Perbincangan:Kitab Optik
Kitab atau buku? Kitab lebih sesuai memandangkan karya ini mengandungi 7 jilid dan ianya karya lama.
- Setuju. Yosri (bincang) 00:03, 20 Julai 2012 (UTC)
Grafik tidak dipaparkan
[sunting sumber]Fail imej Kamal-1.jpg [[1]] tak terpapar. ? belum disalinkan ke wiki commons. Boleh digunakan di sini atau sebaliknya? Algazel (bincang) 09:24, 20 Julai 2012 (UTC)
- Fail menanti dipindahkan ke common. Masa kini hanya boleh guna di Wiki Inggeris. Pilihan, tunggu salin ke common atau muat naik fail tersebut. Yosri (bincang) 09:31, 20 Julai 2012 (UTC)
- Imej yang dimaksudkan itu manuskrip yang cantik tapi lesennya mencurigakan sedikit. Tak mengapa, kita tunggu sehingga fail tu disalin ke Wiki Commons. Sementara itu kita akan gunakan imej lain untuk "menyerikan" rencana Algazel (bincang) 12:12, 20 Julai 2012 (UTC)
- Usai menambah imej. Agak pelik jika rencana berkaitan optik dan cahaya tidak mengandungi gambar ;) Algazel (bincang) 12:42, 20 Julai 2012 (UTC)
- Manuskrip diterbitkan beratus-ratus tahun dahulu. Hakcipta dah lupus lama. Hakcipta yang dah lupus tak boleh didaftar kembali. Yosri (bincang) 14:53, 20 Julai 2012 (UTC)
- Usai menambah imej. Agak pelik jika rencana berkaitan optik dan cahaya tidak mengandungi gambar ;) Algazel (bincang) 12:42, 20 Julai 2012 (UTC)
- Imej yang dimaksudkan itu manuskrip yang cantik tapi lesennya mencurigakan sedikit. Tak mengapa, kita tunggu sehingga fail tu disalin ke Wiki Commons. Sementara itu kita akan gunakan imej lain untuk "menyerikan" rencana Algazel (bincang) 12:12, 20 Julai 2012 (UTC)
Restub dan penamaan semula
[sunting sumber]Artikel ini di Wikipedia Bahasa Inggeris telah "ditunaskan" semula pada 17 September 2012 kerana beberapa isu di dalam artikel itu. Ini sebahagian daripada major cleanup yang sedang dijalankan di enWP. Daripada sejarah semakan, suntingan terakhir artikel ini dibuat pada 23 Julai, sebelum artikel di enWP itu ditunaskan semula. Perlukah yang sama dibuat bagi artikel ini? Sebab... takut-takut nanti ada beberapa sumber yang disalahtafsir di dalam artikel di enWP, diterjemah masuk ke msWP.
Oh ya, perlukah bahagian kurungan dalam tajuk artikel ini? Tak bolehkah menamakan artikel ini "Kitab Optik" atau "Kitab al-Manazir" sahaja? Nama yang satu lagi dijadikan laman lencongan. Syahir√2 (b • s) 03:21, 23 November 2012 (UTC)
- Secara amnya rencana ini dapat dikira "sound" ataupun boleh dipercayai. Saya telah mengikuti perbincangan di Talk Page rencana Inggeris ini dari awal penterjemahannya ke dalam BM. Pengguna Jagged85 di wiki Inggeris menghadapi masalah kerana mengikut sekumpulan penyunting Inggeris beliau terlalu "Islamocentric" dan gemar mengutarakan pencapaian saintis Islam. Dalam proses itu mereka berpendapat bahawa Jagged 85 telah memperkecil atau tidak mengambil kira sumbangan orang lain. Kumpulan ini telah mengumpulkan segala suntingan Jagged 85 dan mencari kesilapan kecil dan seterusnya, atas nama "accuracy", telah membuang secara pukal bukan sahaja suntingan Jagged 85, tetapi juga sumbangan penyunting lain. Perkara ini dilakukan bukan sahaja untuk "Book of Optics", tetapi bagi kebanyakan rencana berkaitan tokoh sains atau sumbangan tamadun Islam kepada sains.
- Saya tidak ada masalah jika suntingan dilakukan untuk mengekal dan memperbaiki kewibawaan sesuatu rencana tetapi tindakan mereka menimbulkan kesangsian. Saya rasa mereka tidak ikhlas bila:
- 1) Hanya suntingan Jagged 85 berkaitan Islam sahaja diperiksa dan dibantah (beliau juga banyak menyumbang kepada artikel berkaitan permainan video dan topik lain dan rencana-rencan ini tidak diusik).
- 2) Penyunting-penyunting yang berkaitan dengan Cleanup ini tidak membetulkan "kesalahan" tetapi terus bertindak menimbulkan keraguan dengan meminta kutipan dan mempertikaikan rujukan tanpa mengutarakan rujukan mereka sendiri. Misalnya mereka memetik rencana dan berkata, "he developed a method for determining the general formula for the sum of any integral powers, which was fundamental to the development of infinitesimal and integral calculus does not sound at all believable." Bolehkan pendapat seorang penyunting "hostile" yang mengatakan bahawa dia berfikiran bahawa " ... does not sound at all believable" dijadikan asas untuk menolak bulat-bulat semua suntingan Jagged 85 dalam rencana?
- 3) Mereka tidak membina semula rencana setelah ia menjadi stub.
- Gambaran yang saya dapat ialah kumpulan ini ada agenda dan (seorang daripada ahli Cleanup group ini disekat empat kali) sebenarnya berniat untuk menjadikan rencana-rencana berkaitan Islam di wiki Inggeris sebagai stub. Perbincangan ini juga mendorong saya membuat kesimpulan itu.
- Saya bukan hendak mempertahankan terjemahan ini atas sebab saya yang menghasilkannya. Saya hanya menterjemah rencana ini dan terjemahan ini milik Wiki BM. Seperti yang saya katakan kita perlu menghasilkan rencana yang berwibawa dan saya tidak ada apa-apa masalah jika ia diperbetul, diperbaiki, mahupun ditulis semula; akan tetapi saya rasa kita tidak sepatutnya turut menjadikannya stub. Seperti yang saya katakan, secara amnya rencana ini adalah "sound". Saya ada membaca dua tiga buku Inggeris tentang sumbangan saintifik Islam dan setakat ini tidak ada yang tidak secocok dengan rencana. Salut Algazel (bincang) 12:30, 27 November 2012 (UTC)
Dengan penjelasan pencipta rencana di atas, saya fikir tak perlu ditunaskan. Bagaimanapun, saya setuju tajuknya ditukar, "Kitab Optik" atau "Kitab al-Manazir", dua2 boleh. ...Aurora... (b) 14:59, 27 November 2012 (UTC)
- OK, terima kasih Aurora dan Syahir. Saya akan pindahkan kepada "Kitab Optik" nanti. Algazel (bincang) 01:57, 29 November 2012 (UTC)