Paprika
Penampilan
Paprika (ڤڤريكا) merupakan sejenis rempah yang diperbuat daripada lada merah, iaitu sama ada daripada jenis lada kembung atau cili atau campuran kedua-duanya sekali. Paprika sering dikaitkan dengan Hungary kerana ia adalah rempah yang terkenal di dalam juadah di negara itu. Sepanyol dan Portugal memperkenalkan lada merah kepada Dunia Lama dari benua Amerika.[1]
Penggunaan paprika berkembang dari Iberia ke seluruh Afrika dan Asia.[2] Ia akhirnya sampai ke Eropah Tengah melalui kawasan Balkan yang berada di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah ketika itu. Walaupun kedatangan rempah ini ke kawasan Eropah Tengah bermula sejak permulaan penaklukan Uthmaniyah, ia tidak menjadi terkenal di Hungary sehinggalah abad ke-19.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Emmons, Didi, Vegetarian Planet: 350 Big-Flavor Recipes for Out-Of-This-World Food Every Day, m/s. 437
- ^ Peppers: The Domesticated Capsicums - Google Books. Books.google.co.uk. Retrieved on 2013-09-20.
- ^ The Glutton's Glossary: A Dictionary of Food and Drink Terms, halaman 205
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Paprika |
Cari Paprika dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |