Kelayakan Piala Dunia FIFA 1978
Perincian kejohanan | |
---|---|
Pasukan | 107 (dari 6 konfederasi) |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 252 |
Jaringan gol | 723 (2.87 per perlawanan) |
← 1974 1982 → |
Sebanyak 107 pasukan memasuki pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 1978, yang bermula dengan cabutan kelayakan awal pada 20 November 1975 di Bandar Guatemala, bersaing untuk sejumlah 16 tempat di dalam kejohanan akhir. Argentina, sebagai tuan rumah, dan Jerman Barat, sebagai juara bertahan, layak secara automatik, meninggalkan 14 tempat-tempat terbuka untuk pertandingan.
16 tempat disediakan di Piala Dunia 1978 akan diagihkan kepada zon Eropah seperti berikut:
- Eropah (UEFA): 9 atau 10 tempat, 1 tempat daripada itu yang layak secara automatik adalah Jerman Barat, manakala 9 tempat-tempat lagi dipertandingkan oleh 31 pasukan. Pasukan kesembilan yang menang akan mara ke play-off antara benua (menentang pasukan dari CONMEBOL).
- Amerika Selatan (CONMEBOL): 3 atau 4 tempat, 1 tempat daripada itu yang layak secara automatik adalah Argentina, manakala 3 lagi tempat yang lain dipertandingkan sebanyak 9 pasukan. Pasukan ketiga yang menang akan mara ke play-off antara benua (menentang pasukan dari UEFA).
- Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF): 1 tempat, ditandingi oleh 17 pasukan.
- Afrika (CAF): 1 tempat, ditandingi oleh 26 pasukan.
- Asia (AFC) dan Oceania (OFC): 1 tempat, ditandingi oleh 22 pasukan.
Sebanyak 95 pasukan bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan kelayakan. Seramai 252 perlawanan kelayakan dimainkan, dan 723 gol dijaringkan (purata 2.87 satu perlawanan).
Zon Benua
[sunting | sunting sumber]Untuk melihat tarikh dan keputusan pusingan kelayakan bagi setiap zon Eropah, klik pada artikel berikut:
- Kumpulan 1 - Poland layak.
- Kumpulan 2 - Itali layak.
- Kumpulan 3 - Austria layak.
- Kumpulan 4 - Belanda layak.
- Kumpulan 5 - Perancis layak.
- Kumpulan 6 - Sweden layak.
- Kumpulan 7 - Scotland layak.
- Kumpulan 8 - Sepanyol layak.
- Kumpulan 9 - Hungary mara ke Play-off Antara Benua UEFA / CONMEBOL.
- Brazil dan Peru layak.
- Bolivia mara ke Play-off Antara Benua UEFA / CONMEBOL.
- Mexico layak.
- Tunisia layak.
- Iran layak.
Play-off Antara Benua
[sunting | sunting sumber]Pasukan yang akan bermain menentang satu sama lain di tempat sendiri dan tempat lawan. Pemenang akan layak.
Hungary | 6 – 0 | Bolivia |
---|---|---|
Tibor Nyilasi 12' András Törőcsik 19' Sándor Zombori 22' Varadi 27' Pinter 39' Nagy 81' |
Bolivia | 2 – 3 (2 – 9 agg.) | Hungary |
---|---|---|
Aragonés 45' (pen.), 90' | Tórócsik 36' Halasz 43' Del Llano 84' (g.s.) |
Hungary layak.
Pasukan layak
[sunting | sunting sumber]Berikut 16 pasukan layak ke Piala Dunia FIFA 1978:
Pasukan | Kemunculan | Catatan | Kemunculan Terakhir |
---|---|---|---|
Argentina (tuan rumah) | 7 kali | 2 | 1974 |
Austria | 4 kali | 1 | 1958 |
Brazil | 11 kali | 11 | 1974 |
Perancis | 7 kali | 1 | 1966 |
Hungary | 7 kali | 1 | 1966 |
Iran | 1 kali | 1 | – |
Itali | 9 kali | 5 | 1974 |
Mexico | 8 kali | 1 | 1970 |
Belanda | 4 kali | 2 | 1974 |
Peru | 3 kali | 1 | 1970 |
Poland | 3 kali | 2 | 1974 |
Scotland | 4 kali | 2 | 1974 |
Sepanyol | 5 kali | 1 | 1966 |
Sweden | 7 kali | 3 | 1974 |
Tunisia | 1 kali | 1 | – |
Jerman Barat (Juara bertahan) | 9 kali | 7 | 1974 |
Nota
[sunting | sunting sumber]- Buat kali pertama, lebih 100 pasukan memasuki kelayakan untuk Piala Dunia.
- Secara statistik, ini adalah Piala Dunia paling sukar untuk melayakkan diri. Tidak mengira kedua-dua tempat automatik dan pasukan yang menarik diri sebelum bermain, 95 pasukan bertanding untuk 14 tempat (14.7%). Bilangan tempat telah meningkat kepada 24 untuk Piala Dunia akan datang.
- Kemenangan Tunisia kepada Maghribi menerusi penalti adalah yang pertama penentuan penalti digunakan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.