Stesen Zhongguancun
Lokasi | Jalan Zhongguancun, Haidian, Beijing China | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 39°58′59.24″N 116°18′37.34″E / 39.9831222°N 116.3103722°EKoordinat: 39°58′59.24″N 116°18′37.34″E / 39.9831222°N 116.3103722°E | ||||||||||
Dikendalikan oleh | Beijing MTR | ||||||||||
Laluan | Laluan 4 | ||||||||||
Platform | 2 (1 platform pulau) | ||||||||||
Trek | 3 | ||||||||||
Sambungan | Bas, teksi | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bawah tanah | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Beroperasi | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | September 28, 2009 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen Zhongguancun (Cina ringkas: 中关村站 ; Cina tradisional: 中關村站 ; pinyin: Zhōngguāncūn Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Haidian, dalam kawasan perbandaran Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan 4.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Stesen Zhongguancun dibuka kepada awam dan memulakan operasinya bersama-sama stesen di sepanjang Laluan 4 pada 28 Sepetember 2009.[2]
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen Zhongguancun terletak di bawah tanah Jalan Zhongguancun (Cina ringkas: 中关村大街 ; pinyin: Zhōngguāncūn Dàjiē).[3]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]Aras Jalan | Pintu masuk/keluar A-E, hentian bas dan teksi | |
Aras Bawah Aras Legar |
Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis | |
Aras Platform | → | 4 menuju ke Tiangongyuan (Laluan Daxing) (Haidian Huangzhuang) |
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan
| ||
← | 4 menuju ke Anheqiaobei (Beijing Daxue Dongmen) |
Dalaman stesen
[sunting | sunting sumber]Terdapat satu aras legar stesen yang terletak di aras bawah tanah, di bawah tanah Jalan Zhongguancun. Bahagian aras legar di utara menyediakan pintu keluar A1, A2 dan B, bahagian selatan aras legar pula menyediakan pintu keluar C1, C2 dan D, manakala di pusat aras legar, terdapat pintu keluar E. Pusat perkhidmatan pelanggan dan mesin tiket tambang masing-masing disediakan di bahagian tengah dan utara–selatan aras legar stesen. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen di aras legar selatan dan pondok bit polis yang terletak di aras legar utara berdekatan dengan pintu keluar A dan B. Stesen Zhongguancun dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri dan kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, PSBC, dan CCB.[4] Stesen Zhongguancun mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan 4 dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[4]
Pintu masuk dan keluar
[sunting | sunting sumber]Tujuh pintu stesen yang dibina di stesen Zhongguancun, pintu A1, A2, B, C1, C3, D dan E. Pintu A mempunyai landasan landai untuk orang kurang upaya (OKU).[3]
Pintu | Lokasi | Destinasi | Kemudahan | |
---|---|---|---|---|
A1 | Jalan Lingkaran Keempat Utara (北四环西路) | Pusat Pembangunan Sains dan Teknologi Pasifik Universiti Peking, Wusi Sports Activity Center of Peking University | Lif untuk OKU | |
A2 | Laluan pejalan kaki bawah tanah ke pusat membeli-belah Zhongguancun Plaza, Jalan Haidanbeiyue (海淀北一街) | — | ||
B | Jalan Lingkaran Keempat Utara (北四环西路) | Stadium Zhongguancun, Sekolah Rendah Pertama Zhongguancun, Sekolah Rendah Kedua Zhongguancun, Tadika Nombor Satu Jalan Zhongguancun, Perpustakaan Akademi Sains Cina,Pejabat Pos China Post Keiyuan | — | |
C1 | Laluan pejalan kaki bawah tanah ke Pusat Inovasi, Pendidikan dan Internet Chung Kwan Tsuen, Bangunan Zhongguancun MOCC Times, Beijing Centergate | — | ||
C3 | Jalan Zhongguancun (中关村大街) | Banguan Zhongke, Affiliated High School of Peking University, Hospital Zhongguancun | — | |
D | Jalan Zhongguancun (中关村大街) | Zhongguancun e-Plaza Fortune Center, Pejabat Sub-daerah Daerah Haidian, Mahkamah Rakyat Daerah Haidian | — | |
E | Jalan Zhongguancun (中关村大街) | Bangunan Founder International, Bangunan Elektrik Dinghao | — |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ Wang Yutong (16 Disember 2019). "Flit about Beijing by subway: Line 4" (dalam bahasa Inggeris). CGTN News. Dicapai pada 15 Januari 2022.
- ^ a b "Around the Station – Zhongguancun – Beijing MTR" [Di sekitar Stesen – Zhongguancun – Beijing MTR] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
- ^ a b "Facility – Zhongguancun – Beijing MTR" [Prasarana – Zhongguancun – Beijing MTR] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Stesen Zhongguancun di Wikimedia Commons