Pergi ke kandungan

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pantai Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pantai Timur
  • Cina:东海岸集选区/Dōng Hǎi'àn Jí Xuǎnqū
    Inggeris:East Coast Group Representation Constituency
    Tamil:கிழக்கு கடற்கரை குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதி/Kiḻakku Kaṭaṟkarai Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
WilayahTenggara (Bedok & Kg Chai Chee)
Timur (Changi-Simei & Fengshan)
Timur Laut (Siglap) Singapura
Pengundi121,772
Kawasan undi semasa
Dibentuk1997; 27 tahun yang lalu (1997)
Bilangan wakil5
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
Majlis BandaranFengshan-Pantai Timur
Ditubuhkan dari

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pantai Timur adalah suatu Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan dengan lima Anggota Parlimen (AP) di sebelah timur Singapura. Kawasan-kawasan ini merangkumi kawasan Taman Pantai Timur, Bedok, Changi-Simei, Siglap, Tampines, Pasir Ris, Kg Chai Chee, Lapangan Terbang Changi dan pulau-pulau luar seperti Pulau Tekong, Pulau Ubin dan Pulau Batu Puteh/Pedra Branca.[1] Dalam kawasan ini, terkandung lautan yang menjadi penghujung wilayah Singapura.

GRC Pantai Timur ini dikuasai oleh Menteri Kewangan, yakni Encik Heng Swee Keat, bersama dengan pejabat bandar masyarakat Tenggara iaitu Mohamad Maliki bin Osman.

GRC dibentuk pada tahun 1997 dengan enam AP. Pantai Timur dibentuk sebagai gabungan daripada Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Bedok dan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Eunos.

Kawasan Undi Perseorangan Joo Chiat merupakan bahagian yang masuk kawasan ini sehingga tahun 2001. Kawasan ini masuk Pantai Timur apabila bahagian tersebut dimansuh untuk digabung ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Marine Parade sehingga akhir tahun 2015. Sebahagian besar Bahagian Kaki Bukit dan Chai Chee sempat masuk kawasan ini sebelum dikeluarkan dan dipindah ke Marine Parade. Luasan kawasan ini berkurang menjadi lima AP setelah banyak bahagian di Pantai Timur masuk ke Kawasan Marine Parade di tahun 2006. Pada tahun 2015, Pulau Serangoon dipindah ke Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pasir Ris-Punggol dan Fengshan diukir keluar sehingga mengurangi ukuran GRC Pantai Timur menjadi empat AP. Kawasan Undi Pantai Timur bertambah lagi menjadi lima AP apabila SMC Fengshan dimansuhkan ke dalam GRC Pantai Timur demi pilihan raya umum Singapura 2020.

Parti Tindakan Rakyat menguasai kerusi kawasan undi ini dalam suatu undian tak tertanding di PRU 1997 dan PRU 2001. Pertandingan pertama di kawasan undi ini berlangsung pada tahun 2006 dengan menewaskan calon yang berasal daripada Parti Pekerja. Di tahun 2011 dan 2015, PAP juga menewaskan calon-calon yang juga berasal daripada Parti Pekerja meskipun calon-calon ini mendapatkan kerusi AP sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).

Anggota-Anggota Parlimen

[sunting | sunting sumber]
Pilihan raya Bahagian Penyandang Parti
1991 PAP
Pembentukan
1997
  • Bedok
  • Fengshan
  • Joo Chiat
  • Kaki Bukit
  • Kampong Chai Chee
  • Siglap
PAP
2001
  • Bedok
  • Changi-Simei
  • Fengshan
  • Kaki Bukit
  • Kampong Chai Chee
  • Siglap
PAP
2006
  • Bedok
  • Changi-Simei
  • Fengshan
  • Kampong Chai Chee
  • Siglap
PAP
2011 PAP
2015
  • Bedok
  • Changi-Simei
  • Kampong Chai Chee
  • Siglap
PAP
2020
  • Bedok
  • Changi-Simei
  • Fengshan
  • Kampong Chai Chee
  • Siglap
PAP

Tanggungjawab operasi

[sunting | sunting sumber]
  • Bedok: Bedok Selatan (Blok 1-65), Lucky Heights dan Bayshore
  • Changi-Simei: Semua blok di Simei dan Jalan Upper Changi.
  • Fengshan: Tanah Merah, Simpang Bedok, Bedok Utara Ave 4/St 4, Jalan Bedok Utara (Blok 1xx) dan sebelah timur Jalan Bedok Utara 2.
  • Kampong Chai Chee: Bedok (Blok 130-140, 2xx dan 4xx), Pertukaran Bas/Stesen MRT/Pusat Bandar Bedok, Mall Bedok, Heartbeat @ Bedok dan HDB Longvale.
  • Siglap: Kew Crescent, Stratford Ria Court, Eastwood, UE BizHub Timur, Jalan Flora, Pulau Ubin, Pulau Tekong, Kampong Changi Village dan Lapangan Terbang Changi, Bedok Selatan Blok 66-73 dan 155-172, Expo Singapura, Taman Niaga Changi

Calon-calon dan keputusan

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya pada 2020-an

[sunting | sunting sumber]
PRU 2020: GRC Pantai Timur[2][3]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 61,144 53.39% 7.34
Parti Pekerja Singapura
53,375 46.61% 7.34
Majoriti 7,769 6.78% 14.68
Jumlah undian sah 114,519 98.80% 0.10
Undian rosak 1,393 1.20% 0.10
Peratusan mengundi 115,912 95.29% 2.75
Pengundi terdaftar 121,644
PAP kekal Peralihan 7.34

Pilihan raya pada 2010-an

[sunting | sunting sumber]
PRU 2015: GRC Pantai Timur[4][5]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 55,093 60.73% 5.91
Parti Pekerja Singapura 35,622 39.27% 5.91
Majoriti 19,471 21.46% 11.81
Jumlah undian sah 90,715 98.90% 0.56
Undian rosak 1,009 1.10% 0.56
Peratusan mengundi 91,724 92.54% 0.07
PAP kekal Peralihan 5.91
PRU 2011: GRC Pantai Timur[6][7]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 59,992 54.83% 9.04
Parti Pekerja Singapura
49,429 45.17% 9.04
Majoriti 10,563 9.65% 18.07
Jumlah undian sah 109,421 98.34% 0.42
Undian rosak 1,848 1.66% 0.42
Peratusan mengundi 111,269 92.46% 0.73
Pengundi terdaftar 120,324
PAP kekal Peralihan 9.04

Pilihan raya pada 2000-an

[sunting | sunting sumber]
PRU 2006: GRC Pantai Timur[8][9]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 66,931 63.86% N/A
Parti Pekerja Singapura
  • Abdul Rahim bin Abdul Rahman
  • Brandon Siow Wei-Min
  • Chia Ti Lik
  • Eric Tan Heng Chong
  • Perry Tong Tzee Kwang
37,873 36.14% N/A
Majoriti 29,058 27.73% N/A
Jumlah undian sah 104,804 97.92% N/A
Undian rosak 2,224 2.08% N/A
Peratusan mengundi 107,028 91.75% N/A
Pengundi terdaftar 116,653
PAP kekal Peralihan N/A
PRU 2001: GRC Pantai Timur[10][11]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat N/A Tak tertanding N/A
Pengundi terdaftar 144,012
PAP kekal Peralihan N/A

Pilihan raya pada 1990-an

[sunting | sunting sumber]
PRU 1997: GRC Pantai Timur[12][13]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat Tak tertanding
Pengundi terdaftar 142,201
Parti Tindakan Rakyat menang (kerusi baru)
  1. ^ Lai, Linette (1 Februari 2019). "Registers of electors to be updated, Pedra Branca included under East Coast electoral division". The Straits Times. Dicapai pada 14 November 2019.
  2. ^ (Inggeris) [1]
  3. ^ (Inggeris) [2]
  4. ^ (Inggeris) [3]
  5. ^ (Inggeris) [4]
  6. ^ (Inggeris) [5]
  7. ^ (Inggeris) [6]
  8. ^ (Inggeris) [7]
  9. ^ (Inggeris) [8]
  10. ^ (Inggeris) [9]
  11. ^ (Inggeris) [10]
  12. ^ (Inggeris) [11]
  13. ^ (Inggeris) [12]