Resin
Resin atau damar[1] ialah rembesan hidrokarbon kebanyakan tumbuhan, terutamanya pokok konifer. Resin juga boleh dianggap sebagai getah yang dirembeskan oleh pokok. Resin dinilai untuk sifat kimianya dan berkaitan penggunaannya, seperti penghasilan sapang, bahan pelekat dan agen pelicauan makanan. Ia juga bernilai sebagai sumber bahan mentah untuk sintesis organik, dan antara bahan di dalam dupa dan minyak wangi. Resin fosil daripada pokok kuno membentuk ambar.
Damar turunan akar proto-Austronesia *damaR₁ . Keterkaitan bahan ini sebagai penyala jamung sangat kuat dalam kalangan bangsa-bangsa Austronesia sehingga melekat pada kata turunan berkaitan objek bercahaya atau menyala dalam bahasa-bahasa serumpun seperti rārama bermaksud "cahaya" itu sendiri dalam bahasa Fiji, fakamalama dalam bahasa Tuvalu bermaksud "tingkap", mālama dalam bahasa Samoa bermaksud "fajar" dan mārama dalam bahasa Māori yang bermaksud "bulan".[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ A grammar and dictionary of the Malay language: with a preliminary ..., Volume 2, By John Crawfurd
- ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*damaR₁ tree resin used in torches". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 26 Julai 2022.