Piala Emas CONCACAF
Ditubuhkan | 1991 |
---|---|
Kawasan | Amerika Utara, Amerika Tengah & Caribbean (CONCACAF) |
Jumlah pasukan | 12 |
Juara semasa | Mexico (Gelaran ke-12) |
Pasukan paling berjaya | Mexico (11 Gelaran) |
Laman sesawang | www.goldcup.org |
Piala Emas CONCACAF 2023 |
Piala Emas CONCACAF (Sepanyol: Copa de Oro de la CONCACAF ) merupakan sebuah kejohanan bola sepak untuk lelaki yang dianjurkan oleh CONCACAF, ditawarkan kepada negara-negara di zon Amerika Utara, Amerika Tengah dan juga Caribbean.
Piala Emas CONCACAF diadakan pada setiap dua tahun sekali. Sebelum tahun 2015, di mana kejohanan ini tidak diadakan pada tahun yang sama dengan Piala Konfederasi FIFA, pemenang atau pasukan yang mempunyai tangga tertinggi sekali dalam CONCACAF dan FIFA, layak secara automatik ke kejohanan seterusnya. Bermula pada tahun 2015, pemenang bagi 2 edisi Piala Emas CONCACAF akan melawan bagi menentukan pasukan yang akan masuk ke Piala Konfederasi FIFA bagi zon CONCACAF. Jika pasukan sama memenangi 2 kejohanan Piala Emas CONCACAF berturut-turut, tidak ada perlawanan diadakan dan pasukan itu secara automatik layak ke Piala Konfederasi FIFA[1].
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum penubuhan
[sunting | sunting sumber]Sebelum penubuhan konfederasi CONCACAF pada tahun 1961, beberapa pertubuhan bola sepak kecil sudah terbentuk di zon ini. Dua pertubuhan penting ialah Confederación Centroamericana y del Caribe de Fútbol (CCCF) yang dibentuk pada tahun 1938 (terdiri daripada negara-negara di zon Amerika Tengah dan kebanyakkan negara dari Caribbean) dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara (NAFC) yang dibentuk pada tahun 1946 (terdiri daripada negara-negara di zon Amerika Utara serta Amerika Syarikat, Mexico, Kanada dan Cuba). Setiap pertubuhan mengadakan kejohanan mereka sendiri iaitu Kejohanan CCCF dan Kejohanan NAFC. CCCF telah menganjurkan 10 edisi kejohanannya pada tahun 1941 sehingga 1961, di mana pasukan Costa Rica memenangi tujuh kejuaraan (1941, 1946, 1948, 1953, 1955, 1960 dan 1961) dan 3 lagi dimenangi oleh pasukan El Savador (1943), Panama (1951) dan Haiti (1957). Manakala bagi NAFC pula, mereka telah menganjurkan 4 edisi kejohanannya pada tahun 1947, 1949, 1990 dan 1991 sebelum pengenalan Piala Emas CONCACAF.
Kejohanan CONCACAF
[sunting | sunting sumber]Selepas penubuhan CONCACAF pada tahun 1961 menggabungkan konfederasi NAFC dan CCCF, satu kejohanan yang menggabungkan kesemua negara di zon CONCACAF telah diadakan 2 tahun kemudian, dengan negara El Savador telah dipilih sebagai tuan rumah pertama (1963). Kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dari tahun 1963 hingga 1971. Pada tahun 1973, kejohanan ini menggunakan format yang sama iaitu enam pasukan bermain di dalam satu kumpulan tetapi kejohanan ini telah digunakan sebagai peringkat kelayakan Piala Dunia FIFA bagi zon CONCACAF. Pasukan yang memenangi kejohanan ini secara automatik layak ke edisi Piala Dunia FIFA.
Era Piala Emas CONCACAF
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1990, CONCACAF sekali lagi mengadakan kejohanan untuk pasukan negara di zon mereka yang dinamakan sebagai Piala Emas CONCACAF (bahasa Inggeris: CONCACAF Gold Cup ) dengan negara Amerika Syarikat menjadi tuan rumah pertama kejohanan ini pada tahun 1991 dan juga pemenang pertama bagi kejohanan ini. Manakala pasukan Mexico pula memenangi kejohanan ini tiga kali berturut-turut pada tahun 1993, 1996 dan 1998. Edisi Piala Emas CONCACAF 1996 menyaksikan pasukan pelawat pertama menyertai kejohanan ini iaitu Brazil.
Edisi Piala Emas CONCACAF 2000 pula pasukan-pasukan yang bertanding dinaikkan dari lapan kepada 12 buah pasukan. Pasukan Kanada memenangi kejohanan seterusnya, kejuaraan antarabangsa mereka yang pertama selepas 100 tahun.
Semenjak penubuhan Piala Emas CONCACAF pada tahun 1991, kejohanan ini telah dimenangi sebanyak enam kali oleh pasukan Mexico, lima kali oleh pasukan Amerika Syarikat dan sekali oleh pasukan Kanada. Naib juara termasuklah pasukan Brazil, Colombia, Costa Rica, Honduras dan Panama.
Keputusan akhir
[sunting | sunting sumber]Kejohanan CONCACAF
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tuan Rumah | Kedudukan Akhir | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga | Tempat Keempat | |||
1963 Butiran |
El Salvador |
Costa Rica |
El Salvador |
Antillen Belanda |
Honduras | |
1965 Butiran |
Guatemala |
Mexico |
Guatemala |
Costa Rica |
El Salvador | |
1967 Butiran |
Honduras |
Guatemala |
Mexico |
Honduras |
Trinidad dan Tobago | |
1969 Butiran |
Costa Rica |
Costa Rica |
Guatemala |
Antillen Belanda |
Mexico | |
1971 Butiran |
Trinidad dan Tobago |
Mexico |
Haiti |
Costa Rica |
Cuba | |
Tempoh Kelayakan Piala Dunia | ||||||
1973 Butiran |
Haiti |
Haiti |
Trinidad dan Tobago |
Mexico |
Honduras | |
1977 Butiran |
Mexico |
Mexico |
Haiti |
El Salvador |
Kanada | |
1981 Butiran |
Honduras |
Honduras |
El Salvador |
Mexico |
Kanada | |
1985 Butiran |
CONCACAF (Tiada Tempat Tetap) |
Kanada |
Honduras |
Costa Rica |
El Salvador | |
1989 Butiran |
CONCACAF (Tiada Tempat Tetap) |
Costa Rica |
Amerika Syarikat |
Trinidad dan Tobago |
Guatemala |
Piala Emas CONCACAF
[sunting | sunting sumber](pasukan jemputan dalam tulisan condong)
1 Costa Rica dan Jamaica seri 1–1 selepas masa tambahan dan berkongsi tempat ketiga.
Prestasi mengikut negara
[sunting | sunting sumber]Pasukan | Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga | Tempat Keempat | Separuh Akhir |
---|---|---|---|---|---|
Mexico | 12 (1965, 1971, 1977, 1993, 1996, 1998, 2003, 2009, 2011, 2015, 2019, 2023) | 3 (1967, 2007, 2021) | 4 (1973, 1981, 1991, 2013) | 1 (1969) | 2 (2013, 2017) |
Amerika Syarikat | 7 (1991, 2002, 2005, 2007, 2013, 2017, 2021) | 7 (1989, 1993, 1998, 2009, 2011, 2019) | 2 (1996, 2003) | 1 (2015) | 1 (2023) |
Costa Rica | 3 (1963, 1969, 1989) | 1 (2002) | 4 (1965, 1971, 1985, 1993) | 2 (1991, 2003) | 2 (2009, 2017) |
Kanada | 2 (1985, 2000) | 1 (2002) | 2 (1977, 1981) | 2 (2007, 2021) | |
Honduras | 1 (1981) | 2 (1985, 1991) | 1 (1967) | 2 (1963, 1973) | 4 (2005, 2009, 2011, 2013) |
Guatemala | 1 (1967) | 2 (1965, 1969) | 2 (1989, 1996) | ||
Haiti | 1 (1973) | 2 (1971, 1977) | 1 (2019) | ||
Panama | 3 (2005, 2013, 2023) | 1 (2015) | 1 (2011) | ||
El Salvador | 2 (1963, 1981) | 1 (1977) | 2 (1965, 1985) | ||
Jamaica | 2 (2015, 2017) | 1 (1993) | 1 (1998) | 2 (2019, 2023) | |
Brazil | 2 (1996, 2003) | 1 (1998) | |||
Trinidad dan Tobago | 1 (1973) | 1 (1989) | 1 (1967) | 1 (2000) | |
Colombia | 1 (2000) | 1 (2005) | |||
Antillen Belanda | 2 (1963, 1969) | ||||
Korea Selatan | 1 (2002) | ||||
Cuba | 1 (1971) | ||||
Qatar | 1 (2021) | ||||
Guadeloupe | 1 (2007) | ||||
Peru | 1 (2000) |
Kelayakan negara
[sunting | sunting sumber]- Layak secara automatik, 3 buah pasukan.
- Layak berdasarkan keputusan daripada kejohanan Copa Centroamericana, 5 buah pasukan teratas.
- Layak berdasarkan keputusan daripada kejohanan Piala Caribbean, 4 buah pasukan teratas.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "2013, 2015 Piala Emas CONCACAF winners will play one-off match for 2017 Confederations Cup berth". MLS Soccer. April 5, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-07. Dicapai pada November 10, 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Piala Emas CONCACAF |
- Laman sesawang rasmi Piala Emas CONCACAF Diarkibkan 2010-08-12 di Wayback Machine
- Mengenai Piala Emas CONCACAF Diarkibkan 2009-03-14 di Wayback Machine
- Copa Oro coverage on Univision.com
- Piala Emas CONCACAF di RSSSF
- Kejohanan dan Piala Emas CONCACAF di RSSSF