Pergi ke kandungan

Jambia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jembiah dari Yaman

Jembiah (Arab: جَنبِيَّة‎ janbīyah) adalah pisau belati khas dari Yaman bermata dua yang pendek melengkung dan dipasangkan pada pinggang. Sarung dan hulunya ditukang dengan kayu sepenuhnya mahupun seganding dengan tanduk serta dihiasi salutan perak atau emas dengan ukiran bunga dan awan larat, bilah dua-dua matanya bertulang di belakangnya.[1]

Ukuran matanya antara 20 hingga 30 sentimeter dengan cara menggunakannya mencekok dan melebar mengikut alunan bentuk kedua-dua matanya. Lelaki berusia melebihi 14 tahun mengenakannya sebagai hiasan kepada pakaian mereka. Senjata ini diterima masuk dalam budaya Melayu sebagai hiasan peribadi.

Jenis-jenis jembiah

[sunting | sunting sumber]
Jembiah dari Yamen dalam sarungnya

Sebagai mana senjata-senjata lain, jembiah terdapat dalam pelbagai jenama. Harga jembiah di Yaman antara 500 Rial Yaman sehingga 200 juta Rial Yaman. Jenis jembiah dikaitkan dengan bahan yang digunakan termasuk kualiti dan reka bentuknya.

Hulu atau pemegangnya

[sunting | sunting sumber]

Bahagian terpenting bagi jembiah adalah hulunya. Malah, harga jembiah dalam kebanyakan kes ditentukan oleh hulunya. Hulu saifani diketahui sebagai paling terkenal dan didapati pada mata kaum bangsawan. Hulu saifani dihasilkan daripada tanduk badak, yang mampu mencecah $1500 USD setiap kilogram. Versi ulu saifani berbeza dibezakan melalui warnanya. Kebanyakan ulu jembiah lain diperbuat daripada tanjuk jenis lain atau daripada kayu. Selain daripada jenis bahan yang digunakan bagi menghasilkan ulunya, reka bentuk dan perincian pada ulunya menggambarkan nilai dan status pemiliknya.

Bilah, sarung dan tali pinggang

[sunting | sunting sumber]

Dalam kebanyakan kes bilah mata dua jembiah dihasilkan dengan keluli. Mata bilah disimpan dalam sarung, biasanya diperbuat daripada kayu. Sarungnya biasanya dihiasi dengan pelbagai hiasan yang melambangkan status pemiliknya. Ia termasuk hiasan perak, batu separa berharga dan kulit. Sarung itu diletakkan pada tali pinggang kulit yang biasanya selebar 2-3 inci. Tali pinggang ini biasanya dikenakan dibahagian bawah badan. Terdapat barangan lain dikenakan pada tali pinggang ini, seperti dompet perak bagi menyimpan wang dan duik kecil.


Kegunaan jembiah

[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun ia menunjukkan status pemilik, jembiahh masih merupakan senjata. Sungguhpun ia dugunakan dalam pertikaian, terdapat kebiasaan budaya yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan fitnah. Jembiah hanya patut dihunus dalam kes pertkaian melampau. Ia juga biasanya digunakan dalam upacara tradisi seperti tarian.

Jembiah Yemen

[sunting | sunting sumber]
Bagi meraikan perkahwinan, kaum lelaki menari dengan jembiah terhunus
Kanak-kanak Yaman menjual jembiah di jalan Ta'izz, Yemen.

Jembiah merupakan pisau pendek yang digunakan oleh kaum lelaki di Yemen. Ulu jembiahh menunjukkan status lelaki yang mengenakannya.

Struktur dan buatannya

[sunting | sunting sumber]

Jembiah terdiri daripada ulu, bilah dan sarung yang memegang mata bilah. Sarungnya dihasilkan daripada kayu tertentu, bagi memegang mata bilah yang dilekatkan pada pinggan dengan cara yang kemas. Tali pinggang yang memegang jembiah diperbuat daripada kulit yang disamak, atau kain tebal. Terdapat pasaran khusus dan pasar buatan tangan yang menghiasinya dengan wayar emas.

Ulu jembiah sering kali menunjukkan status masyarakat bagi pemiliknya, Sesetengah Yahudi Yemen dilarang mengenakannya bergantung kepada kawasan dan tempoh, sementara secara sejarah belati terbaik sering kali dihasilkan oleh Yahudi. Jembiah dihasilkan daripada tanduk kerbau Afrika, gading, dan juga tanduk Almoswae. Sekilo bahan ini seringkali mencecah $1,500 USD. Pembuatnya menerima bahan ini melalui penyeludupan, disebabkan pengharaman perdagangan antara bangsa bagi bahan ini. Ini dianggap menyumbang kepada kemerosotan penghasilan Jembiah berharga. Tanduk badak sering kali dianggap paling berharga. Nilai jembiah meningkat apabila ia menerima kualiti moden dan dan silam.


  1. ^ Mohd. Zainuddin Haji Abdullah; Mohd. Shahrim Senik (2008). Senjata Warisan. Lembaga Muzium Selangor & Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 282. ISBN 978-983-6298-07-2.