Pengaruh Islam terhadap seni lukis Barat
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (Oktober 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Pengaruh Islam ke atas seni lukis Kristian merujuk kepada pengaruh seni lukis Islam, hasil seni di dalam dunia Islam dari abad ke-7 hingga abad ke-19, ke atas seni lukis Kristian. Pada tempoh itu, sempadan di antara dunia Kristian dan dunia Islam banyak berubah, dalam beberapa kes menyebabkan pertukaran penduduk dan seterusnya amalan kerja dan teknik seni lukis. Lagi, kedua-dua peradaban tersebut mempunyai hubungan diplomasi dan perdagangan yang memudahkan pertukaran budaya antara satu dengan lain.
Hasil seni perhiasan Islam merupakan barang import bernilai tinggi sepanjang Zaman Pertengahan.
Dari segi seni, titik-titik pertemuan penting di antara Barat Latin dan dunia Islam pada zaman awal Islam ialah Selatan Itali dan Sicily, dan semenanjung Iberia, yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang signifikan. Kemudian republik maritim Itali memainkan peranan penting dalam perdagangan hasil seni. Seni lukis Islam tidak mempengaruhi seni lukis Salibi dalam negeri-negeri Salibi pada zaman Perang Salib, walaupun ia mungkin merangsang pengimportan barangan Islam di kalangan tentera Salibi yang pulang ke Eropah. Walau bagaimanapun, seni bina Islam telah kelihatan mempengaruhi reka bentuk gereja-geraja Templar di Timur Tengah dan katedral di Eropah setelah kepulangan tentera Salib dalam abad ke-12 dan ke-13.[1]
Pelbagai teknik dari kesenian Islam membentuk asas seni dalam budaya Norman-Arab-Byzantine Norman Sicily, kebanyakannya menggunakan artis dan tukang Muslim yang bekerja mengikut gaya tradisi mereka sendiri. Teknik seperti tatahan dalam mozek atau logam, sering digunakan untuk hiasan seni bina, ukiran porfiri atau gading untuk mencipta arca atau bekas, dan faundri gangsa.[2] Di Iberia, seni dan seni bina Mozarabic penduduk Kristian yang hidup di bawah pemerintahan Islam kekal sangat Kristian dalam kebanyakan cara, tetapi juga menunjukkan pengaruh Islam dalam aspek lain; banyak yang digambarkan ketikqa ini dipanggil seni dan seni bina Repoblación. Semasa abad-abad akhir Reconquista, pengrajin Kristian mula menggunakan unsur-unsur seni Islam dalam bangunan mereka, akibatnya gaya Mudéjar telah dibangunkan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Darke, Diana (2020). Stealing from the Saracens how Islamic architecture shaped Europe. ISBN 978-1-78738-305-0. OCLC 1197079954.
- ^ Aubé 2006, halaman 164–165