Pergi ke kandungan

Sayaun Thunga Phool Ka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sayaun Thunga Phool Ka

Sayaun Thunga Phool Ka (Bahasa Nepal: सयौं थुँगा फूलका "Rajutan Ratusan Bunga") adalah lagu kebangsaan Nepal. Ia secara rasmi diisytiharkan sebagai lagu kebangsaan Nepal pada 3 Ogos 2007 di dewan persidangan Suruhanjaya Perancangan Negara, di dalam Singha Durbar, oleh Speaker Parlimen sementara, Encik Subash Chandra Nemwang tidak lama selapas dipilih dalam suatu pertandingan menerima 1,272 buah gubahan 20 April tahun sama.[1] Lagu sebelumnya, Rastriya Gaan telah diterima pakai pada tahun 1962 sebelum pemerintahan beraja dibubarkan tahun 2006.

Lirik lagu kebangsaan ini telah ditulis oleh penyair Pradeep Kumar Rai, alias Byakul Maila manakala muziknya digubah oleh Amber Gurung. Inti pati lagu kebangsaan Nepal termasuklah perkataan memuji kedaulatan Nepal, perpaduan, keberanian, kebanggaan, pemandangan yang indah, kemajuan, keamanan, kepelbagaian budaya dan biologi, dan rasa hormat.

Bahasa Nepal Transliterasi Terjemahan
सयौं थुँगा फूलका हामी, एउटै माला नेपाली

सार्वभौम भई फैलिएका, मेची-महाकाली।

प्रकृतिका कोटी-कोटी सम्पदाको आंचल

वीरहरूका रगतले, स्वतन्त्र र अटल।

ज्ञानभूमि, शान्तिभूमि तराई, पहाड, हिमाल

अखण्ड यो प्यारो हाम्रो मातृभूमि नेपाल।

बहुल जाति, भाषा, धर्म, संस्कृति छन् विशाल

अग्रगामी राष्ट्र हाम्रो, जय जय नेपाल।

Sayauṃ thuṁgā phūlakā hāmī, euṭai mālā nepālī,
Sārvabhauma bhī phailiekā, Mecī-Mahākālī
Prakṛtikā koṭi-koṭi sampadāko āṁcala,
Vīraharūkā ragatale svatantra ra aṭala
Jñānabhūmi, śāntibhūmi, tarāī, pahāḍa, himāla
Akhaṇḍa yo pyāro hāmro mātṛbhūmi Nepāla
Bahula jāti, bhāṣā, dharma, saṃskṛti chan viśāla
Agragāmī rāṣṭra hāmro, jaya jaya Nepāla!
Rajutan ratusan bunga, kami kalungan Nepal
Bumi berdaulat membentang dari Mechi sampai Mahakali
Dicucuri alam berhasil kaya berketi-keti[a] [tak terbatas]
Tumpahan darah wira bangsa bebas dan teguh
Penuh bijak dan damai terai,[b] pahad,[c] himalnya[d]
Tidak dipisahkan dengan sang tanah ibu Nepal
Banyak jati [bangsa],[e] bahasa, darma (agama) dan budaya luar biasa
Kami bangsa yang bergerak maju, berjayalah Nepal!
  1. ^ koṭī dalam bahasa Nepal serumpun bahasa Sanskrit yang meminjamkan keti dalam bahasa Melayu bermaksud "seratus ribu".
  2. ^ Terai adalah wilayah Nepal yang berupa daratan rendah yang memiliki bukit-bukit. Wilayah ini mencakup 17% dari wilayah Nepal.
  3. ^ Pahad adalah wilayah Nepal yang berupa pegunungan yang umumnya tidak bersalji
  4. ^ Himal adalah wilayah Nepal yang berupa pergunungan bersalji. Contoh wilayah Himal adalah Pergunungan Himalaya
  5. ^ jāti dalam bahasa Nepal serumpun bahasa Sanskrit yang meminjamkan jati dalam bahasa Melayu bermaksud "kelahiran".[2]</ref>
  1. ^ "People's Daily Online -- Nepali cabinet approves new national anthem". en.people.cn. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2013. Dicapai pada 2020-11-02.
  2. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 418. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 238.