Meme
Meme [mim] adalah idea, tingkah laku, atau gaya yang tersebar oleh masyarakat dalam sesebuah budaya yang seringkalinya bertujuan untuk menyampaikan sebuah fenomena, tema, atau makna tertentu yang diwakili olehnya.[2] Ia bertindak sebagai suatu unit pembawa idea, simbol, atau amalan budaya yang boleh diturunkan daripada satu fikiran yang lain melalui penulisan, ucapan, pergerakan, ritual, atau fenomena yang boleh ditiru orang lain melalui temanya. Para penyokong konsep ini menganggap ia boleh diumpamakan sebagai analog budaya kepada gen atas kebolehannya ditiru, bermutasi, serta bertindak balas kepada tekanan pemilihan.[3]
Konsep penyalinan dan penyebaran buah fikiran ini mula-mula dicetuskan melalui beberapa penulisan tertentu sejak mulanya abad ke-20, namun ia pertama kali dipopularkan dengan istilah yang khususnya oleh Richard Dawkins, seorang ahli etologi dan ahli biologi evolusi dari Britain, dalam buku nukilannya bertajuk The Selfish Gene pada tahun 1989.[4]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Istilah ini merupakan kependekannya kepada mimeme (pinjaman bahasa Yunani Kuno μίμημα mīmēma, "benda yang ditiru", daripada μιμεῖσθαι mimeisthai, "meniru", daripada μῖμος , "mimos".[5][4] Dalam buku The Selfish Gene tulisan Dawkins, beliau asalnya mentakrifkan konsep meme ini sebagai suatu unit penyebaran budaya atau unit peniruan.
Terdapat juga istilah lain yang turut dicetuskan untuk idea-idea yang lebih kurang sama dengan konsep yang dihujahkan Dawkins,[6] seperti mneme daripada Die Mneme tulisan Richard Wolfgang Semon pada tahun 1904.[6]
Kitaran
[sunting | sunting sumber]Mimema mempunyai kebolehan mereplikasinya yang tersendiri, di mana unit yang dapat mengekalkan cirinya lalu tersebar diri akan dipilih daripada "takung"nya (lihat takung gen). Oleh itu, mimema perlu mempunyai daya ketahanan dalam perumahnya agar kemungkinan "penyebaran"nya dapat meningkat. Jangka hayat sesuatu unit mimema itu dapat dipanjangkan apabila perumah menggunakan unit tersebut.[7]
Mimema yang mampu memanjangkan hayat perumahnya akal kekal dengan lebih lama. Sifat perumah yang tidak kekal menjadikan pengekalan unit mimema tidak mencukupi untuk kelangsungan hayat unit tersebut, maka penyebaran ke suatu perumah yang lain sangat diperlukan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kilroy Was Here - Los Angeles Times". articles.latimes.com. 5 Mei 2000. Dicapai pada 16 Disember 2013.
- ^ Meme. Merriam-Webster Dictionary.
- ^ Graham, Gordon (2002). Genes: a philosophical inquiry. New York: Routledge. m/s. 196. ISBN 0-415-25257-1.
- ^ a b Dawkins, Richard (1989). The Selfish Gene (ed. 2). Oxford University Press. m/s. 192. ISBN 0-19-286092-5.
We need a name for the new replicator, a noun that conveys the idea of a unit of cultural transmission, or a unit of imitation. 'Mimeme' comes from a suitable Greek root, but I want a monosyllable that sounds a bit like 'gene'. I hope my classicist friends will forgive me if I abbreviate mimeme to meme. If it is any consolation, it could alternatively be thought of as being related to 'memory', or to the French word même. It should be pronounced to rhyme with 'cream'.
- ^ The American Heritage Dictionary of the English Language: ediisi ke-4, 2000
- ^ a b Laurent, John (1999). A Note on the Origin of 'Memes'/'Mnemes'. Journal of Memetics. 3. m/s. 14–19.
- ^ Heylighen, Francis. "Meme replication: the memetic life-cycle". Principia Cybernetica. Dicapai pada 26 Julai 2013.