Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu
Jangan dikelirukan dengan Markas Tertinggi Kuasa Bersekutu Eropah (SHAPE).
Markas Tertinggi, Angkatan Ekspedisi Bersekutu (SHAEF) | |
---|---|
Aktif | 1943–1945 |
Dibubarkan | 14 Julai 1945 |
Negara | Amerika Syarikat United Kingdom Kanada Perancis Poland Norway Australia New Zealand Belanda Belgium |
Kesetiaan | Pihak Bersekutu |
Jenis | Markas Berpadu |
Peranan | Kancah Operasi |
Sebahagian daripada | Ketua Turus Gabungan |
Nama samaran | SHAEF |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Komander | |
Pemerintah Tertinggi | Dwight D. Eisenhower |
Timbalan Pemerintah Tertinggi | Arthur Tedder |
Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu atau Supreme Headquarters Allied Expeditionary Force (SHAEF; /ˈʃeɪf/ SHAYF-'), ialah ibupejabat bagi Panglima Tentera Bersekutu di barat laut Eropah, dari hujung tahun 1943 hingga pengakhiran Perang Dunia II. Jeneral A.S. Dwight D. Eisenhower adalah pemerintah SHAEF disepanjang tempoh tersebut. Kedudukan itu sendiri berkongsi keturunan yang sama dengan Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah dan Atlantik, tetapi mereka berlainan jawatan.
Sejarah semasa Perang Dunia Kedua
[sunting | sunting sumber]Eisenhower ditukarkan dari Kancah Operasi Mediterranean untuk memerintah SHAEF, yang telah dibentuk di Kem Griffiss, Taman Bushy, Teddington, London, dari Disember 1943; satu jalan bersebelahan dinamakan Lebuh Shaef kekal hingga ke hari ini. Stafnya merangka pelan bagi Operasi Overlord yang direka oleh Leftenan Jeneral Sir Frederick E. Morgan, COSSAC (Ketua Staf kepada Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu), dan Mejar Jeneral Ray Barker. Morgan, yang baru dilantik ketua staf kepada (bakal) Pemerintah Bersekutu Tertinggi pada pertengahan Mac 1943 mula merancang penyerbuan Eropah sebelum pelantikan Eisenhower dan disusun kedalam versi terakhir, yang telah dijalankan pada 6 Jun 1944. Proses tersebut telah dibentuk oleh Eisenhower dan panglima pasukan tentera darat bagi peringkat awal penyerbuan, iaitu Jeneral Sir Bernard Montgomery.
SHAEF kekal di United Kingdom sehingga pasukan-pasukan yang mencukupi mendarat di pantai Perancis. Pada ketika itu, Montgomery tidak lagi memerintah keseluruhan angkatan darat tetapi terus sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Ke-21 (21 AG) British di sayap timur pangkalan hadapan Normandy. Kumpulan Tentera Darat Ke-12 A.S. (12 AG) yang diperintah oleh Leftenan Jeneral Omar Bradley telah dibentuk sebagai sayap barat pangkalan hadapan. Sewaktu memecah keluar dari Normandy, Pihak Bersekutu melancarkan penyerbuan selatan Perancis pada 15 Ogos 1944 berserta dengan Kumpulan Tentera Darat Ke-6 A.S. (6 AG) dibawah pemerintahan Leftenan Jeneral Jacob L. Devers. Sewaktu penyerbuan di selatan Perancis, 6 AG berada dibawah Markas Tentera Bersekutu (AFHQ) Kancah Operasi Mediterranean, tetapi sebulan kemudian ia diserahkan kepada SHAEF. Pada masa ini tiga Kumpulan Tentera Darat tersebut telah mengambil tempat di Perbatasan Barat yang mana mereka akan kekal hingga ke pengakhiran perang—21 AG British ke Utara, 12 AG Amerika di tengah dan 6 AG ke arah Selatan. Menjelang Disember 1944, SHAEF telah menubuhkan markasnya di Hotel Trianon Palace di Versailles, Perancis. Pada 26 April 1945 SHAEF berpindah ke Frankfurt.
Senarai Tempur
[sunting | sunting sumber]SHAEF memerintah beberapa formasi terbesar yang pernah ditempatkan dalam satu-satu operasi di Barisan Barat, dengan angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat, tentera pembebasan Perancis, British dan Kanada. Ia mempunyai tiga Kumpulan tentera darat dibawah pemerintahannya, yang menguasai sejumlah lapan Tentera darat medan;
- Tentera Airborne Pertama Bersekutu
- Kumpulan Tentera Darat Ke-21
- Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas Amerika Syarikat
- Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat
SHAEF juga menguasai sejumlah besar angkatan tentera laut semasa Operasi Neptune, iaitu serangan pembukaan Overlord, dan dua Tentera udara taktikal: Tentera Udara Kesembilan AS dan Tentera Udara Taktikal Kedua RAF. Pasukan pengebom strategik Bersekutu di UK juga berada dibawah pemerintahannya sewaktu Operasi Neptune.
Para panglima
[sunting | sunting sumber]- Pemerintah Bersekutu Tertinggi: Jeneral Dwight David Eisenhower
- Timbalan Pemerintah Bersekutu Tertinggi: Ketua Marsyal Udara Sir Arthur Tedder
- Panglima Angkatan Darat:
- Fil Marsyal Sir Bernard Montgomery (Kumpulan Tentera Darat Ke-21)
- Leftenan Jeneral Omar N. Bradley (Kumpulan Tentera Darat Ke-12)
- Leftenan Jeneral Jacob L. Devers (Kumpulan Tentera Darat Ke-6)
- Panglima Angkatan Udara: Marsyal Udara Sir Trafford Leigh-Mallory
- Panglima Angkatan Laut: Laksamana Sir Bertram Ramsay.
Selepas Perang Dunia II
[sunting | sunting sumber]Selepas penyerahan kalah Jerman, SHAEF telah dibubarkan pada 14 Julai 1945 dan, sebagai menghormati tentera AS, telah digantikan oleh Tentera AS, Medan Eropah (USFET). USFET telah disusun semula sebagai EUCOM (Markas Eropah, Tentera AS) pada 15 Mac 1947.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Records of Supreme Headquarters, Allied Expeditionary Force, Dwight D. Eisenhower Presidential Library
- Daily Battle Communiques, SHAEF, June 6, 1944 – May 7, 1945
- United States Army in World War II European Theater of Operations The Supreme Command By Forrest C. Pogue. Office of the Chief of Military History, Department of the Army, Washington, D. C., 1954. Library of Congress Catalog Number: 53-61717
- BBC WW2 People's War article on Uxbridge SHAEF and London Bushey
- Directive to Supreme Commander, Allied Expeditionary Force Dwight D. Eisenhower at his nomination
- Original Document; Order of the day
- Papers of Ernest R. "Tex" Lee, military aide to General Eisenhower, 1942–1945, Dwight D. Eisenhower Presidential Library Diarkibkan 2019-04-11 di Wayback Machine
- Papers of Thor Smith, Public Relations Division, SHAEF, Dwight D. Eisenhower Presidential Library