Pergi ke kandungan

Susu tepung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Susu tepung

Susu tepung ialah suatu produk tenusu yang dihasilkan dengan menyejatkan susu sehingga menjadi kering. Salah satu tujuan pengeringan ini adalah untuk menyimpannya di mana susu tepung mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada susu jenis cecair biasa dan tidak perlu didinginkan kerana kandungan airnya yang rendah. Tujuan lain proses adalah untuk mengurangkan beratnya yang besar untuk memudahkan pengangkutannya. Produk-produk yang seumpamanya termasuklah susu kering, susu tanpa lemak (skim) kering, susu mentega kering, dadih kering dan produk susu campuran kering. Banyak produk susu dieksportkan mematuhi piawai yang ditulis dalam Codex Alimentarius —piawaian mengenai keselamatan penghasilan dan pengendalian makanan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa— dan banyak jenis susu tepung ini diperdagangkan di bursa saham.

Susu tepung digunakan untuk makanan dan kesihatan (nutrisi) serta juga dalam bioteknologi[1] (sebagai agen tepu) [Penjelasan diperlukan].

Sejarah dan pembuatan

[sunting | sunting sumber]

Proses pengeluaran susu kering moden telah dicipta oleh seorang doktor Rusia bernama Osip Krichevsky pada tahun 1802.[2] Pengeluaran susi kering secara komersial pertama pula dianjurkan oleh ahli kimia Rusia M. Dirchoff pada tahun 1832. Dalam 1855, T. S. Grimwade mempatenkan kaedah mengeringkan susu kering,[3] walaupun terdapat jiga sebuah proses pengeringan secara vakum telah dipatenkan atas nama seorang William Newton seawal tahun 1837.[4]

Pada zaman moden, tepung susu biasanya dibuat melalui kaedah pengering semburan[5] susu skim tanpa lemak, susu penuh, susu mentega atau dadih. Susu yang dipasteurkan pada mulanya dipekatkan dalan penyejat sehingga hanya kira-kira 50% pepejal susu yang tinggal. Susu yang telah dipekatkan ini kemudiannya disemburkan ke dalam kebuk yang dipanaskan di mana air menyejat hampir serta-merta, meninggalkan zarah susu tepung yang halus.

Selain itu juga, susu boleh dikeringkan melalui pengeringan gelendong. Susu dimasukkan sebagai suatu lapisan nipis di atas permukaan gelendong tersebut yang dipanaskan, dan pepejal susu yang kering kemudiannya dikikis. Bagaimanapun, susu tepung yang dibuat dengan cara ini cenderung mempunyai rasa seakan "sudah masak" disebabkan pengkaramelan daripada pendedahan haba yang lebih besar.

Satu lagi proses yang boleh dipakai adalah pengeringan sejuk beku yang memelihara banyak nutrisi dalam susu, jika dibandingkan dengan susu tepung yang terhasil daripada pengeringan gelendong.[perlu rujukan]

  1. ^ Buffers & Saturating agents http://www.interchim.fr/ft/B/BA352a.pdf Dicapai pada 16 Julai 2014
  2. ^ В Рязани производят кошерное сухое молоко [Kosher Milk is Produced in Ryazan]. Наша Рязань (dalam bahasa Rusia). 16 February 2010. Dicapai pada 22 April 2013.
  3. ^ m/s 277 dalam "Condensed Milk and Milk Powder, 3rd edition" dikarang dan diterbitkan oleh O.F. Hunziker, 1920
  4. ^ p 318 in "Foods: Their Composition and Analysis: A Manual for the Use of Analytical Chemists and Others" by A.W. Blyth, published by C. Griffin, 1896 https://archive.org/details/foodstheircompos00blyt
  5. ^ "Milk Powder" by K.N. Pearce, Food Science Section, New Zealand Dairy Research Institute. nzic.org.nz