Pergi ke kandungan

The Fellowship of the Ring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini adalah untuk buku. Untuk filem, sila ke rencana The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring. Untuk watak dalam Persahabatan itu sendiri, sila lihat Persahabatan Cincin (watak).

The Fellowship of the Ring atau Persahabatan Cincin merupakan jilid pertama daripada tiga jilid novel epik The Lord of the Rings atau Penguasa Cincin oleh pengarang Inggeris J.R.R. Tolkien. Latarnya bertempat di alam rekaan iaitu Bumi-tengah. Novel tersebut dibahagikan kepada dua buku, Buku I dan II. Jilid tersebut asalnya diterbitkan pada 29 Julai 1954 di United Kingdom.

Templat:Spoiler

Set pertama ini adalah permulaan pengembaraan bagi Hobbit Frodo Baggins apabila dia melarikan diri dari rumahnya di Shire bagi mengelakkan diri daripada orang suruhan Sauron. Sauron mencari Cincin yang Satu yang akan membolehkannya memerintah Bumi-tengah. Cincin tersebut telah diwariskan kepada Frodo yang mendapati dirinya terlibat tanpa disengajakan ke dalam kancah perebutan kuasa.

Bab pertama buku bermula ringan dengan menyambungi cerita The Hobbit yang merupakan lebih kepada cerita kanak-kanak berbanding Penguasa Cincin. Bilbo meraikan ulangtahun hari lahir yang ke-111 (atau sebelas puluh satu seperti yang dipanggil), pada hari yang sama Frodo meraikan hari jadinya yang ke-33. Selepas jamuan keraian, Bilbo menghilangkan diri selepas berucap, yang membuatkan semua orang terkejut. Frodo kemudiannya mengetahui akan hakikat sebenar cincin tersebut.

Dengan mengikut nasihat ahli sihir Gandalf, Frodo meninggalkan rumahnya bersama Cincin tersebut. Dengan harapan untuk tiba ke Rivendell, tempat dia akan selamat daripada Sauron, dan tempat terdapat orang yang lebih bijak untuk menentukan apa yang harus dilakukan dengan Cincin tersebut.

Dengan ditemani tiga sahabat hobbit, Peregrin Took (Pippin), Meriadoc Brandybuck (Merry), dan Samwise Gamgee (Sam), mereka berhadapan dengan Penunggang Hitam Nazgûl Hantu Cincin yang berkhidmat untuk Sauron. Selepas mereka nyaris ditangkap, banyak lagi bahaya yang mereka tempuh dan berkesempatan untuk menemui watak lain di sepanjang perjalanan (cth: Tom Bombadil) dan kemudian tiba ke Bree, lalu bertemu dengan Strider, sahabat Gandalf yang membantu mereka dalam perjalanan seterusnya ke Rivendell. Frodo ditikam di pergunungan Weathertop oleh ketua Nazgûl (Raja Sihir Angmar), dengan 'bilah morgul' — serpihan bilah itu tertinggal di dalam tubuhnya yang membuatkannya jatuh semakin sakit dalam perjalanan. Mereka juga melalui troll yang menjadi batu dalam buku sebelumnya, The Hobbit.

  • I – A Long-expected Party (Parti yang Dinanti-nantikan) – mengisahkan parti ulang tahun kelahiran Bilbo dan Frodo dan berakhir dengan Bilbo meninggalkan Shire.
  • II – The Shadow of the Past (Bayangan Silam) - Gandalf memberitahu Frodo tentang hakikat cincin tersebut dan bagaimana ia perlu dibawa ke Mordor dan dimusnahkan. Sam yang mencuri dengar di tingkap telah disuruh menemani Frodo. Pada ketika ini, Penunggang Hitam menuju ke Shire.
  • III – Three is Company (Tiga Teman) - Frodo menjual Bag End, dan secara rasminya akan berpindah ke sebuah rumah di Crickhollow di kawasan luar Bucklebury di Buckland, ketika dia merancang untuk menghilang tanpa menyebabkan kekecohan. Frodo, Sam dan Pippin keluar melalui Farthing Selatan Shire menuju Buckland, dan bertembung dengan Penunggang Hitam. Mereka juga berjumpa dengan Gildor, si elf dengan elf yang lain.
  • IV – A Short Cut to Mushrooms (Jalan Pintas ke Kebun Cendawan) – Mereka berjumpa dengan Pekebun Maggot, hobbit tua yang ditakuti Frodo sejak kecil ketika mengambil jalan pintas. Mereka mendapati yang dia hobbit yang baik dan memberikan mereka sedikit cendawan yang baik. Merry menyertai mereka akhirnya.
  • V – A Conspiracy Unmasked (Rancangan Dibongkar) – Bertempat di rumah baru Frodo di Crickhollow. Tajuk bab ini merujuk kepada Frodo yang memberitahu Merry dan Pippin tentang misinya. Mereka juga bertemu dengan Fatty Bolger, kawan Frodo. Frodo memutuskan untuk bertolak pada hari yang berikutnya melalui Belantara Tua (Old Forest) tempat yang berbahaya tetapi Frodo mahu Frodo mengelakkan jalan utama yang memungkinkan mereka terserempak dengan Penunggang Hitam.
  • VI – The Old Forest (Belantara Tua) – Walaupun berusaha untuk mengelakkan masalah, mereka tetap sesat dan menuju ke Sungai Withywindle, "bahagian yang paling pelik dalam hutan". Semua hobbit tiba-tiba tertidur dan Merry dan Pippin terperangkap di dalam Orang Tua Willow (Old Man Willow), dan dibebaskan hanya ketika[Tom Bombadil tiba.
  • VII – In the House of Tom Bombadil (Di Rumah Tom Bombadil) - Tom mengetahui banyak tentang hobbit, dan pernah mencuba Cincin yang Satu walaupun tidak berapa mempengaruhinya. (Ia tidak menjadikannya halimunan). Frodo mencuba Cincin tersebut sama ada ia 'berfungsi', dan Tom Bombadil masih mampu melihat Frodo walaupun ketika dia memakainya.
  • VIII – Fog on the Barrow-downs (Kabus di Barrow-downs) – Berjalan melalui Barrow-downs, menyebabkan hobbit ditangkap dan dipenjarakan oleh Barrow-wights, yang menyebabkan mereka diselamatkan sekali lagi oleh Tom Bombadil. Hobbit diberikan senjata istimewa: belati Orang Barat yang direka khas untuk menentang Sauron dan konco-konconya.
  • IX – At the Sign of the Prancing Pony (Di Papan Tanda Prancing Pony) – Hobbit tiba di rumah tumpangan Prancing Pony di Bree, di mana Frodo menggunakan nama Encik Underhill untuk tidak menggunakan nama Baggins. Merry memutuskan untuk keluar bersiar-siar sementara yang lain ke Ruang Umum untuk minum. Frodo kemudian bertemu dengan orang asing bernama Strider, Renjer dari Utara. Walau bagaimanapun, Pippin yang telah banyak minum dan mula bercakap banyak dengan melupakan bahaya yang mereka sedang alami lalu membuatkan Frodo menyanyi untuk mengelakkan Pippin bercakap terlalu banyak. Ketika Frodo sedang menyanyi, dia tergelincir dan terjatuh lallu Cincin tersebut keluar dan tersarung di jarinya menyebabkan dia hilang dari pandangan dan menimbulkan kekecohan di Bree. Frodo melarikan diri ke penjuru dan Strider memberitahunya terdapat beberapa orang yang melihat kejadian itu terus keluar.
  • X – Strider (Strider) - Strider yang pada mulanya mencurigakan kini menjadi ramah. Penjaga rumah penginapan, Butterbur, memberikan Frodo surat terkini daripada Gandalf, yang memberitahunya bahawa Strider merupakan sahabat Gandalf dengan nama sebenar iaitu Aragorn. Frodo menyedari Merry masih tidak bersama mereka sehingga tidak berapa lama kemudian, dia muncul di dalam bilik dengan ketakutan. Dia melihat beberapa orang dari Bree bercakap dengan beberapa Penunggang Hitam. Strider memutuskan untuk berpindah ke tempat lain memandangkan tidak selamat di situ.
  • XI – A Knife in the Dark (Pisau dalam Gelap) – Penunggang Hiitam menyerang rumah penginapan malam itu dan memusnahkan bilik yang sepatutnya hobbit tinggal dan menunggang kuda keliling Bree. Hobbit terpaksa membeli kuda padi yang kurus dan kecil dari Bill Ferny (perisik Penunggang Hitam) lantas mereka meninggalkan pekan tersebut dengan Strider. Mereka melepasi Paya Midgewater dan tiba di gunung yang terkenal dengan nama Weathertop. Bencana berlaku apabila Strider meninggalkan mereka dan mereka diserang lima Penunggang Hitam. Frodo cuba untuk memakai Cincin tersebut dan melarikan diri tapi tak berjaya. Ketua Nazgûl (Raja Sihir) menikam Frodo dengan pedang morgul yang meracuninya dan Penunggang hampir dikalahkan apabila Strider tiba disaat-saat terakhir.
  • XII – Flight to the Ford (Menuju ke Harungan) - Strider kembali dan cuba untuk merawat Frodo dengan tumbuhan bernama Athelas. Dia membantu melegakan sedikit kesakitan tetapi Frodo ditikam oleh pedang yang bukan sebarangan. Dia harus ke Rivendell untuk mengubatinya. Mereka melepasi trol batu, yang ditukarkan kepada batu oleh Gandalf dalam The Hobbit. Mereka semakin hampir ke Rivendell tanpa sebarang tanda kemunculan Penunggang Hitam. Kemudian, mereka bertemu dengan Elf Glorfindel dari Rivendell, yang terkenal kerana pernah melawan menentang Penunggang sebelum itu dan masih ditakuti mereka. Dia kemudian pergi bersama mereka ke Harungan Rivendell, tetapi Penunggang kemudian muncul mengejar mereka. Frodo terpaksa pergi dengan kuda Glorfindel. Frodo cuba bertahan di Sungai tetapi tewas kerana takut dengan Penunggang tersebut. Penunggang hampir mendapatkannya sebelum mereka hanyut oleh aor Sungai yang meninggi ketika Frodo tidak sedarkan diri.

Buku II meriwayatkan Frodo ketika berada di Rivendell, where a plan is hatched to destroy the Ring in Mordor. Pada mulanya, Frodo berjumpa dengan pak ciknya, Bilbo yang tidak pernah dilihat sejak meninggalkan Hobbiton. Frodo bertolak dari dengan lapan teman yang lain: dua Manusia, Aragorn dan Boromir, anak kepada Penjaga Gondor; putera Elf, Legolas; kawan Frodo dan ahli sihir hebat, Gandalf; Gimli si orang Kerdill dan tiga teman Frodo yang asal. Kesembilan mereka dipilih untuk mewakili semua kaum yang bebas di Bumi-tengah dan sebagai immbangan bagi sembilan Penunggang Hitam. Mereka juga ditemani Bill si Kuda Padi yang mereka perolehi dari Bree. Mereka cuba untuk merentasi Pergunungan Misty tetapi dihalangan oleh salji sangat sangat tebal lalu mereka berpatah balik untuk melalui bawah gunung iaitu melalui Moria, kerajaan purba masyarakat Kerdil yang kini dipenuhi Orcs dan makluk jahat lain, di mana Gandalf jatuh ke dalam gaung ketika bertarung dengan Balrog.

Lapan ahli lain yang tinggal berada di Lothlórien buat sementara dan di sana, mereka menerima pemberian dari ratu Galadriel yang berguna dalam misi mereka. Mereka meninggalkan Lothórien dengan menggunakan sungai tetapi Frodo mula menyedari Cincin tersebut mula memberikan kesan kepada ahli Persahabatan terutamanya kepada Boromir yang cuba mengambil cincin itu dari Frodo. Lalu Frodo menyarungkan cincin ke jarinya untuk melarikan diri. Kemudian, Boromir diserang orc ketika melindungi Merry dan Pippin. Buku ini berakhir apabila Frodo dan Sam pergi ke Mordor dan Persahabatan Cincin kini dibubarkan.

  • I – Many Meetings (Perjumpaan Ramai) – Selepas bangun dari tidur selama empat hari, Frodo bertemu dengan Gandalf dan Bilbo sekali lagi. Dia turut berjumpa dengan orang kerdil Gloin dari The Hobbit, Elrond dan yang lain.
  • II – The Council of Elrond (Majlis Elrond) – Sebuah majlis mesyuarat yang dihadiri ramai orang dimulakan. Gandalf memberitahu kisah tentang dia yang melarikan diri daripada Saruman dan mereka memutuskan untuk memusnahkan cincin tersebut. Frodo dengan rela hati menawarkan diri untuk membawanya ke Mordor.
  • III – The Ring goes South (Cincin Menuju ke Selatan) – Sembilan ahli Persahabatan menuju ke selatan melalui Hollin; mereka cuba untuk menggunaka laluan di pergunungan Caradhras tetapi terpaksa berpatah balik.
  • IV – A Journey in the Dark (Perjalanan Dalam Gelap) – Mereka menuju ke gerbang Moria, di mana mereka berhadapan dengan makhluk tasik di hadapannya. Gandalf membuka pintu dengan kata sihir dan mereka tiba di makam Balin.
  • V – The Bridge of Khazad-dûm (Jambatan Khazad-dûm) – Setelah di serang oleh orc, trol dan balrog, mereka menuju ke jambatan di Khazad-dûm, di mana Gandalf dan balrog jatuh darinya.
  • VI – Lothlorien (Lothlorien) – Kumpulan mereka bertemu dengan elf-elf Lorien. Elf dengan keberatan membenarkan Gimli si orang kerdil melaluinya. Aragorn membawa Frodo ke bukit Cerin Amroth. Ketika ini, Gandalf sedar dan kembali dan terbaring kaku.
  • VII – The Mirror of Galadriel (Cermin Galadriel) – Kumpulan mereka berjumpa dengan Celeborn dan Galadriel. Frodo ditunjukkan cermin Galadriel.
  • VIII – Farewell to Lorien (Selamat Tinggal kepada Lorien) – Masyarakat elf memberikan mereka mantel, roti elf dan pemberian lain; mereka meninggalkan Lorien dengan menggunakan perahu menyusuri Sungai Besar. Gandalf tiba di Lorien.
  • IX – The Great River (Sungai Besar) – Mereka mendapati Gollum mengikuti mereka dengan menaiki sebatang kayu; mereka tiba di air terjun Rauros, mereka harus memilih untuk bertolak ke timur atau ke barat tebing sungai untuk melepasi air terjun tersebut.
  • X – The Breaking of the Fellowship (Perpecahan Persahabatan) – Mereka tiba di Parth Galen; mereka masih belum meilih untuk ke timur ata ke barat; Boromir cuba untuk mengambil Cincin daripada Frodo, yang memakainya untuk melarikan diri. Ahli lain pula berpecah mencari Frodo. Frodo dan Sam menyeberangi sungai dan menuju ke timur.

Di sebalik perkara yang menimpa ke atas pembawa cincin dan Persahabatan, pembaca mula menyedari akan takdir yang menunjukkan bahawa Kebaikan akan mengatasi Kejahatan juga pada akhirnya.

Frodo berkata tentang hamba cincin tersebut, Gollum, "Sungguh kasihan yang Bilbo tidak menikam makhluk jahat itu apabila dia mempunyai peluang itu!" dan Gandalf menjawab

"Kasihan? Kasihanlah yang berada di tangannya ketika itu. Kasihan dan Ehsan: tidak menyerang ketika tidak diperlukan. Dan dia telah pun diberikan ganjaran, Frodo. Yakinlah yang dia tidak terlalu dipengaruhi kejahatan, dan berjaya mengelak akhirnya, kerana dia sudah mula memiliki Cincin. Dengan kasihanlah."

Lihat juga: The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring, maklumat tentang filem.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]