Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas
Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas | |
---|---|
Lokasi | |
Km.1.6, Jalan Trusan, 98850, Lawas,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Kreatif, Inovatif & Progresif |
Nombor sekolah | +6-085-285325 |
Kod sekolah | YEE5201 |
Faks | +6-085-285592 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas |
Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas atau nama ringkasnya SMK Lawas, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km.1.6, Jalan Trusan.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas memiliki 554 pelajar lelaki dan 544 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1098 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada awal tahun 1962 Jabatan Pelajaran Sarawak telah berhasrat untuk membina sebuah sekolah menengah di daerah Lawas. Satu tapak tanah kerajaan telah diperuntukan untuk tujuan ini, yang kini merupakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas. Ketika kerja pembinaan dimulakan, pelajar bagi sekolah baru ini telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang. Perkara ini dipersetujui pula antara Group Headmaster dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang, Encik Lavey, memandangkan kemudahan-kemudahan (termasuk bilik darjah dan kakitangan pengajar) adalah mencukupi di sekolah itu.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas
- Km.1.6, Jalan Trusan
- 98850, Lawas
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6085285325
- Fax = 6085285592