Pergi ke kandungan

Shoot 'Em Up

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shoot 'Em Up
Fail:Shoot em up ver2.jpg
Theatrical poster for Shoot 'Em Up
PengarahMichael Davis
PenulisMichael Davis
Dihasilkan olehSusan Montford
Don Murphy
DibintangiClive Owen
Paul Giamatti
Monica Bellucci
SinematografiPeter Pau
Disunting olehPater Amundson
Muzik olehPaul Haslinger
Diedarkan olehNew Line Cinema
Tarikh tayangan
September 7, 2007 (wide)
NegaraU.S.A.
BahasaEnglish
Bajet$20 million

Shoot 'Em Up merupakan filem filem aksi / triler tahun 2007 yang ditulis dan diarahkan oleh Michael Davis (Monster Man) dan dikeluarkan oleh Susan Montford dan Don Murphy. Filem ini mula ditayang kepada umum pada 7 September 2007.Di Malaysia, filem ini berstatus SG .

Cerita ini bermula dengan seorang perempuan mengandung berlari-lari ceras di sebuah lorong dan dikejar oleh beberapa penjenayah yang mahu membunuhnya dan anaknya. Di sana seorang lelaki bernama Smith (Clive Owen), tertanya-tanya tentang kejadian kejar-mengejar itu lalu menyorotinya. Smith berjaya perempuan itu melahirkan anak . Malangnya kumpulan pejenayah itu ingin membunuh bayi tersebut . Lantas Smith meminta bantuan pelacur jalanan bernama Donna Quintato yang boleh berbahasa Perancis(Monica Bellucci).

Smith mempunyai latar belakang tentera dan mempunyai kegemaran makan lobak merah. Smith mendapati dirinya terjebak dalam satu konspirasi politik yang melibatkan Senator Guard yang akan bertanding jawatan presiden. Ketua konspirasi diketuai oleh seorang inteligen lakonan Paul Giamatti.

Filem ini banyak sekali unsur ganas dan seks yang melibatkan menembak dan melanggar bayi kecil. Teknik tembakan dari Smith yang cukup pantas dan mengharukan sesuai sebagai filem aksi. Filem ini amatlah tidak sesuai untuk pelajar sekolah atau bawah 18 tahun.


Senarai pelakon

[sunting | sunting sumber]

Pelakon filem ini bukanlah pelakon terkenal di Amerika Syarikat, sebaliknya pelakon dari Kanada.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]