Kepulauan Hanish
Kepulauan Hanish (Arab: جزر حنيش ) ialah sekumpulan pulau di Laut Merah. Kebanyakan pulau itu merupakan sebahagian negara Yemen tetapi sebelum 1998-1999, pulau-pulau itu juga dituntut oleh Eritrea. Selepas perbicaraan yang berpanjangan di mahkamah antarabangsa di bawah bimbingan Dr. Abdul-Karim Aleryani, Yemen diberikan pemilikan penuh terhadap pulau-pulau yang lebih besar, manakala Eritrea diberikan pulau-pulau pinggir di sebelah barat daya pulau-pulau yang lebih besar.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kepulauan Hanish dituntut oleh Turki sehingga 1923 apabila mereka membatalkan tuntutannya. Sejak masa itu, kepulauan tersebut ditadbirkan oleh Tanah Jajahan Eritrea Itali sehingga 1941. Pada tahun itu, selepas penyerahan tentera penjajah Itali, tentera British mengasaskan Eritrea sebagai sebuah negeri naungan.
Pada sepanjang dekad 1970-an, Ethiopia (yang mengilhakkan Eritrea) dan Yaman menuntut Kepulauan Hanish. Minat Etiopia terhadap kepulauan itu berasal daripada fakta bahawa pasukan kemerdekaan Eritrea mempergunakan Kepulauan Hanish serta Pulau Zuqar yang berhampiran sebagai pangkalan untuk menyerang kepentingan tentera Etiopia.[2]
Pada 1991, Eritrea mencapai kemerdekaan lalu pada 1995, ia mencuba menguasai Kepulauan Hanish. Ini mencetuskan konflik Kepulauan Hanish yang akhirnya ditimbang tara selepas suatu pertempuran yang singkat antara Eritrea dan Yaman. 3 hingga 12 orang Eritrea dan 15 orang Yaman dibunuh dalam pertempuran tersebut. Bagaimanapun, komuniti antarabangsa memberikan penguasaan kepulauan itu kepada Yaman.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "International Maritime Boundary". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-07-20. Dicapai pada 2006-07-17.
- ^ Killion, Tom (1998). Historical Dictionary of Eritrea. The Scarecrow Press. ISBN 0-8108-3437-5.