Kubang Semang
Penampilan
Kubang Semang merupakan sebuah pekan di pinggir bandar Bukit Mertajam, Pulau Pinang,Malaysia. 'Kubang' ialah lopak atau kolam takungan di sawah padi di mana kerbau mandi berkubang.
'Semang' ialah nama suku Orang Asli yang tinggal di Malaysia. Menurut catatan sejarah, suku Semang pernah tinggal di Juru dan Kubang Semang dan kali terakhir ditemui pada 1920-an.Antara buktinya terdapat di Guar Kepah, sebuah gua di Seberang Perai pada 1860. Pada 1936,kerja eskavasi oleh Van Stein Callenfels telah menemui tulang manusia, alatan daripada batu , pecahan seramik dan tinggalan makanan yang berusia 3000-4000 tahun dahulu. [1] [2]
Plaza Tol Lebuh raya Utara Selatan dan Lebuhraya Butterworth-Kulim juga terletak di sini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Penang Museum display information
- ^ Guar Kepah