Pergi ke kandungan

Putera George, Duke Kent

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Putera George
Duke Kent
Putera George pada tahun 1934
KeputeraanPutera George dari Wales
(1902-12-20)20 Disember 1902
York Cottage, Sandringham, Norfolk, England
Kemangkatan25 Ogos 1942(1942-08-25) (umur 39)
Morven, Caithness, Scotland
Sebab kematianNahas udara Dunbeath
Pemakaman29 Ogos 1942
Bilik Kebal Diraja, Gereja Kecil St George, Istana Windsor
PasanganPuteri Marina dari Yunani dan Denmark (k. 1934)
Anakanda
Nama penuh
George Edward Alexander Edmund
Kerabat
AyahandaGeorge V
BondaMary dari Teck
TandatanganTandatangan Putera George
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan United Kingdom
Perkhidmatan
Tahun perkhidmatan aktif1916–1942
Pangkat
Pertempuran

Putera George, Duke Kent (George Edward Alexander Edmund; 20 Disember 1902 – 25 Ogos 1942) ialah ahli keluarga diraja British dan anakanda kelima Raja George V dan Permaisuri Mary. Baginda ialah adinda kepada Raja Edward VIII dan Raja George VI.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Putera George diputerakan pada 20 Disember 1902, di York Cottage di Norfolk, England.[1] Ayahandanya ialah Putera Wales, yang kemudiannya menjadi Raja George V, dan ibunya ialah Puteri Wales, kemudiannya Permaisuri Mary. Pada masa keputeraannya, George berada di urutan kelima dalam turutan pewarisan takhta, selepas ayahandanya dan tiga kekandanya (Edward, Albert, dan Henry).

Pada 26 Januari 1903, George telah dibaptiskan di sebuah gereja kecil di Istana Windsor. Upacara itu dikendalikan oleh Francis Paget, Uskup Oxford. Ibu bapa baptisnya ialah Raja Edward VII dan Permaisuri Alexandra (nenendanya), Putera Valdemar dari Denmark (diwakili oleh Putera Carl dari Denmark), Putera Louis dari Battenberg (suami sepupu ayahandanya), Maharani Balu Maria Feodorovna (diwakili oleh Puteri Victoria dari United Kingdom), dan Puteri Christian dari Schleswig-Holstein.[2]

Pendidikan dan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Putera George menerima pendidikan awal daripada seorang guru dan kemudian bersekolah di St Peter's Court, sebuah sekolah persediaan. Pada usia 13 tahun, baginda belajar di sebuah kolej tentera laut di Osborne dan kemudiannya Dartmouth.[1] Baginda berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja sehingga tahun 1929, di atas kapal seperti HMS Iron Duke dan HMS Nelson.[1]

Selepas meninggalkan tentera laut, baginda bekerja di Pejabat Luar Negeri dan kemudiannya di Pejabat Dalam Negeri, menjadi ahli keluarga diraja pertama yang bekerja sebagai penjawat awam.[1] Baginda menerima kenaikan pangkat dalam tentera dan memegang jawatan dalam Tentera British dan Tentera Udara Diraja.[3] Baginda dilantik sebagai kolonel dalam Tentera British dan kapten kumpulan di RAF. Baginda juga dilantik sebagai Colonel-in-Chief of the Royal Fusiliers.[4]

Pada tahun 1931, baginda melawat Amerika Selatan bersama kekandanya, Putera Wales. Mereka mengembara sejauh 18,000 batu dan melawat tempat-tempat seperti Buenos Aires dan Rio de Janeiro.[5] Mereka kembali ke Eropah dengan penerbangan khas dari Paris ke Windsor Great Park.[6][7][8]

Baginda berkhidmat sebagai pembantu kem kepada kedua-dua kekandanya, pertama Edward VIII dan kemudian George VI.[9] Baginda telah ditetapkan untuk menjadi Gabenor Jeneral Australia pada tahun 1939, tetapi pelantikan itu ditangguhkan kerana meletusnya Perang Dunia II. Sebaliknya, pada permulaan perang, baginda kembali aktif dalam perkhidmatan tentera laut sebagai laksamana muda dan berkhidmat secara ringkas di Bahagian Perisikan Laksamana.[10]

Sepanjang hidupnya, Putera George mempunyai hubungan yang kuat dengan dunia nautika. Baginda ialah penaung Persatuan Penyelidikan Nautika dari tahun 1926 hingga tahun 1942, menunjukkan minat dan sokongannya terhadap penerokaan dan kajian maritim.[11]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan dan anakanda

[sunting | sunting sumber]

George berkahwin dengan Puteri Marina dari Yunani dan Denmark pada 29 November 1934. Puteri Marina, dilahirkan pada 13 Disember 1906, ialah anakanda perempuan Putera Nicholas dari Yunani dan Denmark dan Grand Duchess Elena Vladimirovna dari Rusia. Marina ialah sepupu Putera Philip, Duke Edinburgh.

George dan Marina mempunyai tiga orang anak: Putera Edward, Puteri Alexandra, dan Putera Michael.

Tugas-tugas diraja

[sunting | sunting sumber]

George memikul pelbagai tanggungjawab dalam keluarga diraja British. Baginda merupakan ahli keluarga diraja yang aktif semasa hayatnya dan menjalankan tugas yang serupa dengan ahli-ahli monarki British yang lain. Sebagai putera kerabat diraja, baginda mengambil bahagian dalam upacara kenegaraan, majlis rasmi dan acara awam di dalam United Kingdom dan di luar negara. Baginda mewakili keluarga diraja dalam lawatan rasmi ke negara lain, menyumbang kepada hubungan diplomatik dan pertukaran budaya.

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Ogos 1942, sebuah pesawat Tentera Udara Diraja (RAF) iaitu Short Sunderland W4026, dengan George dan 14 yang lain di atasnya, terhempas di lereng bukit berhampiran Dunbeath, Caithness, Scotland. George dan kebanyakan orang di dalam pesawat itu maut, kecuali seorang.

Nahas itu telah dibincangkan dalam buku yang dipanggil "Double Standards" oleh Lynn Picknett dan Clive Prince, tetapi buku mereka telah dikritik kerana tidak tepat. Dalam buku itu, mereka mendakwa bahawa George mempunyai beg bimbit yang diisi dengan wang Sweden, yang tidak bernilai di Iceland, digari di pergelangan tangannya. Ini membawa kepada spekulasi bahawa penerbangan itu adalah misi ketenteraan rahsia ke Sweden, satu-satunya tempat di mana wang Sweden mempunyai nilai.

Kemangkatan George menandakan kali pertama dalam lebih 450 tahun seorang ahli keluarga diraja meninggal dunia semasa berkhidmat dalam tentera. Jenazah baginda pada mulanya dibawa ke Gereja Kecil St George di Windsor dan kemudian dikebumikan di Royal Burial Ground di Frogmore, berhampiran makam Ratu Victoria.

Anakanda sulungnya, Putera Edward, mewarisi gelaran Duke Kent selepas ayahandanya mangkat. Isteri George, Puteri Marina, telah melahirkan anak ketiga mereka, Putera Michael, hanya tujuh minggu sebelum George mangkat. Wasiat George telah dimeterai di Llandudno pada tahun 1943, dan harta pusakanya bernilai £157,735 (bersamaan dengan £5 juta pada tahun 2022, diselaraskan untuk inflasi).

Hanya seorang yang terselamat dalam nahas itu, Sarjan Penerbangan Andrew Jack, yang merupakan penembak muda di Sunderland. Menurut beliau, beliau memberitahu abangnya bahawa George sedang menerbangkan pesawat sebelum nahas, dan beliau telah menariknya keluar dari tempat duduk juruterbang selepas kemalangan itu. Terdapat juga sebutan mengenai orang yang tidak dikenali di dalam pesawat yang identitinya tidak pernah didedahkan.

  1. ^ a b c d "Duke of Kent once called sailor prince". Pittsburgh Post-Gazette. 26 August 1945. Dicapai pada 23 March 2013.
  2. ^ "Yvonne's Royalty: Royal Christenings". users.uniserve.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2011. Dicapai pada 27 December 2010.
  3. ^ "No. 34356". The London Gazette. 1 January 1937. m/s. 10.
  4. ^ "No. 34024". The London Gazette. 16 February 1934. m/s. 1074.
  5. ^ Erskine, Barry, "Oropesa (II)", Pacific Steam Navigation Company, dicapai pada 15 December 2013
  6. ^ Nicol, Stuart (2001). MacQueen's Legacy; A History of the Royal Mail Line. One. Brimscombe Port and Charleston, SC: Tempus Publishing. m/s. 158. ISBN 0-7524-2118-2.
  7. ^ "Arrival at Windsor by Air", The Straits Times, National Library, Singapore, 30 April 1931, dicapai pada 18 December 2013
  8. ^ "Princes Home", The Advertiser and Register, National Library of Australia, 1 May 1931, dicapai pada 18 December 2013
  9. ^ "No. 34365". The London Gazette (Supplement). 19 June 1936. m/s. 4012.
  10. ^ "No. 34379". The London Gazette. 12 March 1937. m/s. 1642.
  11. ^ Hugh Murphy & Derek J. Oddy (2010) The Mirror of the Seas; A Centenary History of the Society for Nautical Research London, Society for Nautical Research, p.191. ISBN 978-0-902387-01-0

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]