Kucing besar
Istilah kucing besar bukan pengelasan biologi, sebaliknya digunakan dalam pertuturan basahan untuk membezakan spesis kucing yang lebih besar daripada yang lebih kecil. Salah satu takrifan bagi "kucing besar" memaksudkan empat ahli genus Panthera, iaitu harimau belang, harimau bintang, jaguar dan singa; keempat-empat ahli genus ini sahajalah yang mampu mengaum. "Kucing besar" juga boleh merangkumi cheetah, harimau bintang salji, dan kugar.
Walaupun ada yang besar dan kecil, namun berbagai-bagai spesies kucing ini serupa struktur badan dan kelakuannya, kecuali cheetah yang amat berbeza daripada mana-mana kucing lain baik besar mahupun kecil. Semua kucing ini adalah karnivor dan pemangsa yang cekap, dan terdapat di kawasan Amerika, Afrika, Asia, dan Eropah.
Spesies
[sunting | sunting sumber]Famili Felidae
- Genus Panthera (kucing besar)
- Harimau, Panthera tigris (Asia)
- Singa, Panthera leo (Afrika, Hutan Gir di India; pupus di Eropah Tenggara, Timur Tengah, kebanyakan kawasan Asia, dan Amerika Utara)
- Jaguar, Panthera onca (Benua Amerika; dari Southern United States and Mexico to northern Argentina)
- Harimau Bintang, Panthera pardus (Asia dan Afrika)
- Harimau Bintang Salji, Panthera uncia (pergunungan Asia Tengah dan Selatan)
- Genus Acinonyx
- Genus Puma
- Kugar, Puma concolor (Amerika Utara dan Amerika Selatan)
- Genus Neofelis
- Harimau Dahan Borneo, Neofelis diardi (Borneo dan Sumatera)
- Harimau Dahan, Neofelis nebulosa (Asia Tenggara dan Selatan)