Presiden Kepulauan Marshall
Penampilan
Presiden Republik Kepulauan Marshall | |
---|---|
Anggota bagi | Cabinet of the Marshall Islands (en) |
Bidang kuasa | Kepulauan Marshall |
Tempoh jawatan | Empat tahun, boleh diperbaharui sekali |
Penjawat sulung | Amata Kabua |
Dibentuk | 17 November 1979 |
Senarai | List of presidents of the Marshall Islands (en) |
Tapak web | rmiparliament |
sunting · sunting di Wikidata |
Presiden Kepulauan Marshall merupakan ketua negara dan ketua kerajaan bagi negara Kepulauan Marshall. Jawatan presiden dipilih oleh Nitijeļā (Dewan Perundangan) daripada kalangan ahlinya manakala ahli-ahli kabinet pula dipilih oleh presiden daripada ahli Dewan.
Amata Kabua telah dipilih sebagai presiden pertama republik pada 1979.[1] Setelah itu, beliau dipilih semula untuk empat penggal iaitu pada tahun 1983, 1987, 1991 dan 1996. Selepas Amata Kabua meninggal dunia, sepupu pertamanya, Imata Kabua, pula menjadi presiden selepas memenangi pilihan raya khas pada 1997.[2]
Presiden terkini ialah Hilda Heine sejak 3 Januari 2024. Beliau pernah berkhidmat dari 2016 hingga 2020.[3][4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Saxon, Wolfgang (26 Disember 1996). "Amata Kabua, 68, President Of Marshall Islands, Is Dead". The New York Times. Dicapai pada 28 Januari 2016.
- ^ Hassall, Graham; Saunders, Cheryl. Asia-Pacific Constitutional Systems. Cambridge University Press. m/s. 264. ISBN 978-0521033411.
- ^ "Hilda Heine elected first female Pacific leader as president of Marshall Islands". ABC News. 27 Januari 2016. Dicapai pada 27 Januari 2016.
- ^ "Hilda Heine elected Marshalls president". Radio New Zealand. 27 Januari 2016. Dicapai pada 27 Januari 2016.