Mutase
Penampilan
Mutase ialah enzim jenis isomerase yang memangkinkan pemindahan satu kumpulan berfungsi dari satu tempat ke tempat lain dalam molekul sama.[1] Dalam erti kata lain, mutase memangkinkan pemindahan kumpulan secara intramolekul. Contoh mutase termasuk bisfosfogliserat mutase yang muncul dalam sel darah merah, dan fosfogliserat mutase yang merupakan enzim penting dalam glikolisis. Dalam glikolisis, ia menukar 3-fosfogliserat kepada 2-fosfogliserat dengan menggerakkan satu kumpulan fosfat dalam satu molekul.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nelson, David; Cox, Michael (2008). Lehninger Principles of Biochemistry (ed. Fifth). New York: W.H. Freeman and Company. m/s. 544. ISBN 978-0-7167-7108-1.