Momo (makanan)
Momo | |
---|---|
![]() Sepinggan momo biasanya dihidangkan bersama sos bijan kuning dan acar cili halia merah. | |
Nama alternatif | མོག་མོག, मःमः, मोमो, மொமொ |
Jenis | Dumpling ![]() |
Tempat asal | Tibet, Nepal, India |
Kawasan/rantau | Nepal ![]() |
Masakan berkaitan | Masakan India, Masakan Tibet, Masakan Nepal |
Bahan utama | Adunan tepung putih dan air; daging, sayur-sayuran. |
Keragaman/variasi | Momo kukus, Kothey momo, Jhol momo, C-momo, Momo goreng, Open-momo, Momo goreng rangup, Momo ayam, Momo sayur, Momo daging kerbau, Momo keju, Momo khuwa, Momo coklat. |
350 ke 1000 kcal | |
Hidangan serupa | siddu |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Momo (Tamil: மொமொ) ialah adalah ladu kukus brinti khas Asia Selatan yang terkenal terutamanya dalam masakan India, Tibet, dan Nepal.[1][2] Ia biasanya dibuat menggunakan doh tepung gandum putih yang diisi dengan pelbagai jenis inti seperti daging, sayur-sayuran, keju, atau bahan manis seperti coklat dan khuwa (sejenis susu pekat manis).Momo biasanya dihidangkan bersama sos yang dikenali sebagai achar, yang dipengaruhi oleh rempah dan herba yang digunakan dalam banyak masakan Asia Selatan. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam sup, seperti dalam jhol momo dan mokthuk.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Momo diperkenalkan di Tibet oleh seorang puteri Newar dari Nepal yang berkahwin dengan seorang raja Tibet pada akhir abad ke-15. Dalam bahasa Newar, perkataan "mome" (Newar: मम) bermaksud memasak dengan cara mengukus.
Di Tibet, inti momo biasanya terdiri daripada daging, seperti daging yak, dan kadangkala kentang serta keju. Momo tradisional Tibet sangat berbeza daripada versi Nepal kerana ia dibuat dengan doh yang lebih tebal dan hampir tidak menggunakan rempah, kecuali garam.
Selepas tiba di Dataran Indo-Gangetik, penggunaan daging dalam momo lebih sering digantikan dengan ayam, dan momo berinti sayur campuran diperkenalkan bagi memenuhi keperluan penduduk Hindu vegetarian yang besar.[3]
Sebilangan besar rakyat Tibet berhijrah ke India selepas pemberontakan Tibet pada tahun 1959, membawa bersama resipi momo tradisional mereka.Walaupun tidak dapat dibuktikan sepenuhnya, tetapi berdasarkan tarikh dan rujukan dalam penggunaan harian, perang saudara di Nepal menyebabkan diaspora Nepal berhijrah ke India untuk mencari mata pencarian. Hal ini turut menyumbang kepada peningkatan populariti momo gaya Himalaya di bahagian selatan India, terutamanya di bandar Chennai dan Bangalore.
Variasi
[sunting | sunting sumber]

Momo secara tradisional dikukus, tetapi ia juga boleh digoreng dalam minyak dalam atau digoreng dalam kuali, serta dimasak dalam sup. Di Tibet, momo biasanya dihidangkan dengan sos cili bawang putih dan acar lobak putih (daikon). Di Nepal dan India, sos pencicah yang popular termasuk chutney berasaskan tomato, atau sos yang berasaskan bijan, kacang tanah, atau kacang soya yang dikenali sebagai achar. Sos boleh sama ada pekat atau cair, bergantung pada restoran yang menyediakannya
Momo boleh digunakan dalam sup. Jhol momo (Nepali: झोल मोमो) adalah sup Nepal yang terdiri daripada momo dalam kuah sayur pedas yang dikenali sebagai jhol achar, yang mengandungi tomato, bijan, cili, jintan, dan ketumbar. Ia biasanya dimakan di Kathmandu pada musim sejuk.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Kothey, momo yang digoreng
-
C-momo
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kleeman, Julie; Jampa, Yeshi (2022). Taste Tibet: Family recipes from the Himalayas. Murdoch Books. ISBN 9781911668428. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-05-05. Dicapai pada 2023-05-05.
- ^ Shah, Santosh (26 April 2022). Ayla: A Feast of Nepali Dishes from Terai, Hills and the Himalayas. DK. ISBN 9780241535776. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-05-05. Dicapai pada 2023-05-05.
- ^ Seow, Lynelle (15 January 2017). CultureShock! India. Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. m/s. 202–. ISBN 978-981-4771-98-6.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Momo (makanan) |