Satah asasi
Penampilan
Satah asasi (ساته اساسي) dalam sistem koordinat sfera adalah satah yang membahagikan sfera kepada hemisfera, tempat dimana paksi x dan y berada. Latitud sesebuah titik di permukaan sfera kemudiannya dinyatakan sebagai sudut antara satah asasi dan garis yang menghubungkan titik tersebut dengan pusat sfera.
Penggunaan satah asasi
[sunting | sunting sumber]Untuk sistem koordinat geografi Bumi, satah asasinya ialah khatulistiwa. Bagi sistem koordinat cakerawala pula, terdapat satah asasi yang berbeza iaitu:
- Sistem koordinat khatulistiwa menggunakan khatulistiwa cakerawala;
- Sistem koordinat gerhana menggunakan ekliptik;
- Sistem koordinat galaksi menggunakan Bima Sakti; dan
- Sistem koordinat mengufuk pula menggunakan ufuk si pemerhati.