Perdana Menteri Australia
Perdana Menteri Australia | |
---|---|
Kerajaan Australia Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet | |
Gelaran | Yang Berhormat Perdana Menteri |
Anggota bagi | Cabinet of Australia (en) |
Lapor kepada | Parlimen |
Bidang kuasa | Australia |
Institusi | Australian Government (en) |
Kediaman | |
Pusat | Canberra (utama) Sydney (kedua) |
Dilantik oleh | Gabenor Jeneral Australia |
Tempoh jawatan | Atas perkenan baginda |
Penjawat sulung | Edmund Barton |
Dibentuk | 1 Januari 1901 |
Gaji | $507,338 (AUD) |
Tapak web | pm |
sunting · sunting di Wikidata |
Jawatan Perdana Menteri (bahasa Inggeris: Prime Minister ) adalah jawatan yang paling berkuasa di Australia. Perdana Menteri adalah ketua negara dan bertugas di bawah arahan Gabenor Jeneral. Biasanya perdana menteri adalah pemimpin dari parti politik terkuat di Australia.
Jawatan perdana menteri yang dilantik secara rasmi oleh gabenor jeneral adalah berlandaskan amalan sistem Westminster dan tidak tersurat dalam perlembagaan Australia. Ahli politik yang hendak menjadi perdana menteri haruslah meraih keyakinan daripada sebahagian besar Dewan Perwakilan. Oleh itu, perdana menteri selalunya ialah ketua parti atau campuran parti majoriti. Tiada tempoh tetap atau had penggal, sebaliknya khidmat berakhir apabila partinya kalah dalam pilihan raya ataupun dia sendiri dilucutkan atau melepaskan jawatan kepimpinan parti.
Kuasa eksekutif secara rasmi terletak pada raja dan dilaksanakan oleh gabenor jeneral atas nasihat daripada menteri-menteri yang dicalonkan oleh perdana menteri dan membentuk Majlis Eksekutif Persekutuan (Federal Executive Council ). Menteri-menteri yang paling kanan membentuk kabinet persekutuan yang dipengerusikan oleh perdana menteri. Perdana menteri juga mengetuai Kabinet Kebangsaan (National Cabinet , berbeza dari kabinet persekutuan) dan Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan (National Security Committee ). Sokongan pentadbiran dibekalkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan kabinet Department of the Prime Minister and Cabinet . Perdana menteri mempunyai dua kediaman rasmi, iaitu The Lodge di Canberra dan Kirribilli House di Sydney, di samping sebuah pejabat di Parliament House.
Perdana menteri pertama Australia ialah Edmund Barton yang mengambil jawatan pada 1 Januari 1901 ekoran terbentuknya Persekutuan Australia. Yang paling lama berkhidmat ialah Robert Menzies yang bertugas selama 18 tahun, dan yang paling singkat pula ialah Frank Forde yang bertahan selama satu minggu sahaja. Tidak diperuntukkan susunan penggantian dalam undang-undang, tetapi mengikut resam, gabenor jeneral akan melantik Timbalan Perdana Menteri untuk memimpin kerajaan sementara sekiranya berlaku kekosongan.
Senarai Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]No. | Nama | Potret | Parti | Tempoh Jawatan | Ref | |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Sir Edmund Barton | Proteksionis | 1 Januari 1901 |
24 September 1903 |
||
2 | Alfred Deakin | Proteksionis | 24 September 1903 |
27 April 1904 |
||
3 | Chris Watson | Buruh | 27 April 1904 |
18 Ogos 1904 |
||
4 | George Reid | Perdagangan Bebas | 18 Ogos 1904 |
5 Julai 1905 |
||
(2) | Alfred Deakin | Proteksionis | 5 Julai 1905 |
13 November 1908 |
||
5 | Andrew Fisher | Buruh | 13 November 1908 |
2 Jun 1909 |
||
(2) | Alfred Deakin (1856–1919) |
Liberal Komanwel | 2 Jun 1909 |
29 April 1910 |
||
(5) | Andrew Fisher | Buruh | 29 April 1910 |
24 Jun 1913 |
||
6 | Joseph Cook | Liberal Komanwel | 24 Jun 1913 |
17 September 1914 |
||
(5) | Andrew Fisher | Buruh | 17 September 1914 |
27 Oktober 1915 |
||
7 | Billy Hughes | Buruh | 27 October 1915 |
14 November 1916 |
||
Buruh Kebangsaan | 14 November 1916 |
17 Februari 1917 | ||||
Nationalis | 17 Februari 1917 |
9 Februari 1923 | ||||
8 | Stanley Bruce | Nationalis (Gabungan) |
9 Februari 1923 |
22 Oktober 1929 |
||
9 | James Scullin | Buruh | 22 Oktober 1929 |
6 Januari 1932 |
||
10 | Joseph Lyons | Australia Bersatu (Gabungan) |
6 Januari 1932 |
7 April 1939 |
||
11 | Sir Earle Page | Negara (Gabungan) |
7 April 1939 |
26 April 1939 |
||
12 | Robert Menzies | Australia Bersatu (Gabungan) |
26 April 1939 |
28 Ogos 1941 |
||
13 | Arthur Fadden | Negara (Gabungan) |
28 Ogos 1941 |
7 Oktober 1941 |
||
14 | John Curtin | Buruh | 7 October 1941 |
5 Julai 1945 |
||
15 | Frank Forde | Buruh | 6 Julai 1945 |
13 Julai 1945 |
||
16 | Ben Chifley | Buruh | 13 Julai 1945 |
19 Disember 1949 |
||
(12) | Sir Robert Menzies | Liberal (Gabungan) |
19 Disember 1949 |
26 Januari 1966 |
||
17 | Harold Holt | Liberal (Gabungan) |
26 Januari 1966 |
19 Disember 1967 |
||
18 | John McEwen | Negara (Gabungan) |
19 Disember 1967 |
10 Januari 1968 |
||
19 | John Gorton | Liberal (Gabungan) |
10 Januari 1968 |
10 Mac 1971 |
||
20 | William McMahon | Liberal (Gabungan) |
10 Mac 1971 |
5 Disember 1972 |
||
21 | Gough Whitlam | Buruh | 5 Disember 1972 |
11 November 1975 |
||
22 | Malcolm Fraser | Liberal (Gabungan) |
11 November 1975 |
11 Mac 1983 |
||
23 | Bob Hawke | Buruh | 11 Mac 1983 |
20 Disember 1991 |
||
24 | Paul Keating | Buruh | 20 Disember 1991 |
11 Mac 1996 |
||
25 | John Howard | Liberal (Gabungan) |
11 Mac 1996 |
3 Disember 2007 |
||
26 | Kevin Rudd | Buruh | 3 Disember 2007 |
24 Jun 2010 |
||
27 | Julia Gillard | Buruh | 24 Jun 2010 |
27 Jun 2013 |
||
(26) | Kevin Rudd | Buruh | 27 Jun 2013 |
18 September 2013 |
||
28 | Tony Abbott | Liberal (Gabungan) |
18 September 2013 |
15 September 2015 |
||
29 | Malcolm Turnbull | Liberal (Gabungan) |
15 September 2015 |
24 Ogos 2018 |
||
30 | Scott Morrison | Liberal (Gabungan) |
24 Ogos 2018 |
23 Mei 2022 |
||
31 | Anthony Albanese | Buruh | 23 Mei 2022 |
Semasa |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Perdana Menteri Australia. |