Kazuki Nakajima
Lahir | 11 Januari 1985 |
---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | Jepun |
Tahun aktif | 2007-2009 |
Teams | Williams |
Entri | 36 |
Kejuaraan | 0 |
Kemenangan | 0 |
Podium | 0 |
Mata kerjaya | 9 |
Petak pertama | 0 |
Pusingan terpantas | 0 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Brazil 2007 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Abu Dhabi 2009 |
Kedudukan 2009 | Ke-20 (0 mata) |
Kazuki Nakajima (lahir 11 Januari 1985 di Aichi, Jepun) ialah seorang pemandu kereta lumba yang pernah berlumba dalam Formula Satu untuk pasukan Wiliams-Toyota dari tahun 2007 hingga 2009. Sebelum ini, beliau merupakan pemandu ujian mereka, dan berlumba dalam GP2 Series untuk pasukan DAMS.
Nakajima telah menandatangani kontrak untuk berlumba untuk Stefan GP pada tahun 2010, tetapi pasukan itu tidak diterima dalam kejuaraan dunia Formula Satu.[1] Selepas kerjaya Formula Satu beliau berakhir, beliau berpindah semula ke Jepun untuk bersaing dalam siri Formula Nippon.
Kerjaya perlumbaan
[sunting | sunting sumber]Formula Satu
[sunting | sunting sumber]Diumumkan pada 9 Oktober 2007, bahawa berikutan persaraan Alexander Wurz, Nakajima akan berlumba untuk Williams pada acara kemuncak musim di Grand Prix Brazil.[2] Nakajima mendapat tempat kesepuluh pada perlumbaan tersebut.
Pada 7 November 2007, ia telah disahkan oleh Williams bahawa Nakajima akan menjadi rakan sepasukan Rosberg bagi musim 2008.[3] Nakajima bermula dengan baik di Grand Prix Australia dengan mendapat tempat ketujuh, dan dinaikkan ke tempat keenam selepas Rubens Barrichello disingkirkan selepas perlumbaan. Beliau kemudiannya mendapat tempat ketujuh di Grand Prix Sepanyol. Insiden di selekoh pertama bersama Giancarlo Fisichella di Istanbul memaksa beliau untuk bersara. Nakajima mendapat dua mata kejuaraan di Grand Prix Monaco. Beliau merupakan pemandu Jepun yang pertama untuk mendapat mata di Monaco.[4] Nakajima mendapat satu mata di Grand Prix British, selepas kehilangan tempat ketujuh pada pusingan terakhir perlumbaan. Di Singapura, Nakajima berjaya ke pusingan kelayakan bahagian ketiga buat kali pertama dan melayakkan diri ke tempat kesepuluh. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kelapan dan mendapat satu mata.
Nakajima dikekalkan oleh Williams bagi musim 2009. Di Grand Prix Australia, beliau merempuh dinding di sekeloh keenam dan menyebabkan beliau untuk bersara dari perlumbaan. Nakajima juga terpaksa bersara di Bahrain. Beliau juga terhempas pada pusingan kedua terakhir di Grand Prix Monaco ketika beliau di tempat kesepuluh. Di Grand Prix British, Nakajima memperoleh keputusan kelayakan tertingginya dalam Formula Satu, iaitu tempat kelima. Walau bagaimanapun, perlumbaan beliau telah dikompromi oleh strategi pit yang teruk yang menyebabkan beliau gagal mengutip sebarang mata kejuaraan. Nakajima menamatkan musim ini tanpa sebarang mata.
Williams menandatangani Rubens Barrichello dan Nico Hülkenberg bagi musim 2010, dan meninggalkan Nakajima tanpa kerusi perlumbaan. Walau bagaimanapun, pada bulan Januari, terdapat laporan yang mengaitkan Nakajima dengan pasukan Stefan GP. Stefan GP mengesahkan pada 19 Februari 2010 bahawa Nakajima ialah salah seorang pemandu pasukan tersebut,[5] walaupun pasukan itu tidak diberikan kemasukan untuk musim 2010. FIA kemudiannya memutuskan bahawa Stefan GP tidak boleh memasuki musim pada peringkat lewat dan menyebabkan Nakajima tidak mempunyai kerusi perlumbaan untuk musim 2010.
Formula Nippon
[sunting | sunting sumber]Nakajima kembali ke Jepun untuk bertanding dalam siri Formula Nippon pada tahun 2011. Dengan memandu untuk pasukan TOM'S, beliau memenangi perlumbaan pertamanya di perlumbaan kedua musim ini, yang diadakan di Autopolis. Dengan ini, beliau mendahului kejuaraan pemandu. Beliau akhirnya menamatkan musim sebagai naib juara, di belakang André Lotterer. Beliau terus berlumba dalam siri ini bagi musim 2012.
Adiknya, Daisuke, juga bersaing dalam siri ini.
Rekod perlumbaan
[sunting | sunting sumber]Ringkasan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Musim | Sri | Pasukan | Perlumbaan | P/Pertama | Kemenangan | Mata | Kedudukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2003 | Formula Toyota | ? | 10 | 3 | 3 | 134 | Pertama |
2004 | All-Japan Formula Three | TOM'S | 20 | 2 | 2 | 138 | Ke-5 |
Macau Grand Prix | TOM'S | 1 | 0 | 0 | N/A | Ke-13 | |
Bahrain F3 Superprix | TOM'S | 1 | 0 | 0 | N/A | Ke-7 | |
2005 | All-Japan Formula Three | TOM'S | 20 | 3 | 2 | 209 | Ke-2 |
Macau Grand Prix | TOM'S | 1 | 0 | 0 | 0 | Ke-5 | |
Super GT (GT300) | Kicchouhouzan with apr | 7 | 0 | 1 | 52 | Ke-8 | |
2006 | Formula Three Euroseries | Manor Motorsport | 20 | 0 | 1 | 36 | Ke-7 |
Macau Grand Prix | Manor Motorsport | 1 | 0 | 0 | N/A | NC | |
Masters of Formula Three | Manor Motorsport | 1 | 0 | 0 | N/A | Ke-26 | |
2007 | Formula Satu | AT&T Williams | 1 | 0 | 0 | 0 | Ke-22 |
GP2 Series | DAMS | 21 | 1 | 0 | 44 | Ke-6 | |
2008 | Formula Satu | AT&T Williams | 18 | 0 | 0 | 9 | Ke-15 |
2009 | Formula Satu | AT&T Williams | 17 | 0 | 0 | 0 | Ke-20 |
2011 | Formula Nippon | Petronas Team TOM'S | 8 | 0 | 1 | 42 | Ke-2 |
Super GT | Petronas Team TOM'S | 6 | 0 | 0 | 28 | Ke-10 | |
2012 | Formula Nippon | Petronas Team TOM'S | 8 | 1 | 2 | 46 | Pertama |
Super GT | Petronas Team TOM'S | 4 | 0 | 0 | 29 | Ke-6 | |
24 Hours of Le Mans | Toyota Racing | 1 | 0 | 0 | N/A | DNF | |
FIA World Endurance Championship | Toyota Racing | 3 | 1 | 1 | 44 | Ke-13 |
Keputusan lengkap GP2 Series
[sunting | sunting sumber](kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2007 | DAMS | BHR FEA 17 |
BHR SPR 6 |
ESP FEA 15 |
ESP SPR 7 |
MON FEA 10 |
FRA FEA 17 |
FRA SPR 6 |
GBR FEA 3 |
GBR SPR 3 |
EUR FEA 3 |
EUR SPR 3 |
HUN FEA 2 |
HUN SPR Ret |
TUR FEA 6 |
TUR SPR Ret |
ITA FEA DSQ |
ITA SPR 18 |
BEL FEA Ret |
BEL SPR 9 |
VAL FEA 3 |
VAL SPR 7 |
Ke-6 | 42 |
Keputusan lengkap Formula Satu
[sunting | sunting sumber](kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | Kedudukan | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2007 | AT&T Williams | Williams FW29 | Toyota RVX-07 2.4 V8 | AUS TD |
MAL TD |
BHR |
ESP |
MON |
CAN TD |
USA TD |
FRA |
GBR |
EUR |
HUN |
TUR |
ITA |
BEL |
JPN |
CHN TD |
BRA 10 |
Ke-22 | 0 | |
2008 | AT&T Williams | Williams FW30 | Toyota RVX-08 2.4 V8 | AUS 6 |
MAL 17 |
BHR 14 |
ESP 7 |
TUR Ret |
MON 7 |
CAN Ret |
FRA 15 |
GBR 8 |
GER 14 |
HUN 13 |
EUR 15 |
BEL 14 |
ITA 12 |
SIN 8 |
JPN 15 |
CHN 12 |
BRA 17 |
Ke-15 | 9 |
2009 | AT&T Williams | Williams FW31 | Toyota RVX-09 2.4 V8 | AUS Ret |
MAL 12 |
CHN Ret |
BHR Ret |
ESP 13 |
MON 15 |
TUR 12 |
GBR 11 |
GER 12 |
HUN 9 |
EUR 18 |
BEL 13 |
ITA 10 |
SIN 9 |
JPN 15 |
BRA Ret |
ABU 13 |
Ke-20 | 0 |
Keputusan lengkap Formula Nippon/Super Formula
[sunting | sunting sumber]Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2011 | Petronas Team TOM'S | SUZ 3 |
AUT 1 |
FUJ 3 |
MOT 3 |
SUZ C |
SUG 3 |
MOT1 2 |
MOT2 2 |
Ke-2 | 42 |
2012 | Petronas Team TOM'S | SUZ 1 |
MOT 3 |
AUT 5 |
FUJ 2 |
MOT 4 |
SUG 5 |
SUZ 12 |
SUZ2 1 |
Pertama | 46 |
2013 | Petronas Team TOM'S | SUZ 5 |
AUT 12 |
FUJ |
MOT |
INJ |
SUG |
SUZ |
Ke-8* | 4* |
Keputusan lengkap Super GT
[sunting | sunting sumber](kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Pasukan | Kereta | Kelas | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2005 | apr | Toyota MR-S | GT300 | OKA 4 |
FUJ 5 |
SEP 5 |
SUG 1 |
MOT Ret |
FUJ 7 |
AUT Ret |
SUZ 7 |
Ke-8 | 52 |
2011 | Petronas Team TOM'S | Lexus SC430 | GT500 | OKA 4 |
FUJ 4 |
SEP 6 |
SUG 9 |
SUZ 6 |
FUJ 15 |
AUT 4 |
MOT 8 |
Ke-8 | 39 |
2012 | Petronas Team TOM'S | Lexus SC430 | GT500 | OKA 5 |
FUJ 4 |
SEP 13 |
SUG 2 |
SUZ Ret |
FUJ 4 |
AUT 15 |
MOT 8 |
Ke-7 | 40 |
2013 | Lexus Team Petronas TOM'S | Lexus SC430 | GT500 | OKA 12 |
FUJ 1 |
SEP |
SUG |
SUZ |
FUJ |
AUT |
MOT |
Ke-3* | 20* |
*Musim sedang dijalankan
Keputusan lengkap 24 Hours of Le Mans
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pasukan | Pemandu kedua | Kereta | Kelas | Pusingan | Ked. | Ked kelas |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2012 | Toyota Racing | Alexander Wurz Nicolas Lapierre |
Toyota TS030 Hybrid | LMP1 | 134 | DNF | DNF |
Keputusan lengkap FIA World Endurance Championship
[sunting | sunting sumber](kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | Kelas | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | Tangga | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2012 | Toyota Racing | LMP1 | Toyota TS030 Hybrid | Toyota 3.4 L V8 (Hybrid) | SEB |
SPA |
LMN Ret |
SIL 2 |
SAO |
BHR |
FUJ 1 |
SHA |
Ke-13 | 44 |
2013 | Toyota Racing | LMP1 | Toyota TS030 Hybrid | Toyota 3.4 L V8 (Hybrid) | SIL |
SPA Ret |
LMN |
SÃO |
COA |
FUJ |
SHA |
BHR |
Ke-13* | 0* |
*Musim sedang dijalankan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rencken, Dieter (2010-02-19). "Stefan GP dengan kereta Formula 1". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-02-19. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ "Williams mengesahkan Nakajima untuk perlumbaan di Brazil". autosport.com. Haymarket Publications. 2007-10-09. Dicapai pada 2007-10-09.
- ^ Nakajima kekal di Williams BBC Sport - 7 November 2007
- ^ "【F1】一貴"納豆走法"で7位!モナコで日本人初入賞" (dalam bahasa Bahasa Jepun). Sankei Sports. 2008-05-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-27. Dicapai pada 2008-05-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Double R menandatangani Daisuke Nakajima". autosport.com. 2009-02-27. Dicapai pada 2009-03-04.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kazuki Nakajima. |
Kedudukan sukan | ||
---|---|---|
Didahului oleh André Lotterer |
Juara Formula Nippon 2012 |
Diikuti oleh: Penyandang |