Pergi ke kandungan

The Canterbury Tales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Pilgrimage to Canterbury (1806-1807), lukisan cat karya Thomas Stothard

The Canterbury Tales ("Hikayat-Hikayat Canterbury", Templat:Lang-enm[nota 1]) adalah himpunan 24 cerita merangkumi lebih dari 17,000 rangkap prosa ayat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris Pertengahan oleh Geoffrey Chaucer, Ketua Hakim dan Kerani Diraja kepada Raja-Raja Edward III dan Henry IV antara tahun 1387 dan 1400.[2][3] Cerita-cerita ini menampilkan banyak aneka watak dalam suatu perjalanan dari London ke Canterbury untuk menziarahi makam santo Thomas Becket di Katedral bandar tersebut sebelum mereka menjamu di rumah tumpangan di Southwark sambil menceritakan asam garam nasib mereka.

Karya ini memasyhurkan sastera dalam bahasa Inggeris yang dituturkan masyarakat kebanyakan seharian berbanding bahasa-bahasa Perancis, Itali atau Latin yang cenderung dipilih para penulis sezaman Chaucer pada ketika itu.

Pengarangan

[sunting | sunting sumber]

Beberapa cerita sifatnya serius dan yang lain bersifat humoristik namun semuanya sangatlah jitu dalam melukiskan sifat dan keburukan siifat manusia. Penyalahgunaan agama juga merupakan tema utama. Selain itu Chaucer juga memberi perhatian khusus terhadap tiga pembagian utama masyarakat yang terdiri atas kaum rohaniwan, bangsawan, dan petani. Sebagian besar cerita-cerita ini berhubungan dengan tema-tema yang mirip dan beberapa di antaranya diceritakan sebagai pembalasan bagi beberapa cerita yang telah dikisahkan oleh beberapa tokoh dalam bentuk hujahan.

Sebanyak 30 watak diperkenalkan pada prolog cerita didasarkan gambaran umum pekerjaan setiap lapisan masyarakat sezaman Chaucer yang diwakili dalam penziarahan ini diselitkan sindiran dan teguran terhadap tingkah laku watak.[4] Kesemua watak ini dikehendaki mencerita empat kisah sendiri: 2 kisah dalam perjalanan ke Canterbury, dan 2 kisah dalam perjalanan pulang lalu sebanyak 120 kisah keseluruhannya yang dijangka ditulis,[5] hanya 26 cerita yang telah sempat ditulis Chaucer. Para penziarah ini juga diceritakan bertanding kisah yang memudahkan kepelbagaian penceritaan setiap watak yang dapat disampaikan dan difikirkan Chaucer sendiri.[6]:8–9

Cerita-cerita terkandung

[sunting | sunting sumber]

Barisan watak

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ nama "Tales of Caunterbury" ada tampil dalam manuskrip Chaucer yang masih terselamat: ia dahulunya diberi nama Canterbury talys dalam prolog dikarang John Lydgate kepada Siege of Thebes tahun 1421–1422.[1]
  1. ^ Carlson, David (2004). "The Chronology of Lydgate's Chaucer References". The Chaucer Review. 38 (3): 246–54. Dicapai pada 6 Januari 2014.
  2. ^ Encyclopedia Britannica
  3. ^ Prestwich, Michael (2014). Medieval People: Vivid Lives in a Distant Landscape. London: Thames & Hudson. m/s. 4. An Age of Plague 1300–1400. ISBN 978-0500252031.
  4. ^ Donald R. Howard, Chaucer and the Medieval World (London, 1987), pp. 410–17.
  5. ^ "Geoffrey Chaucer (1342–1400) "The Canterbury Tales" (in middle english and modern english)". www.librarius.com. Dicapai pada 25 September 2015.
  6. ^ * Cooper, Helen (1996). The Canterbury tales. Oxford guides to Chaucer (ed. 2). Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-871155-1.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]