Kaca plumbum
Kaca plumbum ialah sejenis kaca yang menggantikan kalsium dalam kaca potasy lazim denegn plumbum.[1] Kaca plumbum biasanya memiliki 18–40% (mengikut jisim) plumbum(II) oksida (PbO), dengan "kristal plumbum" kaca batu api memiliki paling kurang 24% PbO.[2] Di Kesatuan Eropah, pelabelan suatu kristal plumbum adalah dikawal secara rasmi berdasarkan ciri dan kandungan kimia bahan, dengan kaca yang memiliki paling kurang 24% PbO sahaja yang layak dilabel sebegitu. Bahan-bahan lain perlu dilabel sebagai "kaca kristal" sahaja.[3] Kaca plumbum banyak dikehentaki dalam pelbagai kegunaan oleh kerana kejelasannya.[4] Istilah "kristal plumbum" secara teknikalnya bukan istilah yang tepat kerana kaca tidak ada struktur hablur.
Satu bahan alternatif kaca plumbum ialah kaca kristal yang menggantikan PbO dengan barium oksida, zink oksida atau kalium oksida. Kaca-kaca ini memiliki indeks biasan yang serupa dengan kaca plumbum, tetapi lebih ringan dan kurang menyebarkan cahaya.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Newton, Roy G.; Sandra Davison (1989). Conservation of Glass. Butterworth – Heinemann Series in Conservation and Museology. London: Butterworths. ISBN 0-408-10623-9.
- ^ Hurst-Vose, Ruth (1980). Glass. Collins Archaeology. London: Collins. ISBN 0-00-211379-1.
- ^ "Council Directive 69/493/EEC of 15 December 1969 on the approximation of the laws of the Member States relating to crystal glass".
- ^ Benvenuto, Mark Anthony (2015-02-24). Industrial Chemistry: For Advanced Students (dalam bahasa Inggeris). Walter de Gruyter GmbH & Co KG. ISBN 9783110351705.
- ^ "About Lead-free Crystal". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2016. Dicapai pada 22 December 2011.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Media berkenaan Kaca plumbum di Wikimedia Commons