Pengangkut anggota berperisai Type 96
Pengangkut anggota berperisai Type 96 | |
---|---|
Jenis | Pengangkut anggota berperisai |
Tempat asal | Jepun |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1995 - kini |
Digunakan oleh | Jepun |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | Komatsu |
Dihasilkan | 1996-kini |
Jumlah dibina | 160 |
Spesifikasi | |
Berat | 14.6 tonne (16.1 short ton) |
Panjang | 6.84 meter (269 in) |
Lebar | 2.48 meter (98 in) |
Tinggi | 1.85 meter (73 in) |
Krew | 2 + 8 |
Senjata pertama | 1x pelancar bom automatik Type 96 40mm atau 1x mesingan 12.7 mm M-2HB |
Enjin | enjin diesel penyejukkan air Komatsu 6-silinder 360 hp |
Sistem ampaian | Pacuan beroda 8x8 |
Jarak operasi | 500 kilometer (310 bt) |
Kelajuan | 100 kilometer per jam (62 mph) (jalan) |
Pengangkut anggota berperisai Type 96 (96式装輪装甲車 ) adalah sebuah kenderaan tempur berperisai beroda yang dibangunkan oleh Jepun bagi kegunaan Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun. Ia mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1995. Setakat tahun 2009, sebanyak 160 buah kenderaan ini telah memasuki perkhidmatan.
Perincian
[sunting | sunting sumber]Kedudukan pemandu berada di sebelah kanan kenderaan manakala enjin di sebelah kirinya. Kedudukan pemandu dilengkapi dengan tiga periskop, periskop tengah boleh digantikan dengan periskop penglihatan malam pasif. Untuk kegunaan di Iraq, kedudukan ini didapati dipasang dengan himpunan tiga tingkap bagi membolehkan pemandu memandu dengan kepalanya keluar daripada kenderaan bagi mendapatkan kesedaran situasi yang lebih baik, pada masa sama masih dilindungi daripada tembakan senjata api kecil. Di belakang beliau adalah komander/jurumeriam yang berada di dalam kupola yang boleh berpusing 360° dan boleh membawa selaras pelancar bom 40 mm (Type A) atau sepucuk mesingan M-2HB berkaliber .50 (12.7 mm) (Type B). Ruang penumpang mampu memuatkan 8 orang anggota infantri yang boleh menggunakan 2 lubang menembak pada setiap sisi. Bukti-bukti fotografik menunjukan tidak ada sebarang tanda-tanda lubang menembak di tanjakan belakang.
Setakat tahun 2001, Jepun telah melaporkan kepada Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk Hubungan Perlucutan Senjata bahawa 72 buah Type 96 telah berada di dalam perkhidmatan,[1]dengan tambahan sebanyak 22 buah telah diperolehi pada tahun tersebut.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "JGSDF Inventory circa 2001". United Nations. Dicapai pada 2008-12-24.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pengangkut anggota berperisai Type 96 |