Penapisan Internet
Penapisan Internet ialah tindakan mengawal atau menghentikan penyebaran kandungan apa yang boleh diakses, diterbitkan mahupun dilihat dalam Internet sama ada dilakukan pengawal mahupun pembekal Internet sendiri. Individu dan organisasi tertentu boleh menapis diri sendiri untuk tujuan menjaga moral, agam ataupun perniagaan, mengekalkan norma masyarakat agar dielakkan daripada sebarnag penindasan yang berlaku, mahupun mengelakkan pelanggeran undang-undang.[1]
Tahap penapisan yang dilakukan ini berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain (namun ia cenderung dilakukan ke atas laman yang berbahasa tempatan berbanding yang menggunakan bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris[2]). Ia juga wujud sebagai suatu tindak balas kepada kejadian yang berlaku pada ketika tindakan tersebut dilakukan seperti pilihanraya, tunjuk perasaan mahupun rusuhan. Bidang lain termasuk hak cipta, gangguan, fitnah serta bahan lucah juga dilibatkan dalam penapisan sebegini.
Sasaran umum
[sunting | sunting sumber]Politik dan kuasa
[sunting | sunting sumber]Penapisan yang diasasrkan terhadap bangkangan kuasa yang memerintah sesebuah negara itu sering dilihat dalam rejim autoritarian. Untuk tujuan ini jugalah terdapat beberapa negara yang menghalang akses kepada laman-laman yang berkaitan dengan kumpulan agama dan minoriti di mana pergerakan mereka dilihat boleh mengancam pergerakan ini.[2]
Norma masyarakat
[sunting | sunting sumber]Penapisan terhadap topik yang dilihat tidak bersesaian dan menggugat norma masyarakat yang diterima ramai.[2] Perkara ini juga boleh merangkumi fahaman politik yang dianggap boleh membawa kepada bahaya sedemikian (misalnya komunisme di bekas negara Komunis Eropah seperti Poland, Lithuania, Ukraine dsb; Nazisme di Jerman dan Perancis[3]), mahupun kandungan yang dianggap menghina agama-agama yang didokong pemerintah.
Alatan rangkaian
[sunting | sunting sumber]Alatan dan aplikasi Internet yang berkemungkinan digunakan untuk menyebarkan bahan-bahan sensitif seperti laman sesawang (termaksud juga Wikipedia sendiri), enjin carian, blog, laman rangkaian sosial dan aplikasi permesejan didapati di banyak negara.[2]
Tujuan keselamatan
[sunting | sunting sumber]Pelbagai organisasi menggunakan sistem penapisan sebagai suatu strategi pertahanan dalaman rangkaian (defense in depth) daripada serangan perisian hasad,[4] atau dipergunakan dalam kegiatan yang tidak senonoh, misalnya seperti jenayah buli dan gangguan seksual.
Penapisan yang berkaitan dengan keselamatan negara yang menyasarkan laman milik pihak pemberontak, ekstremis, dan pengganas sering mendapat sokongan orang ramai yang meluas.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Schmidt, Eric E.; Cohen, Jared (11 Mac 2014). "The Future of Internet Freedom". New York Times. Dicapai pada 11 Mac 2014.
- ^ a b c d e "Measuring Global Internet Filtering", Robert Faris dan Nart Villeneuve, dalam Ronald Deibert, John Palfrey, Rafal Rohozinski, dan Jonathan Zittrain, penyunting (2008). "Access Denied: The Practice and Policy of Global Internet Filtering". Cambridge: MIT Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2009.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ "Latest Stories From News.Com.Au". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-11. Dicapai pada 2018-06-22.
- ^ "Why Malware Filtering Is Necessary in the Web Gateway". Gartner. 26 Ogos 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-22. Dicapai pada 14 April 2012.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Censorship Wikia, lama yang mendokumenkan percubaan menapis bahan-bahan internet dengan sumber yang sah, termasuk perbincangan mengenai pembendungan penapisan Internet.
- "Online Survival Kit", daripada suatu projek Reporters Without Borders.
- How to Bypass Internet Censorship