Taman Negara Hutan Gir
Taman Negara Hutan Gir Gir Forest National Park | |
---|---|
Gir National Park | |
IUCN Kategori II (Taman negara) | |
Lokasi | Daerah-daerah Junagadh, Gir Somnath dan Amreli, Gujarat, India |
Bandar raya terdekat | Talala (Gir) |
Koordinat | 21°08′08″N 70°47′48″E / 21.13556°N 70.79667°EKoordinat: 21°08′08″N 70°47′48″E / 21.13556°N 70.79667°E |
Luas | 1,412 km2 (545 bt2) |
Ditubuhkan | 1965 |
Pelawat | 60,148 (pada 2004) |
Badan pentadbir | Forests & Environment Department |
sunting |
Taman Negara dan Mergastua Hutan Gir (bahasa Inggeris: The Gir Forest National Park and Wildlife Sanctuary ) (juga dikenali sebagai Sasan-Gir) merupakan sebuah hutan dan taman mergastua berdekatan Talala Gir di Gujarat, India. Ditubuhkan pada 1965 dengan jumlah keluasan 1,412 km2 (545 bt2) (kira-kira 258 km2 (100 bt2) untuk bahagian taman negara yang terlindung sepenuhnya dan 1,153 km2 (445 bt2) untuk bahagian mergastua), taman ini terletak 43 km (27 bt) di timur laut Somnath, 65 km (40 bt) di tenggara Junagadh dan 60 km (37 bt) di barat daya Amreli.[1] Ekokawasannya merupakan hutan daun luruh kering Kathiawar-Gir yang bukan hanya merangkumi Semenanjung Kathiawar di mana letaknya hutan tersebut, bahkan juga tempat-tempat lain seperti Taman Negara Ranthambore di Rajasthan.[2][3]
Kawasannya merupakan satu-satunya tempat kehidupan liar bagi singa Asia (Panthera leo persica), malah dianggap salah sebuah kawasan terpelihara yang terpenting di Asia kerana spesies-spesiesnya yang ditampunginya. Ekosistem Gir dengan kepelbagaian flora dan fauna dipelihara hasil daripada usaha jabatan perhutanan kerajaan, aktivis hidupan liar dan badan-badan bukan kerajaan. Kawasan hutan Gir dahulu merupakan tanah pemburuan suku Nawab di Junagadh. Akan tetapi, setelah berdepan dengan kemerosotan mendadak bilangan singa di Gir, Nawab Sir Muhammad Rasul Khanji Babi mengisytiharkan Gir sebagai kawasan "terlindung" pada 1900. Anakanya, Nawab Muhammad Mahabat Khan III[4] kemudian membantu dalam usaha pemuliharaan singa yang bilangannya jatuh mendadak kepada hanya 20 ekor akibat kegiatan pemburuan trofi.[1]
Banci Singa Asia ke-14 dijalankan pada Mei 2015. Pada 2015, populasi singa ada 523 ekor (naik 27% daripada banci sebelumnya pada 2010). Tahun 2010 ada 411 ekor dan 2005 ada 359 ekor. Populasi singa di Daerah Junagadh District ada 268 ekor, Daerah Gir Somnath 44 ekor, Daerah Amreli 174 ekor (kenaikan tertinggi) dan Daerah Bhavangar pula 37 ekor. Ada 109 jantan, 201 betina dan 213 anak.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Gir National Park & Wildlife Sanctuary". Government of Gujarat. Forests and Environment Department. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-22. Dicapai pada 16 April 2013.
- ^ "Kathiawar-Gir dry deciduous forests". Terrestrial Ecoregions. Tabung Hidupan Liar Sedunia. Dicapai pada 2017-01-29.
- ^ Jhala, Y. V.; Gopal, R.; Qureshi, Q., penyunting (2008). Status of the Tigers, Co-predators, and Prey in India (PDF). TR 08/001. National Tiger Conservation Authority, Govt. of India, New Delhi; Wildlife Institute of India, Dehradun. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 June 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "National Parks and Sanctuaries: Gir National Park & Wildlife Sanctuary". Wildvistas.com. Dicapai pada 2017-05-20.
- ^ http://deshgujarat.com/2015/05/10/asiatic-lion-population-up-from-411-to-523-in-five-years/