Pergi ke kandungan

Senarai watak Bleach

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ini merupakan senarai watak-watak dalam siri anime dan manga Bleach ciptaan Tite Kubo. Untuk kemudahan, watak-watak disenaraikan menurut tempat tinggal mereka: di dunia manusia, Soul Society atau Hueco Mundo.

Sebagai tambahan kepada maklumat yang diberikan oleh beberapa bab dan episod dalam siri ini, Tite Kubo telah menyertakan profil-profil watak di bahagian belakang tankōbon tertentu, memberi informasi tentang watak-watak utama yang selalunya tersembunyi; ini termasuklah satu atau dua gubahan muzik yang dikaitkan dengan watak-watak tersebut oleh Tite Kubo. Dalam siri anime, watak-watak diadaptasi oleh Masashi Kudō.

Dunia Manusia

[sunting | sunting sumber]

Keluarga Kurosaki

[sunting | sunting sumber]
  • Kurosaki Ichigo, (kanji: 黒崎 一護)
  • Kurosaki Isshin, (kanji: 黒崎 一心), ketua keluarga Kurosaki yang juga suami Masaki, bapa Ichigo, Karin dan Yuzu serta datuk kepada Kazui.
  • Kurosaki Karin, (kanji: 黒崎 夏梨) – merupakan adik perempuan Ichigo dan kembar Yuzu.
  • Kurosaki Yuzu, (kanji: 黒崎 遊子) – merupakan adik perempuan Ichigo dan kembar Karin.
  • Kurosaki Masaki, (kanji: 黒崎 真咲) [meninggal dunia] isteri Isshin, ibu Ichigo, Karin dan Yuzu. Dia terbunuh di tangan Grand Fisher 9 tahun sebelum cerita Bleach bermula.
  • Orihime Inoue, (kanji: 井上)rakan sekelas Ichigo yang akhirnya menjadi isterinya. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kazui.
  • Kurosaki Kazui, anak Ichigo dan Orihime, cucu kepada Isshin dan Masaki, anak saudara Sora, Yuzu dan Karin. Mempunyai kekuatan yang tak terduga apabila mampu membangkitkan kuasa Dewa Maut dalam usia yang sangat muda.

Sekolah Menengah Karakura

[sunting | sunting sumber]
  • Kurosaki Ichigo
  • Orihime Inoue
  • Sado Yasutora
  • Ishida Uryū
  • Tatsuki Arisawa
  • Keigo Asano
  • Mizuiro Kojima
  • Chizuru Honshō
  • Michiru Ogawa
  • Ryō Kunieda
  • Mahana Natsui
  • Mizuho Asano
  • Reiichi Ōshima
  • Tetsuo Momohara
  • Kenichirō Nanbu
  • Satoshi Terasawa
  • Shouko Kusama
  • Jinpei Nagase
  • Satoda
  • Shinji
  • Kyōko Haida

Sementara

[sunting | sunting sumber]

Kedai Runcit Urahara

[sunting | sunting sumber]
  • Kisuke Urahara, Tuan Kedai
  • Tessai Tsukabishi
  • Jinta Hanakari
  • Ururu Tsumugiya
  • Ririn (Anime)
  • Kurōdo (Anime)
  • Noba (Anime)
  • Bambietta Basterbine (Stern Ritter E)
  • Bazz-B (Stern Ritter H)
  • Driscoll Berci (Stern Ritter O)
  • BG9 (Stern Ritter K)
  • Shaz Domino
  • Cang Du (Stern Ritter I)
  • Berenice Gabrielli (Stern Ritter Q)
  • Jerome Guizbatt (Stern Ritter R)
  • Jugram Haschwalth (Stern Ritter B)
  • Ryūken Ishida
  • Sōken Ishida
  • Ishida Uryū (Stern Ritter A)
  • Kanae Katagiri
  • Kurosaki Masaki
  • Loyd Lloyd (Stern Ritter Y)
  • Royd Lloyd (Stern Ritter Y)
  • Mask De Masculine (Stern Ritter S)
  • NaNaNa Najahkoop (Stern Ritter U)
  • Äs Nödt (Stern Ritter F)
  • Quilge Opie (Stern Ritter J)
  • Sternritter Lelaki Yang Tidak Bernama
  • Askin Nakk Le Vaar (Stern Ritter D)
  • Yhwach (Stern Ritter A / Pengasas Stern Ritter)
  • Giselle Gewelle (Stern Ritter Z)
  • Candice Catnipp (Stern Ritter T)
  • Meninas McAllon (Stern Ritter P)
  • Liltotto Lamperd (Stern Ritter G)
  • Gremmy Thomeaux (Stern Ritter V)
  • Shinji Hirako
  • Love Aikawa
  • Rōjūrō Ōtoribashi
  • Kensei Muguruma
  • Kurosaki Ichigo
  • Mashiro Kuna
  • Hiyori Sarugaki
  • Hachigen Ushōda
  • Lisa Yadōmaru
Nama
Fullbring
Ahli Kumpulan
Status
Kūgo Ginjō Cross of Scaffold No. 001 Inactive
Giriko Kutsuzawa Time Tells No Lies Unknown Inactive
Riruka Dokugamine Dollhouse No. 003 Left Group
Jackie Tristan Dirty Boots Unknown Left Group
Shūkurō Tsukishima Book of The End N/A Inactive
Yukio Hans Vorarlberna Invaders Must Die/Digital Radial Invaders No. 005 Left Group
Kurosaki Ichigo Unknown No. 007 Left Group
Sado Yasutora Brazo Derecha de Gigante & Brazo Izquierda del Diablo N/A Former Associate
Moe Shishigawara Jackpot Knuckle N/A Former Associate

Roh-roh Ubahsuai

[sunting | sunting sumber]
  • Kagerōza Inaba
  • Kon
  • Nozomi Kujō
  • Kurōdo
  • Noba
  • Ririn
  • Ōko Yushima

Soul Society

[sunting | sunting sumber]

Shinigami

[sunting | sunting sumber]
  • Abarai Renji
  • Abarai Ichika
  • Aida
  • Sōsuke Aizen
  • Akon
  • Shūsuke Amagai
  • Makizō Aramaki
  • Yumichika Ayasegawa
  • Baishin
  • Shinobu Eishima
  • Tatsufusa Enjōji
  • Rusaburō Enkōgawa
  • Taketsuna Gori
  • Goteitaishi
  • Seizo Harugasaki
  • Kirio Hikifune
  • Momo Hinamori
  • Shūhei Hisagi
  • Tōshirō Hitsugaya
  • Hiyosu
  • Tetsuzaemon Iba
  • Gin Ichimaru
  • Maki Ichinose
  • Yasochika Iemura
  • Jirōbō Ikkanzaka
  • Inose
  • Nanao Ise
  • Ashido Kanō
  • Hidetomo Kajōmaru
  • Heizō Kasaki
  • Asuka Katakura
  • Ryūsei Kenzaki
  • Makoto Kibune
  • Kenpachi Kiganjō
  • Izuru Kira
  • Tenjirō Kirinji
  • Shin'etsu Kisaragi
  • Sajin Komamura
  • Isane Kotetsu
  • Kiyone Kotetsu
  • Sentarō Kotsubaki
  • Byakuya Kuchiki
  • Ginrei Kuchiki
  • Kōga Kuchiki
  • Rukia Kuchiki
  • Kurosaki Isshin
  • Mayuri Kurotsuchi
  • Nemu Kurotsuchi
  • Zennosuke Kurumadani
  • Yachiru Kusajishi
  • Shunsui Kyōraku
  • Ikkaku Madarame
  • Masayoshi
  • Rangiku Matsumoto
  • Ōetsu Nimaiya
  • Harunobu Ogidō
  • Genshirō Okikiba
  • Marechiyo Ōmaeda
  • Marenoshin Ōmaeda
  • Ichibei Hyōsube
  • Ran'Tao
  • Rikichi
  • Eikichirō Saidō
  • Chōjirō Sasakibe
  • Shinta Seko
  • Kaien Shiba
  • Miyako Shiba
  • Yoruichi Shihōin
  • Shino
  • Senjumaru Shutara
  • Suì-Fēng
  • Izaemon Tōdō
  • Rikū Togakushi
  • Rin Tsubokura
  • Tessai Tsukabishi
  • Jūshirō Ukitake
  • Toshimori Umesada
  • Retsu Unohana
  • Kisuke Urahara
  • Hanatarō Yamada
  • Genryūsai Shigekuni Yamamoto
  • Ryūnosuke Yuki
  • Ōko Yushima
  • Kenpachi Zaraki

Pengawal Diraja

[sunting | sunting sumber]
Tajuk
Nama
Bekas Bahagian
Creation
Syaitan Kolam Air Panas Tenjirō Kirinji Unknown Healing Springs
Ruler of Grain Kirio Hikifune 12th Division Artificial soul
God of the Sword Ōetsu Nimaiya Unknown Zanpakutō
Great Weave Guard Senjumaru Shutara Unknown Unknown
Monk of Perception Ichibei Hyōsube Unknown Unknown

Zanpakutō

[sunting | sunting sumber]

Shinigami (Dewa Maut)

[sunting | sunting sumber]
Kurosaki Ichigo
  • Nama: Zangetsu (斬月, makna kasar: Pemotong Bulan)[1]; roh seorang lelaki berpakaian gelap dengan kaca mata hitam.
  • Lepasan tahap awal: Zangetsu berbentuk sebilah parang setinggi tuannya. Bentuk ini tidak memerlukan sebarang arahan untuk mengaktifkannya kerana Zangetsu sentiasa berbentuk aktif.
  • Lepasan tahap akhir: Digelar Tensa Zangetsu (天鎖斬月, makna kasar: Rantai Pemotong Bulan Sakti). Dalam tahap ini, Zangetsu berbentuk seperti sejenis pedang hitam tirus. Apabila tahap ini diaktifkan Ichigo, dia berpakaian serba hitam (seakan-akan semangat zanpakutōnya). Pergerakannya adalah lebih pantas daripada langkah kilat biasa, dan dia juga mempunyai ketangkasan dan refleks yang sama pantas.
  • Kebolehan: Getsuga tenshō (月牙天衝, makna kasar: taring bulan pembuka langit), sejenis serangan bertenaga yang menembak beberapa letupan berwarna biru berbentuk sabit. Apabila digunakan dalam tahap akhir, letupan-letupan ini berwarna hitam dan merah dan pergerakan mereka mampu dikawal.
Urahara Kisuke
  • Nama: Benihime (紅姫, maksud kasar: Puteri Merah)[2]
  • Lepasan tahap awal: Pedang Benihime menjadi lebih tebal berbanding zanpakutō biasa dengan hulu lengkung yang dihiasi reben merah dan perhiasan lain dikelilingnya. Diaktifkan dengan arahan "bangkit" (起きろ, okiro).
  • Kebolehan: Benihime mampu menembak letupan-letupan tenaga yang agak kuat, juga mampu mencipta sejenis perisai pelindung berwarna merah di hadapan Urahara untuk melindunginya. Diaktifkan dengan arahan "nyanyi" (啼け, nake, "Jerit" dalam alihan suara bahasa Inggeris dan manganya).
Yamamoto-Genryūsai Shigekuni - Kapter Divisyen 1
  • Nama: Ryūjin Jakka (流刃若火, makna kasar: Bilah Mengalir Bak Nyalaan Api)[3]
  • Lepasan tahap awal: Ryūjin Jakka dipenuhi dengan api. Diaktifkan dengan arahan "hancurkanlah setiap penjuru dunia ini" (万象一切灰燼と為せ, banshō issai kaijin to nase, ataupun: "Setiap perkara di dunia ini, hancurlah").
  • Kebolehan: Ryūjin Jakka mampu mencipta bara api yang cukup panas untuk meluluhkan apa sahaja yang disasarkan ke arahnya, mahupun tidak bersentuhan. Bahagian yang mengelilingi Yamamoto juga akan dikelilingi api.
Sasakibe Chōjirō - Leftenan Divisyen 1
  • Nama: Gonryōmaru (厳霊丸, makna kasar: Semangat Tegas atau Semangat Serius)[4]
  • Lepasan tahap awal: Gonryōmaru bertukar menjadi beberapa bilah rapier. Diaktifkan dengan arahan "cucuk" (穿て, ugate, ataupun "tembuk").
  • Kebolehan: Tidak diketahui
Soifon - Kapten Divisyen 2
  • Nama: Suzumebachi (雀蜂, makna kasar: Tebuan)[5]
  • Lepasan tahap awal: Suzumebachi bertukar menjadi sejenis penyengat yang dipakainya di jari tengah tangan kanan Soifon. Diaktifkan dengan arahan "sengat semua musuh hingga mati" (尽敵螫殺, jinteki shakusetsu, ataupun "serangan maut musuh labah-labah").
  • Kebolehan: Apabila Soifon menikam seseorang dengan Suzumebachi, sebuah simbol rama-rama yang digelar lambang tebuan (蜂紋華, hōmonka, ataupun Lambang Bunga Lebah) akan merebak daripada bahagian cedera tersebut. Jika Soifon menikam individu itu pada tempat yang sama untuk kali kedua, maka maut akan menimpanya.
Ōmaeda Marechiyo - Leftenan Divisyen 2
  • Nama: Gegetsuburi (五形頭, makna kasar: Berkepala Lima)[6]
  • Lepasan tahap awal: Gegetsuburi bertukar menjadi sejenis senjata besar bercacak dengan rantai. Diaktifkan dengan arahan "pecah" (打っ潰せ, buttsubuse, atau "hancur")
  • Kebolehan: Tidak diketahui
Ichimaru Gin - (Bekas) Kapten Divisyen 3
  • Nama: Shinsō (神鎗, makna kasar: Lembing Sakti)[7]
  • Lepasan tahap awal: Bilah Shinsō memanjang dalam kelajuan yang tinggi ke arah lawan dan menikam mereka daripada jarak yang jauh. Pedang ini meletakkan impak yang penuh ke atas serangan yang ditepis atau dihalang. Ichimaru Gin mampu menghayunkan bilahnya secara mendatar dalam kawasan yang luas sambil mengekalkan bentuk panjang Shinsō. Diaktifkan dengan arahan "tembaknya hingga mati" (射殺せ, ikorose); dalam anime, arahan ini diubah kepada ikurosu.
  • Kebolehan: Dalam beberapa permainan video Bleach, Gin menghalakan Shinsō ke arah langit, diikuti oleh beberapa bilah pedang yang sama jatuh menghujani kawasan disekitarnya.
Kira Izuru - Leftenan Divisyen 3
  • Nama: Wabisuke (侘助, makna kasar Lelaki Duka Cita, boleh juga diterjemah sebagai maafan ataupun pemaaf)[8]
  • Lepasan tahap awal: Bilah Wabisuke bengkok bercangkuk segi empat. Diaktifkan dengan arahan "angkat kepalamu" (面を上げろ, omote o agero, ataupun "Tunjukkan diri kamu").
  • Kebolehan: Wabisuke menggandakan berat senjata lawan yang bersentuhan dengan bilahnya. Gandaan ini adalah berterusan dan bertambah dengan setiap sentuhan yang seterusnya.
Unohana Retsu - Kapten Divisyen 4
  • Nama: Minazuki (肉雫唼)[9]
  • Lepasan tahap awal: Tidak diketahui
  • Lepasan tahap akhir: Tidak diketahui
  • Kebolehan: Berupaya mencipta sejenis makhluk terbang yang menyembuhkan kecederaan manusia dalam perutnya. Keupayaan ini tidak dapat dipastikan tahap lepasannya.
Kotetsu Isane - Leftenan Divisyen 4
  • Nama: Itegumo (凍雲, makna kasar: Awan Beku, ataupun Awan Salju )[4]
  • Lepasan tahap awal: Itegumo terbahagi kepada tiga bilah gunting katar dengan hulu katana biasa. Diaktifkan dengan arahan "lari" (奔れ, hashire).
  • Kebolehan: Tidak diketahui
Yamada Hanatarō - #7 Divisyen 4
  • Nama: Hisagomaru (瓠丸, makna kasar: Penyukat Sakti)[10]
  • Lepasan tahap awal: Hisagomaru memperolehi sejenis penyukat pada hulunya dan serangannya menyembuhkan musuh dan tidak menyakiti mereka. Diaktifkan dengan arahan "penuhi" (満たせ, mitase, ataupun penuhkan).[11]
  • Kebolehan: Selepas penyukat tersebut penuh, Hisagomaru bertukar menjadi Akeiro Hisagomaru (朱色瓠丸, makna kasar: penyukat berwarna merah). Dalam bentuk ini, Hanatarō mampu membalas semula kecederaan yang dihisap zanpakutō dalam satu serangan.
Aizen Sōsuke - (Bekas) Kapten Divisyen 5
  • Nama: Kyōka Suigetsu (鏡花水月, makna kasar: Bunga Kaca Airan Bulan)[12]
  • Lepasan tahap awal: Sesiapa sahaja yang menyaksikan lepasan tahap awalnya akan terpukau secara menyeluruh dari saat itu. Diaktifkan dengan arahan "hancurkan" (砕けろ, kudakero).
  • Kebolehan: Hipnosis Kyōka Suigetsu merupakan kesan menyeluruh yang berkekalan, yakni membenarkan Aizen untuk mencipta ilusi-ilusi yang sempurna di dalam minda mereka di bawah kuasanya. Mereka yang dipukau secara menyeluruh oleh Kyōka Suigetsu tidak berupaya mengusirnya, meskipun mereka sedar akan kesannya terhadap diri mereka.
Hinamori Momo - Leftenan Divisyen 5
  • Nama: Tobiume (飛梅, makna kasar: Pokok plum terbang)[13]
  • Lepasan tahap awal: Bilah Tobiume berkembang dan bahagian tepinya mencacak keluar daripada bilah utamanya. Diaktifkan dengan arahan "patah" (弾け, hajike).
  • Kebolehan: Tobiume menumpukan semangat dalaman Hinamori, memberi tumpuan penuh ke atas beberapa butir tenaga letupan yang mampu melubangkan dinding dan lantai. Hinamori juga mampu memampatkan kuasanya menjadi satu bola tenaga yang besar.
Kuchiki Byakuya - Kapten Divisyen 6
  • Nama: Senbonzakura (千本桜, makna kasar: Satu Ribu Bunga Sakura)[14]
  • Lepasan tahap awal: Pedang Senbonzakura berkecai menjadi beribu-ribu mata pisau berupa kelopak bunga sakura di bawah kawalan Byakuya. Seringkali dia tidak bergerak daripada posisi asal. Diaktifkan dengan arahan "tabur" (散れ, chire, ataupun pecah).
  • Lepasan tahap akhir: Digelar Senbonzakura Kageyoshi (千本桜景厳, makna kasar: Kelipan Pameran Ribuan Bunga Sakura), Byakuya melepaskan Senbonzakura sehingga bilahnya menembusi tanah. Dua barisan pedang-pedang muncul di kiri kanan Byakuya dan larut keluar menjadi berjuta-juta mata-mata pisau di bawah kawalan Byakuya.
  • Kebolehan: Dalam tahap akhirnya, Senbonzakura memiliki dua jenis kebolehan. Yang pertama diaktifkan dengan arahan "kejadian pembunuhan beramai-ramai" (殲景, senkei) di mana Senbonzakura berpecah membentuk empat barisan pedang. Yang kedua diaktifkan dengan arahan "kejadian terakhir: pedang agung putih" (終景: 白帝剣, shūkei: hakuteiken).
Abarai Renji - Leftenan Divisyen 6
  • Nama: Zabimaru (蛇尾丸, makna kasar: Ekor Ular);[15] semangatnya berupa seekor nue, sejenis binatang lagenda Jepun yang mempunyai kepala seekor monyet atau babun dan badan seekor "rakun ala-anjing" dengan hulu ekornya berupa ular.[16]
  • Lepasan tahap awal: Zabimaru berubah menjadi beberapa bilah pisau bersegmen dengan beberapa bebenang menonjol di antara mereka. Bebenang ini membolehkan Zabimaru digunakan sebagai cemeti dan boleh diregangkan. Diaktifkan dengan arahan "raung" (咆えろ, hoero, "ngaum" dalam alihan suara bahasa Inggeris).
  • Lepasan tahap akhir: Digelar Hihiō Zabimaru (狒狒王蛇尾丸, makna kasar: Raja Babun Berekor Ular), Zabimaru berubah menjadi versi yang jauh lebih besar dan panjang daripada tahap awalnya, berupa rangka ular dengan kepala yang ala-ular juga. Setiap segmen badannya dihubungkan oleh semangat dalaman Renji sendiri, lalu membenarkannya menyambung dan memutuskan mereka menurut kehendaknya. Setiap segmen tidak wajib bersatu untuknya berfungsi dengan betul.
  • Kebolehan: Apabila digunakan sebagai cemeti, Zabimaru boleh dihayunkan sebanyak tiga kali sebelum bertukar menjadi pedangnya semula. Segmen-segmen bilahnya boleh dibahagikan dan dikawal oleh semangat Renji, membenarkannya melakukan serangan dari arah-arah berlainan yang digelar higa zekkō (狒牙絶咬 makna kasar: taring patah babun) tetapi serangan ini mencederakan Zabimaru dan membuka ruang untuk musuh menyerang Renji. Dalam tahap akhirnya, Zabimaru memperoleh satu teknik istimewa yang dinamakan Meriam Tulang Babun (狒骨大砲, hikō taihō) yang menembak satu letupan tenaga tebal daripada mulut Zabimaru.
Komamura Sajin - Kapten Divisyen 7
  • Nama: Tenken (天譴, makna kasar: Hukuman Atasan atau Hukuman Syurga)[17]
  • Lepasan tahap awal: Tenken mencipta beberapa bahagian tubuh seorang gergasi untuk meniru pergerakannya. Sebagai contoh, jika Komamura menghayunkan pedangnya, sebuah tangan gergasi atkan muncul dan melakukan perkara yang sama. Diaktifkan dengan arahan "ngaum" (轟け, todoroke).
  • Lepasan tahap akhir: Digelar Kokujō Tengen Myō'ō (黒縄天譴明王, makna kasar: Hukuman Syurga daripada Raja Kokujō ataupun Hukuman Berseri: Tali-tali Kejatuhan Malap),[18] Tenken mencipta sebuah gergasi berupa seorang tentera berperisai hitam, bertujuan meniru pergerakan Komamura.
  • Kebolehan: Selain daripada kesan automatiknya, kebolehan Tenken yang lain tidak diketahui.
Ikkanzaka Jirōbō - #4 Divisyen 7
  • Nama: Tsunzakigarasu (劈烏, makna kasar: Gagak Berbelah)[19]
  • Lepasan tahap awal: Tsunzakigarasu bertukar menjadi beberapa shuriken bergigi dua yang menari dikeliling Jirōbō. Jika mereka hancur, dia mampu menyarung pedangnya kembali untuk menyeru lebih shuriken. Diaktifkan dengan arahan "kibas keluar" (羽搏きなさい, habatakinasai, ataupun "kembangkan sayapmu").
  • Kebolehan: Tidak diketahui.
Kyōraku Shunsui - Kapten Divisyen 8
  • Nama: Katen Kyōkotsu (花天狂骨, makna kasar: Bunga Syurga, Tulang Sasau ataupun Bunga dari Syurga dan Tulang Kegilaan)[20]
  • Lepasan tahap awal: Katen Kyōkotsu bertukar menjadi pedang kembar besar. Diaktifkan dengan arahan "bunga-bungaan diganggu, dewa bunga menitiskan air mata, angin di Syurga diganggu, syaitan di Syurga tertawa" (花風紊れて花神啼き天風紊れて天魔嗤う, hana kaze midarete, kashin naki, tenpū midarete, tenma warau, ataupun "tatkala angin bungaan naik berang, dewa bunga mengaum, tatkala angin di Syurga naik berang, dewa di neraka mengejek").
  • Kebolehan: Tidak diketahui, meskipun digambarkan berupaya untuk mengawal angin dalam beberapa permainan video Bleach.
Enjōji Tatsufusa - #3 Divisyen 8
  • Nama: Hōzan (崩山, makna kasar: Runtuhan)
  • Lepasan tahap awal: Hōzan berupa gergaji dalam bentuk lepasannya. Diaktifkan dengan arahan "menari dengan gila" (乱舞せよ, ranbuseyo).
  • Kebolehan: Tidak diketahui
Kaname Tōsen - (Bekas) Kapten Divisyen 9
  • Nama: Suzumushi (清虫, makna kasar: Serangga Suci atau Serangga Loceng)[21]
  • Lepasan tahap awal: Bergantung kepada arahan yang digunakan.
  • Lepasan tahap akhir: Digelar Enma Kōrogi (閻魔蟋蟀, makna kasar: Cengkerik Enma),[22] Suzumushi mencipta sebuah kubah hitam yang mencengkam tanah dengan sepuluh gegelang. Objek yang terperangkap di dalam kubah itu kehilangan setiap deria tubuh kecuali deria rasa.
  • Kebolehan: Jika diaktifkan dengan arahan "nangis" (鳴け, nake), Suzumushi memancarkan satu nada nyaring seberang kawasan yang luas, lalu pendengaran orang di sekelilingnya akan tertutup dan mereka akan jatuh pengsan. Jika diaktifkan dengan arahan "hancurkan tubuh badannya" (四肢を潰すよ, shishi wo tsubusu yo), Suzumushi bertukar menjadi Benihiō (紅飛蝗, makna kasar: Belalang Juta Terbang Merah)[23] dan mencipta sekumpulan pedang yang jatuh menghujani pihak lawan.
Hitsugaya Tōshirō - Kapten Divisyen 10
  • Nama: Hyōrinmaru (氷輪丸, makna kasar: Cincin Ais)[24]
  • Lepasan tahap awal: Hyōrinmaru memperoleh pedang yang berbentuk sabit di hulunya, bersambung dengan sebuah rantai. Diaktifkan dengan arahan "bersemayamlah di atas syurga yang beku" (霜天に坐せ, sōten ni zase, ataupun "Perintahlah dibawah naungan Syurga yang beku").
  • Lepasan tahap akhir: Bergelar Daiguren Hyōrinmaru (大紅蓮氷輪丸, makna kasar: Teratai Merah Cincin Ais Agung),[25] Ais mengalir ke bahagian belakang Hitsugaya membentuk sayap dan ekor. Cengkaman ais juga muncul di bahagian kaki dan tangan kirinya dan sebuah kepala naga menutup tangan di hulu pedangnya. Akhir sekali, tiga buah "bunga" diperbuat daripada ais tercipta dibelakang Hitsugaya; setiap daripada mereka mempunyai empat kelopak. Kelopak ini akan cair atau hilang apabila Hitsugaya menggunakan teknik-tekniknya.
  • Kebolehan: Hyōrinmaru mempunyai kawalan ke atas cuaca, lebih-lebih lagi elemen-elemen seperti ais dan air. Dalam tahap awalnya, pedangnya mencipta sebuah naga ais apabila dihayunkan (kawalan oleh Hitsugaya) dan pedang sabit tersebut membeku apa sahaja yang dibalutinya. Dalam tahap akhirnya, Hyōrinmaru mempunyai dua teknik berbeza: "naga bingkai hujan batu" (竜霰架, ryūsenka) dan "penjara ais seribu tahun" (千年氷牢, sennen hyōrō). Teknik pertamanya membekukan pihak lawan dan hancur apabila ditikam Hitsugaya. Teknik yang keduanya akan mencipta tiang-tiang ais yang menyelubungi pihak lawan.[26]
Matsumoto Rangiku - Leftenan Divisyen 10
  • Nama: Haineko (灰猫, makna kasar: Kucing Abu)[27]
  • Lepasan tahap awal: Haineko larut menjadi abu di bawah kawalan Matsumoto. Diaktifkan dengan arahan "deram" (唸れ, unare).
  • Kebolehan: Abu daripada bilah pedang Haineko potong menembusi objek-objek seperti sebilah pedang, seperti yang dilihat dalam bahagian Bount. Dalam Bleach Heat The Soul 3, abu yang dihasilkan Haineko boleh bersatu menjadi seekor kucing atau seekor binatang ala-harimau.
Madarame Ikkaku - #3 Divisyen 3
  • Nama: Hōzukimaru (鬼灯丸, makna kasar: Cahaya Syaitan atau Musim Sejuk Ceri)[28]
  • Lepasan tahap awal: Hōzukimaru bertukar menjadi sebatang tiang yang boleh diputuskan menjadi tongkat tiga bahagian (三節棍, sansetsukon) dengan arahan "bahagi" (裂けろ, sakero, ataupun "putus"). Diaktifkan dengan arahan "tumbuh" (延びろ, nobiro, ataupun "memanjang"), sambil Ikkaku menghentak hulu zanpakutōnya masuk ke dalam sarungnya.
  • Lepasan tahap akhir: Bergelar Ryūmon Hōzukimaru (龍紋鬼灯丸, makna kasar: Jambul Naga Cahaya Syaitan),[29] Hōzukimaru bertukar menjadi sebuah penyodok Cina besar dan sebuah Dadao yang sama saiz, kedua-duanya disambungkan melalui sebuah rantai yang bersambung dengan sebuah kapak lembing yang besar dengan sebuah pemegang selari ditempakan ke bahagian tumpul, bersertakan sebuah lambang naga di satu belah bilah senjata itu.
  • Kebolehan: Meskipun Hōzukimaru tidak mempunyai sebarang kebolehan, dalam tahap akhirnya, kekuatannya sebagai sebilah zanpakutō bertambah kuat selepas beberapa ketika. Tahap kekuatannya ditunjukkan oleh lambang naga tersebut, di mana jika lambang tersebut dipenuhi warna merah sepenuhnya, maka kekuatan Hōzukimaru adalah di tahap maksimum dan kekuatan sebenarnya menonjol. Walaubagaimanapun, akibat mengeluarkan kekuatan pada tahap maksimum, bilah zanpakutō Ikkaku menjadi agak rapuh.[30]
Ayasegawa Yumichika - #5 Divisyen 11
  • Nama: Fuji Kujaku (藤孔雀, makna kasar: Merak Wisteria)[31]
  • Lepasan tahap awal: Fuji Kujaku berupa kipas tangan dengan empat sabit, bersambung di hulunya oleh sebuah engsel. Diaktifkan dengan arahan "mekar" (咲け, sake).
  • Kebolehan: Menggunakan arahan sakikurue (裂き狂え), Fuji Kujaku mampu menyerap tenaga semangat pihak lawan sehingga mereka tidak mampu untuk bertarung.
Ichinose Maki - (Bekas) Ahli Divisyen 11
  • Nama: Nijigasumi (虹霞, makna kasar: Kaburan Pelangi)[32]
  • Lepasan tahap awal: Bilah pedang Nijigasumi hilang. Diaktifkan dengan arahan "sinar dengan terang" (光華閃け, kōka hirameke).
  • Kebolehan: Bilah pedang Nijigasumi mencipta satu cahaya yang mengaburkan mata pihak lawan dan memotong apa sahaja yang disentuhnya. Nijigasumi juga mampu mencipta sebuah denyutan cahaya dan menembak beberapa bilah pedang bercahaya ke arah pihak lawan. Dengan memanipulasikan cahaya, Ichinose kelihatan halimunan. Apabila digunakan dalam bentuk Saigyoku Nijigasumi (Bulatan Penelan Kaburan Pelangi), Nijigasumi mencipta sebuah bulatan bercahaya yang memampatkan dirinya dikeliling musuh, sekaligus menghancurkan mereka.
Kurotsuchi Mayuri - Kapten Divisyen 12
  • Nama: Ashisogi Jizō (疋殺地蔵, makna kasar: Kepala Bunuh Ksitigarbha, meskipun boleh diterjemahkan dalam cara lain)[33]
  • Lepasan tahap awal: Ashisogi Jizō bertukar menjadi trisula yang aneh. Diaktifkan dengan arahan "koyak" (掻き毟れ, kakimushire).
  • Lepasan tahap akhir: Bergelar Konjiki Ashisogi Jizō (金色疋殺地蔵, makna kasar: Ashisogi Jizō Emas),[34] Ashisogi Jizō bertukar ke bentuk tertutupnya dan mencipta seekor beluncas gergasi dengan badan yang cukup pelik bersambung dengan kepala seorang bayi dengan lingkaran cahaya di atasnya.
  • Kebolehan: Dalam tahap shikainya, Ashisogi Jizō melumpuhkan sesiapa sahaja yang dicederakannya dengan mematikan isyarat-isyarat otak ke bahagian lengan dan kaki. Keadaan ini tidak boleh disembuhkan dan mengekalkan kesakitan yang ditanggung mangsa. Dalam tahap bankainya, makhluk ciptaan Ashisogi Jizō bernafaskan sejenis gas beracun daripada darah Mayuri yang boleh membunuh jika dihidu mangsa. Beberapa ceracak bilah juga boleh dikeluarkan daripada bahagian dada makhluk itu, membenarkannya untuk berlari ke arah lawan lalu menikam mereka. Jika Mayuri menikam dirinya menggunakan zanpakutō miliknya, dia bertukar menjadi bentuk cecair dan tidak boleh menentang atau ditentang (digunakan untuk melarikan diri). Dia bertukar semula menjadi bentuk manusia selang beberapa hari.
Ukitake Jūshirō - Kapten Divisyen 13
  • Nama: Sōgyo no Kotowari (双魚の理 or 双魚理, makna kasar: Kebenaran Pisces, ataupun Undang-undang Ikan Kembar)[35]
  • Lepasan tahap awal:: Sōgyo no Kotowari bertukar menjadi dua bilah pedang berupa lembing memancing dengan gerigi garpu serupa dengan jitte terbalik di belakang setiap bilah. Pedang-pedang tersebut bersambung melalui sejenis tali yang disusun dengan beberapa aksesori kecil. Diaktifkan dengan arahan "tiap-tiap ombak perisaiku, tiap-tiap guruh pedangku" (波悉く我が盾となれ雷悉く我が刃となれ, nami kotogotoku waga tate to nare, ikazuchi kotogotoku waga yaiba to nare, ataupun "ombak menjadi perisai aku, guruh menjadi pedang aku").
  • Kebolehan: Tidak diketahui, tetapi beberapa permainan video Bleach menggambarkannya sebagai pengawalan ke atas beberapa kombinasi kilat dan air.
Kaien Shiba - Bekas Leftenan Divisyen 13
Kuchiki Rukia - Divisyen 13
  • Nama: Sode no Shirayuki (袖の白雪 atau 袖白雪, makna kasar: Lengan Salju Putih)[37]
  • Lepasan tahap awal: Sode no Shirayuki menjadi warna putih sepenuhnya dengan sejenis reben putih tercipta di hulu pedangnya. Diaktifkan dengan arahan "menari" (舞え, mae).
  • Kebolehan: Sode no Shirayuki mempunyai tiga buah teknik: "tarian pertama, bulan putih" (初の舞, 月白, some no mai, tsukishiro), "tarian kedua, gelombang putih" (次の舞, 白漣, tsugi no mai, hakuren) dan "tarian ketiga, pedang putih" (参の舞, 白刀, san no mai, shirafune). Teknik yang pertama mencipta sebuah bulatan penuh pengaruh disekeliling sasaran Rukia dan membeku setiap penjuru dalam bulatan tersebut dari permukaan tanah hingga ke langit. Teknik yang kedua merupakan versi terarah teknik pertamanya, dengan mencipta satu gelombang ais besar beberapa jarak di hadapan Rukia. Teknik yang ketiga digunakan jika zanpakutōnya retak, dan mengembalikan bentuk pedangnya ke asal dengan liputan ais, meskipun menerusi sesuatu objek mahupun musuh.
Kurumadani Zennosuke
  • Nama: Tsuchinamazu (土鯰, makna kasar: Ikan Keli Daratan)
  • Lepasan tahap awal: Seperti yang didedahkan dalam Bleach Advance: Kurenai ni Somaru Soul Society, Tsuchinamazu bertukar menjadi sejenis chakram dengan reben ungu yang panjnag bersambung pada bahagian pemegang kayunya. Diaktifkan dengan arahan "selamat pagi" (おはよう, O-hayō).
  • Kebolehan Tidak diketahui.
Senna - Bleach: Memories of Nobody
  • Nama: Mirokumaru (弥勒丸, makna kasar: Bulatan Maitreya)
  • Lepasan tahap awal: Mirokumaru mengambil rupa sejenis tongkat dalam bentuk lepasannya. Diaktifkan dengan arahan "bawakan senja" (夕闇に誘え, yūyami niizanae).
  • Kebolehan: Mirokumaru boleh mencipta puting-puting beliung yang berada di bawah kawalan Senna untuk serangan.
Neliel Tu Oderschvank - Bekas Espada ke-3
  • Nama: Gamuza (羚騎士, makna kasar: Pahlawan Antelop atau Kesatria Antelop, bahasa Sepanyol untuk chamois[38])
  • Resurrección: Nel berubah menjadi seekor makhluk sentora manakala pedangnya berubah menjadi lembing berhulu dua. Tandyk-tanduk di kepala Nel juga turut memanjang. Lepasan Nel diaktifkan dengan arahan "isytihar" (謳え, utae).
  • Kebolehan: Serangan utama Nel ialah Lanzador Verde (Bahasa Sepanyol yang bermaksud "pelontar hijau" atau "penombak hijau"), di mana Nel melontar lembingnya pada kelajuan yang laju dengan putaran yang kuat ke arah musuhnya, menukar lembing itu menjadi sebuah gerudi gergasi.
Nnoitra Jiruga - Espada ke-5
  • Nama: Santa Teresa (聖哭螳螂, istilah biasa bahasa Sepanyol untuk "Mantis religiosa," bahasa Jepun untuk "belalang kacung suci menangis")
  • Resurreción: Nnoitra menumbuhkan dua lagi tangan yang disusun secara mendatar pada bahunya. Bilah zanpakutō Nnoitra juga berubah bentuk, menjadi lebih seperti kaki-kaki sabit seekor mentadak, dan berpisah kepada empat buah bilah yang serupa untuk setiap satu tangannya. Topeng hollow Nnoitra juga berubah, kelihatan koyak sedikit dan mempunyai gigi-gigi tajam. Dia juga menumbuhkan sepasang tanduk yang berbeza panjangnya, di mana satu daripadanya lebih panjang dan melengkung seperti bulan sabit. Lepasan Nnoitra diaktifkan dengan arahan "berdoa" (祈れ, inore).
  • Kebolehan: Selain daripada peningkatan dari segi kekuatan dirinya, tidak diketahui.
Grimmjow Jeagerjaques - Espada ke-6
  • Nama: Pantera (豹王, makna kasar: Raja Harimau Bintang, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol untuk Harimau kumbang)
  • Resurrección: Rupa Grimmjow berubah menjadi lebih felin, mengambil beberapa ciri tambahan seperti gigi bergerigi dan berekor. Rambutnya menjadi panjang dan bermaya, dan ukiran matanya membesar, memanjang hingga ke hujung telinganya. Dia kehilangan topengnya dan digantikan dengan sejenis makhota di atas dahinya. Lepasan Grimmjow diaktifkan dengan arahan "kisar" (軋れ, kishire).
  • Kebolehan: Tahap lepasan Grimmjow meningkatkan kepantasannya dengan mendadak, juga memberinya ketangkasan dan pergerakan ala-binatang. Dia juga boleh mengaum sewaktu "melepaskan dirinya", lalu mencipta gelombang-gelombang yang berkuasa di udara. Tambahan lagi, dia mampu menembak senjata berupa seligi yang muncul daripada bahagian bawah lengannya, dan mencipta dan menghalakan tenaga-tenaga cakaran daripada hujung jarinya.
Luppi - Bekas Espada ke-6
  • Nama: Trepadora (蔦嬢, makna kasar: Gadis Tumbuhan Menjalar, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol untuk "Pokok Anggur")
  • Resurrección: Lapan salur paut berpucuk daripada karapas yang terletak di belakang Luppi di bawah kawalannya. Diaktifkan dengan arahan "cekik" (縊れ, kubire).
  • Kebolehan: Tentakel-tentakel Luppi boleh digunakan dalam beberapa cara. Mereka boleh dipintal dengan pantas seperti kipas helikopter, berguna untuk menghimpap atau menjerut pihak lawan, dan juga boleh mengeluarkan duri-duri tajam dari hujung tumbuhannya.
Zommari Leroux - Espada ke-7
  • Nama: Brujería (呪眼僧伽 makna kasar: Sangha Mata Mempesona, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol sebagai Ilmu sihir)
  • Resurrección: Zommari diliputi lima puluh mata-mata yang disusun disekeliling bahagian tengah tubuhnya. Kaki-kakinya digantikan dengan struktur yang berbentuk labu dengan muka-muka berupa cyclop disekitarnya. Diaktifkan dengan arahan "sekat" (鎮まれ, shizumare).
  • Kebolehan: Selepas melepaskan zanpakutōnya, Zommari mendapat sejenis kebolehan yang digelar amor (bahasa Sepanyol yang bermaksud "cinta"), yang digunakannya untuk mengawal apa-apa sahaja yang dilihat mata-matanya, menandakan objek-objek kawalannya dengan tanda yang serupa dengan bentuk matahari. Bahagian bawah abdomennya juga boleh menutup seluruh tubuhnya, berperanan sebagai sebuah perisai.
Szayel Aporro Grantz - Espada ke-8
  • Nama: Fornicarás (邪淫妃, makna kasar: Ratu/Puteri Sembarangan Yang Jahat, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol sebagai "akan berzina")
  • Resurrección: Sepasang struktur berbentuk sayap muncul di belakang Szayel Aporro dan bahagian bawah badannya berubah kepada beberapa tentakel-tentakel panjang yang boleh mengecutkan saiznya, mendedahkan kakinya dan membenarkan dirinya untuk bergerak bebas. Cermin matanya memanjang, membentuk sebuah helmet dan dia mendapat sejenis tanda pelik berhampiran mata kirinya. Diaktifkan dengan arahan "hirup" (啜れ, susure).
  • Kebolehan: Selepas melepaskan zanpakutōnya, Szayel Aporro boleh mengembangkan sejumlah besar cecair hitam yang dipancutkan dari tubuhnya. Benda-benda hidup yang bersentuhan dengan cecair ini akan segera disalin. Salinan-salinan ini akur kepada arahan Szayel Aporro. Kebolehannya yang kedua ialah untuk "merasa" musuh-musuhnya. Ini membenarkannya untuk mencipta sebuah patung, serupa dengan patung voodoo, yang boleh digunakan untuk mencederakan tuan kepada patung itu. Namun, kebolehannya ini hanya boleh menjejaskan bahagian organ dalaman sahaja.
Aaroniero Arruruerie - Espada ke-9
  • Nama: Glotonería (喰虚, makna kasar: Memakan Kekosongan, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol untuk "Kerakusan")
  • Resurrección: Bahagian bawah badan Aaroniero's bertukar menjadi sejenis makhluk berupa seekor sotong kurita besar dengan beberapa mulut pada badannya. Diaktifkan dengan arahan "telan" (喰い尽くせ, kuitsukuse).
  • Kebolehan: Sebaik sahaja Aaroniero melepaskan zanpakutōnya, dia boleh menyeru kuasa-kuasa para hollow yang telah diambilnya (atau ditelannya) sekaligus. Tentakel-tentakelnya pula digunakan untuk pertarungan melee (jarak dekat).
Shawlong Koufang - Arrancar #11
  • Nama: Tijereta (五鋏蟲, makna kasar: Serangga Bergunting Lima, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol untuk Lelawi)
  • Resurrección: Kuku-kuku berupa gunting muncul di tangan Shawlong dan dia kini mempunyai ekor dengan pencakar. Diaktifkan dengan arahan "potong" (截て, tate).
  • Kebolehan: Kuku-kuku pencakar Shawlong digunakan untuk pertarunga melee.
Edrad Liones - Arrancar #13
  • Nama: Volcanica (火山獣, makna kasar: Binatang Gunung Berapi, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol sebagai "Gunung Berapi")
  • Resurrección: Perisai tercipta di kedua-dua belah lengan Edrad dengan muncung ekzos di bahunya. Diaktifkan dengan arahan "meletus" (起きろ, okiro).
  • Kebolehan: Edrad boleh menembak baraan api yang besar daripada penumbuknya untuk membakar pihak lawan.
Yylfordt Granz - Arrancar #15
  • Nama: Del Toro (蒼角王子, makna kasar: Putera Pucat Bertanduk, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol sebagai "daripada lembu jantan")
  • Resurrección: Perisai tercipta disekitar tubuh Yylfordt, mengubahnya menjadi makhluk yang berupa seekor lembu bertanduk panjang. Dia berjalan di atas empat kaki, dan diaktifkan dengan arahan "cucuk" (突き砕け, tsukikudake).
  • Kebolehan: Yylfordt menggunakan tanduk gergasinya sebagai senjata serangan utama, meluru dan mencucuk lawannya seperti seekor lembu jantan.
Dordonii Alessandro Del Socacchio - Arrancar #103
  • Nama: Giralda (暴風男爵, makna kasar: Taufan Usahawan Besar atau Taufan Baron, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol sebagai Giralda)
  • Resurrección: Dordonii menumbuhkan tanduk-tanduk besar di atas bahunya dan perisai yang tumbuh di atas kakinya dan terjulur keluar di bahagian pinggangnya bersama-sama dua lagi tanduk. Dua puting beliung besar datang daripada perisai pada kaki Dordonii, membenarkannya untuk terpaung di udara. Diaktifkan dengan arahan "putar" (旋れ, maware).
  • Kebolehan: Dordonii boleh mengawal dua makhluk berelemen angin berupa burung yang tercipta hasil daripada puting beliung tersebut.
Cirucci Thunderwitch - Arrancar #105
  • Nama: Golondrina (車輪鉄燕, makna kasar: Burung layang-layang beroda besi, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol sebagai "Burung layang-layang")
  • Resurrección: Cirucci mengeluarkan sayap-sayap besar yang terdiri daripada bilah-bilah pedang dan bukannya bulu. Tangannya memanjang dan jari-jarinya berupa kuku cakaran. Topengnya tumbuh menjadi 'bulu' terus ke bahagian bawah belakangnya di samping dua struktur berupa bulu yang tumbuh dari kakinya. Diaktifkan dengan arahan "koyakkannya" (掻っ切れ, kakkire).
  • Kebolehan: Sayap Cirucci yang terdiri daripada pedang-pedang boleh digunakan sebagai senjata yang mampu diserunya kembali. Tahap lepasannya menggunakan tenaga semangat yang besar, namun dia mampu menggugurkan sayap-sayap dan kukunya untuk melepasi kelemahannya ini, dan memberi tumpuan kepada tenaga dalam topengnya. Perubahan ini adalah berkekalan.
Gantenbainne Mosqueda - Arrancar #107
  • Nama: Dragra (龍拳, makna kasar: Penumbuk Naga)
  • Resurrección: Gantenbainne mendapat plat-plat berbentuk kubah pada kedua-dua belah lengannya dan di bawah bahagian belakangnya terus ke ekornya, memberinya rupa seperti seekor armadilo. Tumbukan pisaunya juga berupa naga.
  • Kebolehan: Ekor Gantenbainne menjanakan tenaga yang dikumpulnya pada tangannya dan ditembak sekaligus dalam satu tembakan yang cukup kuat. Sebelum melakukannya, dia akan berkata, "Dios, ruego nos perdone", yang bermaksud, "Semoga Tuhan mengampunkan kita".
Tesla - Arrancar yang tidak dikenalpasti.
  • Nama: Verruga (牙鎧士, makna kasar: Pahlawan Berperisai Gading, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol sebagai ketuat)
  • Resurrección: Tesla berubah menjadi makhluk gergasi. Topengnya membesar hingga menutup seluruh permukaan mukanya, serta menghasilkan sepasang gading. Rambutnya tumbuh hingga ke belakang tengkuknya. Diaktifkan dengan arahan "himpap"
  • Kebolehan: Kekuatan Tesla ditingkatkan dengan ketara, membenarkannya mematahkan tulang dengan mudah.

Patros - Arrancar yang tidak dikenalpasti.

  • Nama: Jerifalte (ヘリファルテ, dibaca dalam bahasa Sepanyol sebagai "bos")
  • Resurrección: Bahagian atas badan Patro berubah kepada bentuk menyerupai kereta kebal, dengan sepasang tangan berbentuk pedang yang boleh digunakan dalam serangan. Dia juga boleh menggunakan satu teknik istimewa, diaktifkan dengan arahan "cemar" (汚れよ, kegareyo).
  • Kebolehan: Lengan kanan Patros boleh digunakan untuk menembak butir-butir tenaga api, manakala lengan kirinya menembak sebagai suatu serangan kawasan luar, diaktifkan dengan arahan "pisah" (弾けろ, hajikero).
  1. ^ manga Bleach; bab 66, halaman 19.
  2. ^ manga Bleach; bab 65, halaman 19.
  3. ^ manga Bleach; bab 155, halaman 23.
  4. ^ a b manga Bleach; bab 152, halaman 13.
  5. ^ manga Bleach; bab 157, halaman 16.
  6. ^ manga Bleach; bab 152, halaman 13.
  7. ^ manga Bleach; bab 75, halaman 15.
  8. ^ manga Bleach; bab 101, halaman 13.
  9. ^ manga Bleach; bab 154, halaman 2.
  10. ^ Buku Rasmi Bleach "SOULs"; halaman 119.
  11. ^ Disebut dalam lakaran Jilid 22 manga Bleach.
  12. ^ manga Bleach; bab 171, halaman 9.
  13. ^ manga Bleach; bab 101, halaman 10.
  14. ^ manga Bleach; bab 116, halaman 36.
  15. ^ manga Bleach; bab 54, halaman 16-17.
  16. ^ manga Bleach; bab 118, halaman 2.
  17. ^ Buku Watak Rasmi Bleach "SOULs"; halaman 180.
  18. ^ manga Bleach; bab 148 , halaman 18.
  19. ^ manga Bleach; bab 91, halaman 17.
  20. ^ manga Bleach; bab 156, halaman 14.
  21. ^ manga Bleach manga; bab 126, halaman 16.
  22. ^ manga Bleach; bab 146, halaman 10.
  23. ^ manga Bleach; bab 129, halaman 14.
  24. ^ manga Bleach; bab 132, halaman 4.
  25. ^ manga Bleach; bab 170, halaman 18-19.
  26. ^ manga Bleach; bab 234, halaman 18.
  27. ^ manga Bleach; bab 169, halaman 6.
  28. ^ manga Bleach; bab 87, halaman 14.
  29. ^ manga Bleach; bab 205, halaman 4-5.
  30. ^ manga Bleach; bab 205, halaman 18.
  31. ^ manga Bleach; bab 89, halaman 2.
  32. ^ anime Bleach; episod 76.
  33. ^ manga Bleach; bab 122, halaman 12.
  34. ^ manga Bleach; bab 125, halaman 14.
  35. ^ manga Bleach; bab 156, halaman 12.
  36. ^ manga Bleach; bab 135, halaman 9.
  37. ^ manga Bleach; bab 201, halaman 16.
  38. ^ Kamus Dewan Inggeris-Melayu; Terjemahan Chamois; halaman 232

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]