Pergi ke kandungan

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sulaiman Badrul Alam Shah I
Paduka Sri Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negari Johor Darul Takzim Ke XIII
Fail:-
-
Johor Sultan Johor ke 13
Pemerintahan4 Oktober 1722 hingga 20 Ogos 1760
Kemahkotaan-
Pemasyhuran-
Didahului olehSultan Abdul Jalil Rahmat Shah
Diikuti olehSultan Abdul Jalil Muazzam Shah
Pemangku raja-
Keputeraan11 November 1699
-
Kemangkatan20 Ogos 1760(1760-08-20) (umur 60)
Riau
Pemakaman21 Ogos 1760
Batangan, Riau
Pasangan-
Anakanda29 orang iaitu;
KerabatBendahara
AyahandaSultan Abdul Jalil IV
Bonda-
AgamaIslam
Pekerjaan-
TandatanganTandatangan Sulaiman Badrul Alam Shah I

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah I Zilullah fil-Alam ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV Zilullah fil-Alam ibni Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid Al Aydrus.

Nama asalnya, Raja Sulaiman (1699 – 1760) ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau ke-13 oleh Bugis 5 Saudara pada 24 Zulhijah 1124 Takwim Hijrah bersamaan 4 Oktober 1722 Tahun Masihi. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya melantik Daeng Merewah (Kelana Jaya Putera Bongsu) sebagai Yang Dipertuan Muda Johor Pertama. Di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi daripada menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin melalui Perjanjian 1754. Kemudiannya, Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang dan Kuala Selangor tanpa keizinan raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 serta digelar "Marhum Batangan".

  • "A History of Johore (1365—1895 A.D.)" [Sejarah Johor (1365—1895 A.D.)]. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). 10. 1932. Dicapai pada 21 Ogos 2018 – melalui JSTOR.


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-13
(1722 – 1760)
Penyandang Kemudian
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah