Pergi ke kandungan

Kumar Subramaniam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumar Subramaniam
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1979-12-26) 26 Disember 1979 (umur 44)
Tampin , Malaysia
Posisi permainan Penjaga gol
Kerjaya senior
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2012-2013 Wilayah Persekutuan Tenaga Nasional Berhad HC (0)
2013-2013 India Uttar Pradesh Wizards (0)
2013- Wilayah Persekutuan KLHC (0)
Pasukan kebangsaan
1999– Malaysia 210 (0)

Kumar Subramaniam adalah penjaga gol hoki Malaysia, bermain untuk pasukan hoki Malaysia. aktif sejak tahun 1999 Beliau memainkan peranan penting dalam Malaysia memenangi perak dalam hoki di Sukan Asia 2010. Beliau juga bermain dengan Tenaga Nasional Berhad HC di Liga Hoki Malaysia. Dia memakai nombor 16 bagi kedua-dua pasukan Tenaga Nasional Berhad HC dan pasukan hoki Malaysia.

Dia dinamakan sebagai Penjaga gol untuk Asia All Stars 2010 bersama-sama dengan Salman Akbar di Pakistan. Beliau juga dinamakan sebagai Penjaga gol terbaik bagi Hoki Piala Asia 2009.[1]

Pada tahun 2012 Kumar menjadi penjaga gol pertama dari Malaysia bermain di liga asing. Dia bermain untuk Uttar Pradesh Wizards di Liga Hoki India.[2] Walaupun telah berada dalam pasukan kebangsaan untuk lebih daripada satu dekad, Kumar kelahiran Tampin tidak pernah diketengahkan di dalam Piala Dunia atau Sukan Olimpik.[3]