Kemalangan kimia

Sebuah kemalangan kimia berlaku akibat pelepasan tak sengaja suatu bahan kimia berbahaya yang mengancam kesihatan manusia dan alam sekitar. Insiden-insiden yang boleh berlaku termasuk kebakaran, letupan atau pelepasan bahan berbahaya atau beracun yang mendatangkan kecederaan atau kecacatan. Kemalangan-kemalangan boleh berlaku ketika bahan-bahan kimia disimpan, diangkut atau digunakan, dengan kemalangan-kemalangan besar berlaku secara industri yang melibatkan penghasilan bahan kimia serta pusat penyimpanan. Kemalangan-kemalangan kimia utama yang pernah berlaku termasuk tragedi gas Bhopal pada 1984 di India yang berlaku akibat pelepasan gas beracun, metil isosianat oleh sebuah kilang Union Carbide. Usaha-usaha mengelakkan kemalangan kimia termasuk memperbaiki sistem keselamatan serta gaya penggunaan dan penghasilan bahan kimia.
Tempat
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]In 1990, the Badan Penyiasatan Keselamatan dan Bahaya Kimia (CSB) ditubuhkan pada 1990, meskipun tidak beroperasi hingga 1998. Badan ini bertanggungjawab untuk menentukan punca kemalangan dan menerbitkan panduan-panduan keselamatan serta mengadakan bengkel-bengkel berkenaan pengekangan dan pengurusan bencana kimia.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Chemical Accidents: About Diarkibkan 31 Mei 2008 di Wayback Machine." OECD Environment Directorate. OECD. 19 Julai 2007.