Kedai runcit
Penampilan
Kedai runcit (Jawi: كداي رونچيت ) ialah sejenis kedai, tempat aktiviti jual dan beli barangan runcit kepada pengguna. Kedai runcit biasanya menjual makanan mentah kering seperti beras dan tepung, serta pelbagai barangan keperluan rumah lain. Bahan makanan basah biasanya dijual di pasar.
Saiz kedai runcit lebih kecil berbanding dengan kedai borong atau pasar borong. Setiap kampung dan taman perumahan seringkali ada kedai runcit bagi memudahkan penduduk tempatan membeli belah. Apabila penduduk di sesebuah kawasan mencecah ribuan orang, sebuah pasar raya biasanya diperlukan.
Kini, kedai runcit mendapat saingan hebat dari pasar raya dan pasar raya besar seperti Lotus's, Pasaraya Besar Giant dan AEON BiG.