Polis Israel
משטרת ישראל شرطة إسرائيل | |
Intisari agensi | |
---|---|
Ibu pejabat | Ibu Pejabat Kebangsaan Polis Israel – Kiryat HaMemshala |
Kakitangan | 35,000[1] |
Belanjawan tahunan | 8.383 bilion NIS (2010)[2] |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | http://www.police.gov.il/ |
Polis Israel (Ibrani: משטרת ישראל, rumi: Mišteret Yisra'el ; Arab: شرطة إسرائيل, rumi: Shurtat Isrāʼīl ) ialah pasukan polis awam bagi Israel. Seperti kelaziman, tugasan-tugasan Polis Israel termasuk pembendungan jenayah, kawalan trafik, penjagaan keselamatan awam, dan penentangan aktiviti terorisme. Polis Israel berada di bawah pentadbiran Kementerian Keselamatan Awam.[3] Ibu pejabat rasmi polis terletak di Kiryat HaMemshala, Jerusalem.[4]
Polis Israel mengawal keseluruhan Israel, Kawasan C Tebing Barat serta Dataran Tinggi Golan,[5] yakni di seluruh kawasan yang memiliki kawalan awam Israel.[6][7] Ini ialah satu-satunya penguatkuasa undang-undang Israel; Israel tiada badan polis di peringkat bawahan sungguhpun beberapa pentadbir-pentadbir tahap bahawan menguruskan undang-undang secara terhad tanpa kewibawaan setaraf polis.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Israel Police". Israel Police. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 16, 2011. Dicapai pada Mei 11, 2011.
- ^ "Police Budget" (dalam bahasa Ibrani). Israel Police. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 6, 2011. Dicapai pada Mei 11, 2011.
- ^ "Ministry of Public Security". mops.gov.il. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 24, 2012.
- ^ "Jerusalem Issue Briefs". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2010. Dicapai pada 2013-09-04.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ Jack Khoury (Julai 11, 2010). "Druze protesters clash with police searching restaurant in Golan village". Haaretz. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 14, 2010.
- ^ "Israeli-Palestinian Interim Agreement". mfa.gov.il. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 10, 2010.
- ^ "Suspicious Arguments Against saying Hallel on Yom Ha'atzmaut". Bloging:: Ha Gufa Kashya. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 26, 2012. Dicapai pada November 29, 2018.
- ^ Municipal Policing
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Laman rasmi