Thabo Mbeki
Thabo Mvuyelwa Mbeki | |
---|---|
Dalam jawatan 14 Jun 1999 – 25 September 2008[1] | |
Naib Presiden | Jacob Zuma Phumzile Mlambo-Ngcuka |
Didahului oleh | Nelson Mandela |
Digantikan oleh | Kgalema Motlanthe |
Dalam jawatan 14 Jun 1999 – 25 Februari 2003 | |
Didahului oleh | Nelson Mandela |
Digantikan oleh | Mahathir Mohamad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | [2] Idutywa, Afrika Selatan | 18 Jun 1942
Parti politik | ANC |
Pasangan | Zanele Dlamini[3] |
Thabo Mvuyelwa Mbeki[4] (lahir 18 Jun 1942, Idutywa, Queenstown, Eastern Cape) merupakan ahli politik Afrika Selatan yang telah berkhidmat sebagai Presiden Afrika Selatan semenjak tahun 1999[2] sehingga September 2008.[1] Pada 20 September 2008, beliau telah mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan selepas satu seruan daripada Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Kongres Kebangsaan Afrika.[5]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Lahir dan dibesarkan di Idutywa (Transkei), apa yang dipanggil sebagai provinsi Eastern Cape Afrika Selatan, Mbeki merupakan satu daripada empat anak Epainette dan Govan Mbeki. Bapanya merupakan seorang penyokong kuat parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) dan Parti Komunis Afrika Selatan. Bahasa ibunda beliau ialah bahasa Xhosa. Ibubapanya merupakan guru dan aktivis di kawasan kekuatan ANC, dan Mbeki menggambarkan dirinya sebagai "lahir ke dalam pertelagahan"; satu potret Karl Marx duduk di dalam gambar keluarga, dan satu potret Mohandas Gandhi tergantung di dinding.[6]
Mbeki belajar di sekolah rendah di Idutywa dan Butterworth dan mendapat pendidikan persekolahan tinggi di Lovedale, Alice. Dalam tahun 1959, beliau telah dikeluarkan dari sekolah disebabkan dan dipaksa untuk belajar di rumah. Dalam tahun yang sama, beliau menduduki peperiksaan matrikulasi di Sekolah Tinggi St. John, Umata. Dalam tahun-tahun pengajian, beliau melengkapkan peperiksaan "A" level dan mengambil sarjana ekonomi sebagai pelajar luar dengan University of London. Semasa zaman ini, ANC telah dibatalkan dan Mbeki telah terlibat dengan aktiviti bawah tanah di kawasan Pretoria-Witwatersrand. Beliau juga terlibat dalam menggerakkan pelajar dalam menyokong seruan ANC supaya duduk di rumah sebagai satu protes menentang pembentukan satu republik.
Perletakan jawatan
[sunting | sunting sumber]Mbeki telah mengumumkan dengan rasminya perletakan jawatan beliau pada 21 September, 2008, pada 19:30 waktu Afrika Selatan (17:30 UTC), sebagai hasil daripada keputusan Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Kongres Kebangsaan Afrika untuk tidak menyokongnya di parlimen. Ini telah datang selepas beberapa hari penolakan keputusan pada siasatan terhadap Presiden ANC Jacob Zuma mengenai tuduhan rasuah disebabkan kesilapan prosedur, yang mana di dalam ruling, inferens yang dibuat oleh kemungkinan gangguan politik oleh Mbeki dan yang lainnya semasa di dalam perbicaraan beliau. Parliamen telah bersidang pada 22 September dan telah menerima perletakan jawatan berkuatkuasa 25 September. Walau bagaimanapun oleh kerana seorang MP bagi parti pembangkang, Barisan Pembebasan telah mengisytiharkan bangkangannya kepada perletakan jawatan tersebut, satu perdebatan telah ditetapkan keesokan harinya.
Dalam kes-kes seperti kekosongan kerusi presiden, perlembagaan menghendaki penggantinya berkhidmat sebagai pemangku presiden: sama ada timbalan presiden, speaker parlimen, atau sesiapa jua Ahli Parlimen yang dipilih oleh parlimen boleh mengambi peranan presiden negara tersebut sehingga pilihan raya yang akan datang. Presiden ANC Jacob Zuma yang kemungkinannya akan dipilih menjadi presiden pada pilihan raya akan datang tidak layak kerana pada masa sekarang beliau tidak menjawat antara ketiga-tiga jawatan tersebut.[7] Timbalan presiden kini Phumzile Mlambo-Ngcuka kemungkinannya tidak akan dipilih kerana hubungan rapatnya dengan Mbeki dan kerana suaminya Bulelani Ngcuka terlibat dalam keputusan mendakwa Zuma dengan rasuah. Oleh itu, Speaker Parlimen Baleka Mbete telah disebut sebagai calon pemangku presiden.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Cabinet bids farewell to Mbeki". SABC news. 2008-09-25. Dicapai pada 2008-09-25.
His resignation came into effect at midnight.
- ^ a b The Presidency (2004-10-14). "GCIS: profile information: Thabo Mvuyelwa Mbeki, Mr". GCIS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-16. Dicapai pada 2007-11-27.
- ^ Naidoo, Prakash (2006-07-07). "Zanele Mbeki: redefining the role of first lady". Financial mail. BDFM Publishers. Dicapai pada 2007-07-21.
- ^ Office of the Deputy Executive President (1996-09-13). "Biography of Thabo Mbeki". ANC. Dicapai pada 2007-07-21.
- ^ a b "SA's Mbeki says he will step down". BBC news. 2008-09-20. Dicapai pada 2008-09-21.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamagovan
- ^ Cohen, Mike (2008-09-21). "South Africa faces power vacuum as Mbeki forced out (update3)". bloomberg.com. Dicapai pada 2008-09-21. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Thabo Mbeki |
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Thabo Mbeki |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Thabo Mbeki. |
- South African Government profile on Thabo Mbeki
- Mbeki: ANC official page His party's collection of Mbeki documents, biography and portrait.
- "Thabo Mbeki – a man of two faces" "The Economist" magazine profiles Mbeki. pay/member link
- The Guardian Profile Diarkibkan 2004-10-11 di Wayback Machine The Guardian (UK) profiles Mbeki.
- A critical Zimbabwean view. Diarkibkan 2005-08-28 di Wayback Machine Editorial comment from Zimbabwean website.
- AFP Profile Diarkibkan 2006-06-18 di Wayback Machine Thabo Mbeki as seen by Agence France-Presse.
- "Today it feels good to be an African" – Thabo Mbeki, Cape Town, 8 May 1996
- [1] The Mbeki page
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Frederik Willem de Klerk |
Timbalan Presiden Afrika Selatan 1994–1999 |
Diikuti oleh: Jacob Zuma |
Didahului oleh Nelson Mandela |
Presiden Afrika Selatan 1999-2008 |
Diikuti oleh: Kgalema Motlanthe |
Didahului oleh Levy Mwanawasa |
Pengerusi Kesatuan Afrika 2002–2003 |
Diikuti oleh: Joaquim Chissano |
Didahului oleh Nelson Mandela |
Setiausaha Agung NAM 1999–2003 |
Diikuti oleh: Mahathir Mohamad |