hanya pecahan kecil daripada jumlah, bahan buangan tersebut ialah sebuah sumber bagi besi yang mempunyai toksik banyak dan ia adalah masalah kesihatan dan ekologi yang semakin serius di Maldives."[7][9] Bluepeace, gerakan ekologi utama di Maldives, telah menerangkan pulau tersebut sebagai "bom toksik".[10]
Selepas laporan tentang pembuangan haram timbul, pengurusan dipindahkan kepada Majlis Bandaraya Malé untuk menjelaskan kekeliruan tentang siapa yang bertanggungjawab untuk bahan buangan tersebut.[11] Majlis tersebut menandatangan sebuah kontrak pada tahun 2011 dengan syarikat India, Tatva Global Renewable Energy, untuk memulihkan pulau itu dan mengurus masalah bahan buangan.[12] Namun, urusan tersebut tidak dilaksanakan disebabkan gangguan politik dan birokrasi, akhirnya membatalkan kontrak tersebut.[13]
Pada bulan September 2011, Majlis Bandaraya Malé melarang pengangkutan bahan buangan ke Thilafushi untuk sementara disebabkan oleh sebuah lonjakan bahan buangan yang terapung di lagun pulau itu dan yang hanyut ke lautan.[14][15][16] Sebab bahan buangan terapung disalahkan atas kapten kapal "tidak sabar" yang tidak dapat membuang sampah mereka.[17][18]
Dalam sebuah laporan BBC pada bulan Mei 2012, pulau sampah tersebut diterangkan sebagai "bencana".[19][20]
Juga lihat
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sebuah pulau daripada sampah toksik menyakiti Maldives" Public Radio International
- ^ "Beauty and Beast sebenar: Maldives dan pulau sampah" maritimecleanup.org
- ^ "Zon Perindustrian Besar di Male membagi ruang bagi asas pembinaan" The Business Report
- ^ Kerajaan menandatangan MoU dengan Dubai Ports World Minivan News
- ^ "Tiada urusan dengan DP World dalam prjek Thilafushi" Maldives Independent
- ^ Tsunami meninggalkan masalah sampah untuk negara atol Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC)
- ^ a b Syurga hilang di pulau sampah Maldives Guardian
- ^ "Maldives: Pulau Sampah Terapung" Le Monde/ Worldcrunch
- ^ Pulau sampah Maldives menukarkan syurga kepada sampah Guardian
- ^ "THILAFUSHI: BOM TOKSIK DI LAUTAN" www.bluepeacemaldives.com
- ^ "Sektor peribadi negara dibelah atas tanggungjawab bahan buangan Maldives" Minivan News
- ^ "Tiada tumpahan sampah di Thilafushi" Minivan News
- ^ "Kerajaan memustukan perjanjian pengurusan sampah dengan Tatva" Minivan News
- ^ "Thilafushi ditutup sementara" Minivan News
- ^ Pulau sampah Maldives dipenuhi sampah BBC News Asia
- ^ "Sampah hanyut luar Thilafushi" Haveeru Online
- ^ "Sampah terapung dengan bebas dari kapal tidak sabar" Minivan News
- ^ "Sampah dibuang ke dalam lagun" Haveeru Online
- ^ "Pulau sampah terapung di Maldives" BBC News Asia
- ^ "Simon Reeve melawat pulau sampah" BBC TWO
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Thilafushi. |
- Dina Spector (9 March 2013). Pulau Ini Adalah Sebuah Bom Toksik Di Tengah-tengah Syurga. Business Insider