Michael Somare
Sir Michael Somare | |
---|---|
Perdana Menteri Papua New Guinea | |
Menyandang jawatan 5 Ogos 2002 | |
Raja | Elizabeth II |
Gabenor Agung | Silas Atopare Bill Skate Jeffrey Nape Paulias Matane |
Didahului oleh | Mekere Morauta |
Dalam jawatan 2 Ogos 1982 – 21 November 1985 | |
Raja | Elizabeth II |
Gabenor Agung | Tore Lokoloko Kingsford Dibela |
Didahului oleh | Julius Chan |
Digantikan oleh | Paias Wingti |
Dalam jawatan 16 September 1975 – 11 Mac 1980 | |
Raja | Elizabeth II |
Gabenor Agung | John Guise Tore Lokoloko |
Didahului oleh | Jawatan dicipta |
Digantikan oleh | Julius Chan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Rabaul, New Britain | 9 April 1936
Parti politik | NAP |
Pasangan | Veronica Somare |
Sir Michael Thomas Somare (lahir pada 9 April 1936) ialah Perdana Menteri Papua New Guinea semenjak 2002. Dia pernah menjadi Perdana Menteri sejak kemerdekaan 1975-1980 dan sekali lagi daripada 1982-1985. Dua penggal pertama menjadi ahli Parti Pangu, tetapi kemudian memimpin Parti Perikatan Kebangsaan. Dia dipilih semula sebagai Perdana Menteri dalam pilihan raya PNG 2007.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Michael Somare adalah anak lelaki Ludwig Somare Sana dan Kambe Somare. Ludwig Somare adalah seorang sarjan polis dari 1922-1947. Dia terlibat dalam perniagaan kecil dan koperasi, mengasaskan dan menjadi pengerusi Angoram Cooperative Society dari 1961-1967. Bapanya mempunyai4 isteri dan enam orang anak, Michael adalah anak sulung.
Lahir di Rabaul di mana bapanya bekerja, dia membesar dalam suasana kampung di Karau, Murik daerah Sepik. Semasa Perang Dunia Kedua belajar di sekolah rendah anjuran tentera Jepun. Bapanya hidup dalam ketakutan tetapi dia amat menyenangi tentera Jepun. Dua kali ke negara Jepun iaitu semasa menjadi Perdana Menteri.