Pergi ke kandungan

Renang berirama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Renang berirama
Badan induk tertinggiFédération Internationale de Natation (FINA)
Ciri-ciri
JenisAkuatik
Kemunculan
Sukan OlimpikDalam Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1984

Renang berirama atau renang indah (dinamakan secara rasminya sebagai renangan artistik - artistic swimming - sejak Julai 2017[1][2]), adalah suatu bentuk sukan gabungan berenang, tarian dan gimnastik yang terdiri perenang melakukan rutin rumit serentak (sama ada solo, berpasangan sama atau lain jantina, pasukan bebas, gabungan bebas, dan tampilan utama) dalam air yang disertai dengan muzik.

Rutin-rutin yang dilaksanakan dalam sukan ini terdiri daripada pergerakan kaki khusus ("figures"), gerakan tangan serta tampilan khas. Para perenang menari serentak mengikut satu sama lain dengan muzik yang diaminkan.highlights. Mereka juga tidak dibenarkan memijak dasar kolam sebagai sokongan tetapi apungan mereka sentiasa dikekalkan menggunakan pergerakan tulang empat kerat.

Penilaian

[sunting | sunting sumber]

Para perenang dinilai serta diberikan skor (dalam skala 1 hingga 100) berdasarkan pelaksanaan, gaya artistik dan tahap kebolehan dan gaya teknikal; di mana kesemua aspek ini diutamakan dalam mencapai skor akhir yang tinggi.

Setiap peserta yang tidak hadir dalam rutin kumpulan (biasanya 8 orang untuk pertandingan Kejohanan Dunia dan FINA) akan menyumbangkan mata penalti kepada kseluruhan pasukan. Sesebuah kumpulan yang terlibat boleh terdiri aripada 4 peserta minimum dan 10 peserta semaksimumnya.

  1. ^ "Synchronised swimming to be called artistic swimming". Cbc.ca. Dicapai pada 25 Januari 2018.
  2. ^ FINA (September 13, 2017). "FINA artistic swimming rules 2017-2021" (PDF). FINA. Dicapai pada 25 Januari 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]