Marsha Ivins
Marsha Sue Ivins | |
---|---|
Kelahiran | Baltimore, Maryland, A.S. | 15 April 1951
Status | Bersara |
Pusat pendidikan | Universiti Colorado di Boulder, B.S. 1973 |
Pekerjaan | Jurutera |
Kerjaya angkasa | |
Angkasawan NASA | |
Tempoh di angkasa | 55 hari, 21 jam, 48 minit |
Pemilihan | Kumpulan 10 NASA 1984 |
Misi | STS-32, STS-46, STS-62, STS-81, STS-98 |
Lambang misi |
Marsha Sue Ivins (lahir 15 April 1951) merupakan seorang pesara angkasawan Amerika Syarikat dan veteran bagi lima misi Ulang-alik Angkasa .
Awal hidup dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Ivins telah dilahirkan pada 15 April 1951, di Baltimore, Maryland, lulusan dari Nether Providence High School di Wallingford, Pennsylvania pada tahun 1969, dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Aeroangkasa dari Universiti Colorado di Boulder pada tahun 1973. Beliau merupakan Yahudi-Amerika.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau telah bekerja untuk Pusat Angkasa Johnson NASA, terutamanya pada paparan dan kawalan orbit, sebelum ditugaskan sebagai jurutera penerbangan pada tahun 1980 dan juruterbang bersama pada pesawat pentadbiran NASA. Pada tahun 1984, Ivins telah dipilih sebagai calon angkasawan. Beliau telah terbang menaiki lima misi angkasa lepas: STS-32 (1990), STS-46 (1992), STS-62 (1994), STS-81 (1997), dan STS-98 (2001).[2][3] Ivins bersara dari NASA pada 31 Disember 2010.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jewish Faith in America By Shelley M. Buxbaum, Sara E. Karesh, p.71
- ^ "Astronaut Bio: Marsha S. Ivins" (PDF). www.nasa.gov. January 2011. Dicapai pada April 2, 2021.
- ^ Becker, Joachim. "Astronaut Biography: Marsha Ivins". www.spacefacts.de.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Marsha Ivins di Wikimedia Commons
- Biografi NASA