Pergi ke kandungan

Permaisuri Soheon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Permaisuri Shim Soheon (Hangul: 소헌왕후 심씨; Hanja: 昭憲王后 沈氏; Jawi: ‏ڤرمايسوري شيم سوهون‎‎; 12 Oktober 1395 (28 haribulan 9, takwim qamari)-April 19, 1446 (24 haribulan 3, takwim qamari) atau Permaisuri Soheon ialah permaisuri kepada Raja Sejong dari Joseon. Baginda turut diberi gelaran Gongbi (공비, 恭妃), Gyeongbin (경빈, 敬嬪), and Raja Permaisuri Soheon dari Kubu Seoninjeseong (선인제성소헌왕후, 宣仁齊聖昭憲王后).

Baginda merupakan anak perempuan sulung kepada Shim On (심온), yang berasal dari Cheongsong. Sama seperti bonda mertua Permaisuri Wongyeong, yang kerabatnya dibunuh oleh Raja Taejong, Permaisuri Soheon juga menerima nasib yang sama oleh ayahanda mentuanya Taejong.

Secara khusus, baginda sangat memahami suaminya, Raja Sejong, dan lazim membantunya. Permaisuri Soheon ialah raja permaisuri yang paling stabil kedudukannya dalam sejarah Dinasti Joseon, dan dianggap mempunyai pengaruh yang baik terhadap pencapaian Sejong.

Hubungan dengan Raja Sejong

[sunting | sunting sumber]

Dikatakan bahawa sebelum Raja Sejong ditabalkan lagi, Permaisuri Soheon pasti bangun dan menyambut suaminya setiap kali suaminya masuk dan keluar bilik. Pada tahun 1422, ketika Ratu Soheon jatuh gering, Raja Sejong memerintahkan beberapa orang pekerja istana untuk menjalankan upacara keagamaan Buddha (untuk permaisurinya), atau menjaga baginda dengan rapi. Apabila baginda kembali sembuh, baginda memberi penghargaan kepada pembantu istana dan istanawati. Pada tahun 1426, Raja Sejong mengeratkan kembali hubungan Permaisuri Soheon dengan ibunya Puan Besar Ahn, sehingga Permaisuri Soheon lazim bertemu dan mengadakan jamuan. Pada bulan Mac 1446, ketika Ratu Soheon jatuh gering sekali lagi, Raja Sejong mengunjunginya dari semasa ke semasa. Apabila Permaisuri Soheon mangkat, Raja Sejong sendiri memerintahkan pembinaan makam isterinya, tidak seperti raja berikutnya yang memerintahkan makam untuk kedua-dua, serta baginda sendiri tidak menerima permaisuri lain sehingga baginda mangkat.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Soheon, thetalkingcupboard.com