Referendum kemerdekaan Scotland 2014
Referendum kemerdekaan Scotland 2014 merujuk kepada pungutan suara rakyat Scotland mengundi merdeka pada hari Khamis, 18 September 2014. Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Ratu Elizabeth II menyatakan pengundi Scotland harus bijak memilih sama ada terus kekal di dalam kesatuan United Kingdom atau merdeka sepenuhnya dan memerintah sendiri. Hasilnya nanti UK akan berpecah dua dan mereka akan mengikut haluan masing-masing buat selama-lamanya. Kesatuan itu telah bertahan selama 307 tahun. Masih ramai mahu Ratu Britain yang bersemayam di Istana Buckingham terus kekal berkecuali selaku pemerintah dan ketua negara; ibunda Ratu Elizabeth II sendiri berbangsa Scotland.[1]
Hasil perjanjian antara Scotland dan kerajaan United Kingdom, Referendum Rang Undang-undang kemerdekaan Scotland telah dikemukakan pada 21 Mac 2013. Parlimen Scotland telah meluluskannya pada 14 November 2013 dan menerima Perkenan Diraja pada 17 Disember 2013.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya pengundi hanya perlu menyatakan merdeka Ya atau Tidak. Semua penduduk di Scotland berusia 16 atau lebih boleh mengundi, sebanyak lebih 4 juta orang. Banyak pihak mula berkempen terutama parti politik, kumpulan perniagaan, surat khabar dan individu terkemuka. Isu kempen termasuklah mata wang Scotland yang bebas, perbelanjaan awam dan minyak Laut Utara.
Hasil referendum itu: 55.3 peratus daripada mereka yang mengundi memilih untuk kekal (Better Together). Baki 45 peratus lagi pula memilih untuk merdeka sepenuhnya (Yes Scotland).[2] Jumlah pengundi hadir 84.6% agak tinggi bagi United Kingdom.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Scotland hari ini dibentuk oleh evolusi wilayah semasa Zaman Pertengahan. Kerajaan diraja Scotland menuntut kemerdekaan dan menentang Kerajaan England pada abad ke-14. Dua sistem monarki ini berlaku apabila James VI dari Scotland juga menjadi James I dari England. Kedua-dua negara-negara bersatu di bawah satu kerajaan apabila Oliver Cromwell menjadi pelindung Komanwel pada 1653 tetapi kemudiannya dibubarkan apabila monarki telah dipulihkan dalam 1660. Kerajaan Scotland dan England bersatu untuk membentuk Kerajaan Great Britain pada 1707. Great Britain membentuk United Kingdom pada 1801. Kebanyakan wilayah Ireland meninggalkan Union pada tahun 1922, kemudian membentuk Republik Ireland; dengan itu nama penuh negara berdaulat hari ini adalah United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara.
Parti Buruh berusaha menerajui Scotland berkerajaan senndiri pada tahun 1920 dan memngemukakan pelbagai agenda. Kemudian Parti Kebangsaan Scotland (SNP) telah ditubuhkan pada tahun 1934, tetapi tidak mencapai kejayaan dalam pilihan raya penting sehingga tahun 1960-an. Perjanjian Scotland telah ditandatangani oleh 2 juta orang (daripada penduduk 5 juta) pada tahun 1940-an. Kerajaan Buruh Jim Callaghan mengalami tekanan selepas pilihan raya dari SNP.
Perhimpunan Scotland telah diadakan pada 1979 tetapi tiada sebarang perubahan. Ini kerana undi 'Ya' mesti melebihi 40% daripada jumlah pengundi. apabila Parti Buruh kembali berkuasa pada tahun 1997, referendum Scotland kedua telah diadakan. Majoriti mahu Parlimen mempunyai kuasa untuk mengubah kadar asas cukai pendapatan. Akta Scotland 1998 ditubuhkan dan Parlimen Scotland pertama dipilih pada 6 Mei 1999 mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai perkara-perkara yang tidak dirizabkan di Scotland .
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Scotland mengumumkan pada 21 Mac 2013 bahawa referendum itu akan diadakan pada 18 September 2014. Beberapa laporan media menyebut bahawa 2014 akan menjadi ulang tahun ke-700 Pertempuran Bannockburn. Scotland akan menjadi tuan rumah yang Sukan Komanwel 2014 dan Piala Ryder 2014, jadi tahun 2014 adalah tahun terbaik untuk mengadakan referendum.
Di bawah terma Draf Rang Undang-Undang 2010, mereka yang layal mengundi dalam referendum ialah:
- Rakyat British yang bermastautin di Scotland;
- Rakyat daripada 52 negara Komanwel lain yang bermastautin di Scotland;
- Rakyat daripada 27 negara-negara Kesatuan Eropah yang bermastautin di Scotland;
- Ahli-ahli Dewan Pertuanan yang bermastautin di Scotland;
- Kakitangan DiRaja yang berkhidmat di UK atau di luar negara dalam Angkatan Tentera British yang berdaftar untuk mengundi di Scotland.
Alasan
[sunting | sunting sumber]Terdapat perdebatan sama ada Parlimen Scotland mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang untuk satu referendum berhubung dengan isu kemerdekaan Scotland. Kerajaan Scotland pada 2010 menegaskan bahawa mereka boleh membuat undang-undang untuk referendum. Kedua-dua kerajaan telah menandatangani Perjanjian Edinburgh, yang membenarkan pemindahan sementara kuasa undang-undang. Akta Scotland 1998 (pindaan Jadual 5) 2013 telah diluluskan oleh Ratu, berikutan nasihat Menteri pada mesyuarat Majlis Privy pada 12 Februari 2013.
Pengawasan
[sunting | sunting sumber]Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab mengawasi referendum 2014 ini dan mengawal selia pengeluaran promosi dan kempen. Suruhanjaya Pilihan Raya akan melaporkan kepada Parlimen Scotland.
Keputusan
[sunting | sunting sumber]Majlis tempatan[3] | Undi ya | Undi tidak | Ya (%) | Tidak (%) | Undi sah | Kehadiran (%) |
---|---|---|---|---|---|---|
Aberdeen | 59,390 | 84,094 | 41.4% | 58.6% | 143,484 | 81.7% |
Aberdeenshire | 71,337 | 108,606 | 39.6% | 60.4% | 179,943 | 87.2% |
Angus | 35,044 | 45,192 | 43.7% | 56.3% | 80,236 | 85.7% |
Argyll and Bute | 26,324 | 37,143 | 41.5% | 58.5% | 63,467 | 88.2% |
Clackmannanshire | 16,350 | 19,036 | 46.2% | 53.8% | 35,386 | 88.6% |
Dumfries and Galloway | 36,614 | 70,039 | 34.3% | 65.7% | 106,653 | 87.5% |
Dundee | 53,620 | 39,880 | 57.3% | 42.7% | 93,500 | 78.8% |
East Ayrshire | 39,762 | 44,442 | 47.2% | 52.8% | 84,204 | 84.5% |
East Dunbartonshire | 30,624 | 48,314 | 38.8% | 61.2% | 78,938 | 91.0% |
East Lothian | 27,467 | 44,283 | 38.3% | 61.7% | 71,750 | 87.6% |
East Renfrewshire | 24,287 | 41,690 | 36.8% | 63.2% | 65,977 | 90.4% |
Edinburgh | 123,927 | 194,638 | 38.9% | 61.1% | 318,565 | 84.4% |
Eilean Siar | 9,195 | 10,544 | 46.6% | 53.4% | 19,739 | 86.2% |
Falkirk | 50,489 | 58,030 | 46.5% | 53.5% | 108,519 | 88.7% |
Fife | 114,148 | 139,788 | 45.0% | 55.0% | 253,936 | 84.1% |
Glasgow | 194,779 | 169,347 | 53.5% | 46.5% | 364,126 | 75.0% |
Highland | 78,069 | 87,739 | 47.1% | 52.9% | 165,808 | 87.0% |
Inverclyde | 27,243 | 27,329 | 49.9% | 50.1% | 54,572 | 87.4% |
Midlothian | 26,370 | 33,972 | 43.7% | 56.3% | 60,342 | 86.8% |
Moray | 27,232 | 36,935 | 42.4% | 57.6% | 64,167 | 85.4% |
North Ayrshire | 47,072 | 49,016 | 48.9% | 51.1% | 96,088 | 84.4% |
North Lanarkshire | 115,783 | 110,922 | 51.1% | 48.9% | 226,705 | 84.4% |
Orkney Islands | 4,883 | 10,004 | 32.8% | 67.2% | 14,887 | 83.7% |
Perth and Kinross | 41,475 | 62,714 | 39.8% | 60.2% | 104,189 | 86.9% |
Renfrewshire | 55,466 | 62,067 | 47.2% | 52.8% | 117,533 | 87.3% |
Scottish Borders | 27,906 | 55,553 | 33.4% | 66.6% | 83,459 | 87.4% |
Shetland Islands | 5,669 | 9,951 | 36.3% | 63.7% | 15,620 | 84.4% |
South Ayrshire | 34,402 | 47,247 | 42.1% | 57.9% | 81,649 | 86.1% |
South Lanarkshire | 100,990 | 121,800 | 45.3% | 54.7% | 222,790 | 85.3% |
Stirling | 25,010 | 37,153 | 40.2% | 59.8% | 62,163 | 90.1% |
West Dunbartonshire | 33,720 | 28,776 | 54.0% | 46.0% | 62,396 | 87.9% |
West Lothian | 53,342 | 65,682 | 44.8% | 55.2% | 119,024 | 86.2% |
SCOTLAND | 1,617,989 | 2,001,926 | 44.7% | 55.3% | 3,619,915 | 84.6% |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ratu Elizabeth II Minta Rakyat Scotland Fikir Semasak-masaknya Sebelum Undi
- ^ Scotland tolak pemisahan, kekal bersama UK malaysiakini
- ^ "Scottish independence referendum - Results". BBC. 18 September 2014. Dicapai pada 18 September 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Referendum kemerdekaan Scotland 2014 |