Pergi ke kandungan

Pertanian organik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertanian
Umum
Agronomi · Penternakan
Perladangan ekstensif
Perladangan intensif
Perladangan kilang
Perladangan organik
Permakultur · Perniagaan tani
Pertanian · Pertanian bandar
Pertanian mampan
Pertanian perindustrian
Sains pertanian · Ternak lepas
Sejarah
Sejarah pertanian
Revolusi Neolitik
Revolusi Pertanian Muslim
Revolusi Pertanian British
Revolusi Hijau
Khusus
Akuakultur · Berladang ternak
Dusun · Gandum · Hidroponik
IMTA · Jagung · Kacang soya
Kayu gergaji · Meragut · Padi
Penternakan ayam itik
Penternakan babi intensifif
Penternakan biri-biri
Penternakan tenusu
Sistem Intensifikasi Padi
Kategori
Bioteknologi
Pemprosesan daging
Penternakan ayam itik
Pertanian mengikut negara
Sejarah perladangan
Syarikat pertanian
Ternakan

Pertanian organik ditakrifkan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah.[1] Ia menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang, dengan mengambil kira keadaan wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh, agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem.[2]

Terdapat dua jenis tujuan jangka masa iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek untuk mengembengkan pertanian.[3][4]

Melalui kaedah holistik semula jadi, pertanian organik mnyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah, dan membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO), yang bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia, tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio.

Prinsip untuk pertanian organik

[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi sebuah pertanian organik:

  • penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang berkualiti serta mencukupi
  • kerja yang serasi dengan kitaran semulajadi dan sistem hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan
  • mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam penghasilan organik dan sistem penghasilan

Pencemaran

[sunting | sunting sumber]

Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai ledakan alga, membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik.

Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Untuk bahan organik apa yang diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar.

Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’ dan dasar kerajaan terhadap pertanian perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pertanian organik. Eco agriculture in Malaysia.

  • (Inggeris) Lockeretz, W. (2007). Organic Farming: An International History. United Kingdom: CABI International.
  1. ^ (Inggeris) Lockeretz, W. (2007). What Explains the Rise of Organic Farming. Chapter 1 in Organic Farming: International History. United Kingdom: CABI International.
  2. ^ (FAO/WHO Codex Alimentarius Commission).
  3. ^ Sutanto, Rachman (2002). Pertanian Organik. J1.Cempaka 9, Deresan, Yogyakarta 55281: Kanisius. m/s. 17–18. ISBN 979-21-018-X Check |isbn= value: length (bantuan).CS1 maint: location (link)
  4. ^ Sutanto, Rachman (2002). Pertanian Organik. J1.Cempaka 9, Deresan, Yogyakarta 55281: Kanisius. m/s. 17–18. ISBN 979–21–0187–X Check |isbn= value: invalid character (bantuan).CS1 maint: location (link)