Sopdet
Sopdet ialah nama Mesir purba bagi bintang Sirius dan personifikasinya sebagai seorang dewi Mesir. Dia dikenali oleh orang Yunani sebagai Sothis, dan dia digabungkan dengan Isis sebagai dewi dan Anubis sebagai dewa.
Nama
[sunting | sunting sumber]Sebutan tepatnya dalam Mesir kuno tidak dipastikan, kerana bunyi vokal tidak direkodkan sehinggalah zaman yang sangat lewat. Dalam transkripsi moden, namanya biasanya ditulis sebagai Sopdet (Spdt,[8] har. 'Segi Tiga' atau 'Yang Tajam'), mengikut namanya dalam Yunani dan Latin, Sothis (Bahasa Yunani Kuno: Σῶθις , Sō̂this ).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Semasa tamadun Mesir awal, terbit syuruk bintang Sirius datang sebelum banjir tahunan Sungai Nil.[9] Disebabkan itu, ia nampaknya digunakan untuk kalendar suria yang sebahagian besarnya menggantikan kalendar qamariah pada alaf ke-3 SM. Walaupun kalendar Mesir tidak mempunyai jangka setahun yang tetap, banjir tahunan berlaku pada masa yang berbeza setiap tahun, dan bintang Sirius bergerak perlahan dalam setahun, Sopdet masih berperanan penting untuk orang Mesir menandakan peredaran masa dan meraikan Wep Renpet (Wp Rnpt), Tahun Baru Mesir. Dia juga dihormati sebagai dewi kesuburan yang banjir bawa kepada tanah.
Dahulu dia lama disangka digambarkan dengan lembu pada sekeping papan gading dari pemerintahan Djer (Dinasti I),[9] tetapi ini tidak lagi disokong oleh kebanyakan ahli Mesirologi.[10] Semasa Kerajaan Lama, dia dewi penting banjir tahunan dan pengiring mendiang firaun di alam ghaib Mesir. Semasa Kerajaan Pertengahan, peranan terutamanya ialah sebagai ibu dan penyusu dan, pada zaman Ptolemaik, dia hampir digabungkan seluruhnya dengan Isis.[9]
Mitos
[sunting | sunting sumber]Sopdet ialah isteri Sah, buruj Belantik yang dipersonifikasikan berhampiran Sirius. Anak mereka Zuhrah[1] ialah Sopdu, dewa helang[9] dan "Dewa Timur".[9] Sebagai "pembawa Tahun Baru dan banjir Nil", dia dikaitkan dengan Osiris sejak awal lagi,[9] dan pada zaman Ptolemaik Sah dan Sopdet hampir hanya muncul digabungkan dengan Osiris[9] dan Isis.[9]
Gambaran
[sunting | sunting sumber]Dia digambarkan sebagai seorang wanita dengan bintang berbucu lima di atas kepala,[9] biasanya dengan hedjet bertanduk serupa dengan Satet.[9] Pada zaman Ptolemaik dan Rom, bintangnya dipanggil "Bintang Anjing" dalam bahasa Eropah menyebabkan dia kadangkala digambarkan sebagai anjing besar atau sebagai wanita yang menunggang pelana sisi. [9]
Dari Kerajaan Tengah, Sopdet kadang-kadang digambarkan sebagai dewi yang mengangkat sebahagian daripada Nut (dewi langit atau cakerawala) bersama Hathor. Di Mesir Yunani-Romawi, Sopdet yang lelaki digabungkan dengan Anubis yang berkepala anjing.[1]
-
Sopdet di Kompleks Kuil Dendera.
-
Isis]] dan Demeter.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Hill (2016).
- ^ Vygus (2015), m/s. 1774.
- ^ a b Vygus (2015), m/s. 1222.
- ^ Vygus (2015), m/s. 1239.
- ^ Vygus (2015), m/s. 1872.
- ^ Vygus (2015), m/s. 1925.
- ^ Vygus (2015), m/s. 1237.
- ^ Vygus (2015).
- ^ a b c d e f g h i j k Wilkinson (2003).
- ^ Clagett (2004).
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Clagett, Marshall (2004), Ancient Egyptian Science: Calendars, Clocks, and Astronomy, 2, American Philosophical Society, ISBN 9780871692146.
- Hill, J (2016), "Sopdet", Ancient Egypt Online.
- Vygus, Mark (2015), Middle Egyptian Dictionary (PDF)
- Wilkinson, Richard H. (2003), "Sothis", The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt, London: Thames & Hudson, m/s. 167–168, ISBN 0-500-05120-8.