Lencana pangkat NATO
Lencana pangkat NATO adalah gabungan insignia tentera yang digunakan oleh anggota negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.
Skala pangkat diguna untuk menjelaskan posisi-posisi dalam NATO.
Definisi
[sunting | sunting sumber]NATO mengekalkan "skala pangkat standard" dalam usaha untuk memadankan pangkat tentera setiap negara anggota dengan pangkat sepadan yang digunakan oleh anggota lain. Kategori pangkat telah diwujudkan, pada tahun 1978, dalam dokumen STANAG 2116, secara rasmi bertajuk Kod NATO bagi Gred Anggota Tentera. Terdapat dua skala, walaupun tidak semua negara anggota menggunakan semua poin pada skala NATO dan ada yang mempunyai lebih dari satu pangkat di beberapa poin (sebagai contoh banyak pasukan tentera mempunyai dua pangkat di OF-1, biasanya Leftenan):
Pangkat pegawai
[sunting | sunting sumber]- OF1–OF10 (bawah ke atas) digunakan untuk pegawai bertauliah ("officer / officier").[1]
Pegawai waran
[sunting | sunting sumber]- Kebanyakan negara tidak mempunyai tangga pangkat perantaraan antara Pegawai dan Lain-Lain Pangkat (lihat bawah). Pengecualian ini ialah Amerika Syarikat, dan pegawai waran NATO gred WO1–WO5 (bawah ke atas) hanya digunakan untuk pangkat pegawai waran tentera AS. Di negara lain dengan pangkat "Pegawai Waran", mereka dianggap sebahagian daripada Lain-Lain Pangkat. (Sebagai contoh seorang WO1 Tentera Darat British mempunyai kod OR-9 NATO.)
Lain-lain pangkat
[sunting | sunting sumber]- OR1–OR9 (bawah ke atas) digunakan untuk semua Lain-Lain Pangkat ("other ranks/sous-officiers et militaires du rang"),[2] termasuk pegawai tanpa tauliah dan prebet.
Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (January 2017) |
Perbandingan dengan sistem lain
[sunting | sunting sumber]Angka-angka dalam sistem secara umumnya sesuai dengan sistem tangga gaji tentera AS, dengan OR-x menggantikan E-x dan WO-x menggantikan W-x. Perbezaan utama ialah pangkat pegawai bertauliah, dimana sistem AS mengiktiraf dua pangkat pada peringkat OF-1 (O-1 dan O-2), yang bermaksud bahawa semua angka O-x selepas O-1 adalah satu poin lebih tinggi pada skala AS daripada mereka dalam skala NATO (contohnya seorang mejar adalah OF-3 pada skala NATO dan O-4 pada skala AS).
- Pegawai
Gred Gaji DoD AS | Special | O-10 | O-9 | O-8 | O-7 | O-6 | O-5 | O-4 | O-3 | O-2 | O-1 |
---|
- Lain-lain pangkat
Gred Gaji DoD AS | E-9 | E-8 | E-7 | E-6 | E-5 | E-4 | E-3 | E-2 | E-1 |
---|
Lencana pangkat
[sunting | sunting sumber]Tentera Darat
[sunting | sunting sumber]Tentera Udara
[sunting | sunting sumber]Tentera Laut
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]- ^ NATO glossary of abbreviations used in NATO documents and publications / Glossaire OTAN des abréviations utilisées dans les documents et publications OTAN (PDF). 2010. m/s. 235. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-10-31. Dicapai pada 2019-10-02.
- ^ NATO glossary of abbreviations used in NATO documents and publications / Glossaire OTAN des abréviations utilisées dans les documents et publications OTAN (PDF). 2010. m/s. 238. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-10-31. Dicapai pada 2019-10-02.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- "NATO CODES FOR GRADES OF MILITARY PERSONNEL. STANAG 2116. (Edition No. 4) NAVY/ARMY/AIR" (PDF). Royal Navy. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-11-08. Dicapai pada 2017-11-08.
- "STANAG 2116 (Edition 5)". Latvian National Armed Forces. Dicapai pada 2017-11-08.
- "person-type-rank-code". Multilateral Interoperability Programme. 13 December 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-27. Dicapai pada 2015-05-13.
- "NATO Rank Comparison". Canadian Forces. Dicapai pada 2009-06-24.